Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, May 20, 2012

Selamat hari Guru

Assalamualaikum.

Walau pun hari guru dah berlalu pada 16hb Mei yang lalu, di Sekolah Akak baru menyambutnya semalam..
So, akak tepek kan juga beberapa keping buat tatapan semua. sebagai tanda penghargaan dan terimakasih akak kepada semua murid yang akak sayangi..

Sebelum tu..ni adalah beberapa ungkapan kata-kata indah yang akak terima sempena hari guru baru-baru ni..dan akak tujukan pula kepada semua para pendidik diluar sana yang telah banyak berjasa tak kira diperingkat mana..sejak kita bayi, ibu bapa kita merupakan guru terawal..diikuti pula guru sekolah kebangsaan, Sekolah Menengah, Kolej hingga lah ke " U ". Terimakasih Cikgu! Bah kan Arwah Ayahnda Akak dulu pun merupakan seorang guru juga..Al fatihah buat beliau.., kini empat orang dari adik beradik Akak turut mewarisi bidang perguruan ini..Moga segala usaha kita dalam mendidik akan beroleh pahala ibadah dari Allah. InsyaAllah.

GURU..
DALAM AJARNYA ADA HARAPAN,
DALAM TEGURNYA ADA DOA,
DALAM MARAHNYA ADA SAYANG,
DALAM DIAMNYA ADA BIJAKSANA,
BERBAHAGIALAH INSAN..BERGELAR GURU..

G: GUNUNG DAN LAUTAN SABAR DIREDAH,
U: UNTUK MENABUR BAKTI DAN KERINGAT,
R: RANJAU DAN DURI TENANG DIHADAPI,
U: UNTUK MELAHIRKAN INSAN KAMIL DUNIA DAN AKHIRAT. 


Persembahan koir dari murid " Guruku tersayang"

Pelajar sedang asyik menyaksikan persembahan murid dan guru2 mereka..:)

Guru kena baca IKRAR..

Bergambar kenangan dgn kwn2..

Timekasih..

Terimakasih, Syukran! Hadiah dari murid tersayang..Macam-macam ada..:-)



13 comments:

rosnani said...

selamat hari guru. banyaknya hadiah dapat

♥MAMASYAZA♥ said...

wow akak, banyaknya hadiah. selamat hari guru yer kak

ariana said...

Rosnani: T.ksh banyak..semua ni sbgai peniup semangat kami..walaupun kami x pernah minta..:)

ariana said...

Mama Syaza: T.kasih..ala..hadiah kecil2 je..namun amat besar maknanya pd akak..:)

NzA said...

Selamat Hari Guru kak, blm trlambat lgkan nk wish cz setiap hr adalah hari guru....

Bahagia bila disayangi, gembira bila dingati...

p/s: akak ngajar sk mana? tgk anak2 didiknya brbaju biru cair semuanya...

Kalamhati said...

Selamat 'terlewat' Hari Guru..huhu
mmg seronok bila dpt hadiah dr anak2 murid..biar sekecil mana pun ttp berharga kan kak...=)

Kakzakie Purvit said...

Mesti cikgu dikasihi murid-murid tu yg banyak hadiah dapat. Ada tu kakak nampak sampai nak penuh bonet kereta. Manalah nak simpan kalau setiap tahun dapat kan...

Kancil 8349 said...

Selamat hari guru...

Rina Rahamat said...

masa hari guru ni barula guru-guru terasa dihargai kan :)

Munn Jaafar said...

punya la lama sy baca blog akak baru sy tau akak ni cikgu rupanya eh? Selamat hari guru ustazah!

Mun said...

lupa nak wish kat akak..

selamat hari guru :)

waa..bnyk hadiah akak..

kurus said...

berbunga rasa ati bila dpt adiah dari anak murid kan akk

selamat hari guru kak

semoga akk akan terus berbakti menjadi guru cemerlang dlm mendidik anak2 bangsa ;)

mamyharraz said...

Selamat hari guru utk akk.
bestnya dapat hadiah dari murid2 tersayang :)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink