Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, June 29, 2012

Selamat menunaikan ibadah umrah Ma..

Ma dikelilingi anak lelakinya.. Muhammad Hazamin dan Hafizuddin di airport..
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada jam 12 tghri, sebentar tadi, Bonda ku tersayang telah selamat berlepas KL-Singapore-Turkey- Madinah- Mekah..

Ma pergi denagan ditemani oleh adikku Acu-zaiti haidar dan suaminya, Khaled.
Jadi, tidak lah bimbang sangat kami adik beradik..Insyaallah..semuanya akan selamat.
 Moga Ma akan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang disana agar dpt membuat ibadah umrah dengan sempurna..Insyallah.

Tak sabar nak tunggu Ma balik pada 16hb Julai nanti...:)
Kalau ada rezeki, boleh gi ambik kat airport..:)

Thursday, June 28, 2012

Nak jumpa ke tak..

Assalamualaikum.

Hari ni perasaan bercampur baur..Tak dapat buat keputusan..sedangkan masa dah tak ada cuma tinggal sehari saja lagi.. Ya Allah..hanya engkau yang tahu, apa yg terbaik buat hambamu ini..

Kalau nak ikutkan, memang badanku dah sihat..cuma tinggal parut-parut bekas chicken pox yang memang mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya..tapi, entah lah..dalam hati rasa bimbang sebab orang kata penyakit ni mudah berjangkit..terutama pada orang yang kurang daya ketahanan diri..seperti yg berisiko tinggi, yang mempunyai penyakit2 lain dan org tua serta kanak-kanak kecil..

Esok, Jumaat 29hb Jun 2012, Bonda tersayang akan berlepas menunaikan umrah..flightnya dijadualkan pada pukul 12 tengahari..Apa yang membuat hati ku begitu sedih dan sayu ialah dengan keadaan ku ini..samada patut atau tidak bagi ku untuk turut sama menghantar Ma di LCCT. Dah lah hampir sebulan dah tak jumpa Ma..tertangguh sebab c.pox  aku ni lah..huhu..Kami cuma bercakap ditelefon je..

Kalau boleh rasa nak terbang berjumpa dengan Ma..tapi..macamana kalau..dengan sebab berjumpa aku, tiba-tiba Ma pulak dapat sakit ni..Ya Allah..rasa bersalah pulak nanti..Dah lah Ma nak berjalan jauh, ditempat orang kan..Apakah aku patut lupakan saja niat nak bertemu Ma sebelum dia ke Mekah ni? Atau..terus kan hajat menghantarnya ke LCCT  esok?

Rasanya, Ma akan faham kalau aku cakap elok-elok...Biar lah doa ku saja yang mengiringi pemergian Ma..
Lagipun dua minggu bukan lah lama sangat...Insyaallah kita akan bertemu nanti..dan boleh lah Ma bercerita panjang lebar tentang pengalaman manis Ma disana nanti ye..

Mohon Ampun Maaf, Selamat menunaikan Umrah..Moga Bonda ku mendapat Pahala Umrah yang mabrur.
Amin ya Rabbal alamin.

Sayanggg Ma..

Wednesday, June 27, 2012

Syukur ya Allah



Assalamualaikum.

Alhamdulillah,setelah hampir dua minggu akak berkuarantin kerana chicken pox , kini hampir pulih sepenuhnya..tinggal sikit-sikit je lagi bahagian yang belum kering sepenuhnya..tapi kalau nak tunggu hilang parut semuanya, memang lah ambil masa..paling kurang sebulan dua baru hilang betul-betul parutnya kot..huhu.

Apa yang penting, Akak dah kembali sihat, dan dapat segera kembali menemui murid-murid akak dan dapat memasak, menggoreng sepuas hati kat dapur..hehe ye lah, sebab orang kata antara pantang larang org yang kena c. pox ni ialah menggoreng..ye ke tak, tak pasti lah pulak..kebetulan akak memang banyak membeli je lah sepanjang akak tak sihat ni, atau sesekali anak dara akak Yaya yang akan masak simple-simple je..Syukur juga ada anak dara yang dah boleh diharap..dan tak lupa juga terimakasih buat teman hidup akak, suami tersayang yang banyak sekali membantu, memahami dan keluar duit beli lauk dan ubatan..hahaha.
pendekata bila kita ditimpa sakit baru kita tahu macamana pentingnya insan-insan tersayang disisi..
Member-member kat tempat kerja pun sporting belaka, terutama tuan pengetua...yang beria suruh akak berehat sepenuhnya sampai betul2 sihat..hehe
Dan..buat rakan blogger juga, yang banyak mendoakan dan memberi kata semangat kat akak samada di blog maupun di FB..terimakasih semua ye..

Calamine lotion..Elok untuk chic.pox...sampai habis dua botol akak pakai.., selain ubat tahan gatal.



Ok lah, ni akak nak tunjuk beberapa keping gambar yang ada..Semasa akak sakit, banyak yang tak dapat akak join..termasuk lah ketika anaknda eisya bersukan..yang ada cuma beberapa keping gambar, itu pun akak ambil dr FB dia..sian Eisya, sori Umi tak dapat datang ye..Eisya seronok, sebab rumah nya menang dan dia pulak memegang sepanduk pada hari itu..Rumah Kuning..:)

Eisya..pegang sepanduk rumah kuning.


Crown apa ntah yg Eisya pakai tu..huhu


Balik dari Acara sukan sekolah, Eisya tak sabar lagi nak mandi kolam ngan Abah..

Lagi pun, memang Eisya yang rajin tolong abah cuci kolam kan..:) 
Mengada betul dua beranak ni ..mentang2 Umi x dpt join sama..!
Demikian lah serba sikit kisah family akak dalam minggu ni..Sebelum tu akak pohon maaf dari semua..bukan tujuan akak nak menunjuk-nunjuk..akak cuma nak berkongsi sedikit daripada nikmat dan ujian..sesungguhnya semua kesenangan, maupun kesusahan adalah ujian dari Allah buat hambanya..dan semuanya milik Allah belaka..hanya dipinjamkan seketika buat kita dimukabumi ini sebelum menuju ke negeri kekal abadi.

Sekian. Wassalam.

Thursday, June 21, 2012

Chicken pox dan aku...

Assalamualaikum.

Maaflah tuan blog tak dapat berjalan kemana-mana dalam seminggu dua ni,,
Akak mohon semua doakan akak cepat sembuh ye..dan tak tau lah kalau lepas akak sihat ni, anak-anak akak pulak yang kena..sebab mereka semua belum pernah kena..

Tapi kalau seseorang tu dah pernah kena, jangan ingat tak kena lagi tau, sebab akak sendiri dah pernah kena semasa kecil tau..tapi doktor tu kata, ada je orang yang diserang chicken pox ni lebih dari sekali..

Apapun Akak terima dengan redha..Ujian Allah buat hambanya..Memang dapat cuti panjang, tapi merupakan cuti panjang yang paling menyeksakan dan terasa terlalu panjang nak menunggu siang berganti malam dan malam berganti siang..

Banyaknya ubat nak kena telan..dah lah besar2 semuanya..huhu

Sebelum dikenal pasti chicken pox ni, yang akak perasan, seminggu sebelum ni, akak rasa badan sangat cepat penat, kemudian, dua hari sebelum tu, akak rasa sakit sangat dibelakang telinga, seperti ada kelenjar yang membengkak..kemudian keesokan harinya akak ingat muka akak naik jerawat..atau kena gigit sesuatu..kemudian bintik-bintik merah mula kelihatan kat bahagian lain anggota badan seperti perut dan belakang badan..demam tak kuat sangat sebenarnya,,,hinggalah akak ke klinik dan sah..doktor kata memang chicken pox..

Nasib baik dah kawin..kawan akak sempat mengusik..hai..jatuh lah saham kali ni...huhu.Tapi betul..kalau tuhan nak ambil nikmat kesihatan,, selera makan, kecantikan dan apa saja yamg dipinjamkannya pada kita, sekelip mata je..renungkan lah..

Tapi, syukur ubat yang doktor bagi tu, akak rasa sangat baik, sebab lepas makan, gatal2 tak terasa sangat, dan akak jadi mengantuk, so apalagi...zzzz je lah.. No wonder lah harga ubat tu agak mahal..seratus lebih tau.
Selain ubat klinik, akak pun ada mintak fil akak minta air tawar sebagai rawatan alternatif..untuk hilangkan rasa gatal dan parut tu.Kita wajib berusaha..kerana setiap penyakit itu ada ubatnya,melainkan mati..

Jom share maklumat tentang chicken pox..akak google je ni..


Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. 

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
  • Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. 
  • Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
  • Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul. 

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
  • Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema). 

Komplikasi akibat chicken pox: 
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri. 
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak.
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan
Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

Rawatan di rumah 
  • Sapu losyen calamine.
  • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
  • Panadol untuk demam
  • Pencegahan 

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.






 

Saturday, June 16, 2012

Semua yang berlaku hari ini.

Assalamualaikum.

Hari ni , Sabtu 16hb Jun 2012.
Banyak yang berlaku pada hari ini..( tapi ni bukan hari ini dalam sejarah ye..:) )
Cuma..
Dalam satu hari ini saja bermacam perkara yang akak dah buat..adusshhh la..penatnya..!
Tak larat lah nak bercerita panjang hari ni, sebab dah lotih kan..so..
Kita layan gambar je lah yek..

Seawal jam 8.30 pagi, Akak bergegas ke An Nadwah Masjid Negeri..
Anak2 dah menunggu..
Kelas Tambahan santai untuk murid tahun 5.
Sebab apa akak namakan santai..sebab murid bebas nak menulis di atas meja atau dilantai..hehe
Tak caye..tgk gambar ni..


Sebahagian dari murid perempuan sedang asyik menyiapkan kerja yg diberi..

Murid lelaki yang paling seronok..

Tengah syok menulis

Sementara tu Cik Kak ni sempat posing lagi..hehe.Utk Rakan blogger lah ni..


Dah penat menulis dibawah, kita dok dikerusi pula

Kelas berakhir pada jam 11.30 tghri.
Tiba masa Ustajah nak merayau kat Mall kejap ye..
So..
Ngan Yaya, Eisya dan off course lah Cik Abg..,
singgah kat ECM( East Coast Mall..
Saje jenjalan, singgah beli peberet kami..Big Apple donut..hehe
Sape suka donut ni?

Eisya tengah memilih..

Cepat sikit pilih tu Eisya..Kak Tiha dah talipon dari Kolej suruh kami datang..huhu    

Balik rumah solat Zohor jap, pas tu terus ke KMP ( Kolej matrikulasi Pahang) yang hanya 30 minit dari rumah kami..Untung lah anaknda Tiha..hehe

Sampai kat Kolej..apa lagi, makan kat Cafe Tiha pulak..kat sini murah2 semuanya..al maklumlah tempat student kan..

Amboi Abah..makan nasi, kat sebelah donut lagi..mana satu ni?hehe

Budak berdua beradik..Yaya n Tiha..makan tak toleh lagi dah..
Balik dari Kolej..
Ada lagi satu tugas penting menanti..dah lama tertangguh tugas ni, tapi bukan Akak lah...( Tugas akak masak nasi lemak ikan tongkol, tp tak de gambar sbb dah letih sgt..huhu)
Abah  dan anak2 daranya..hehe
Teka apa dia?
Jom tengok sendiri..

Mula-mula, sapu sampah dulu


Dalam ni pun nk kena cuci

Kat dalam tu bukan bilk ye..tu tempat segala alat control kolam tu..hanya Cik Abg sorang yg tahu nk operate pam dan bebagai..

Eisya paling rajin..sbb dia yg rajin mandi..

Rajinnya laling akak...

Semua buat sendiri je..

Abag kalau buat ,kena betul2 bersih..rapi sungguh..huhu

Adui..panjangnya cerita, banyaknya benda yg akak buat hari ni,banyaknya tepek gambar, mesti berat ni..huhu.

Ok lah, setakat ini dulu perkongsian hari ini..kalau nak tgk gambar kolam penuh air, kena tunggu..sebab ambil masa 3 hari, 3 malam nak tunggu air penuh tau..!
Bye. T.ksh semua.

Thursday, June 14, 2012

Disebalik susah ada senang

Assalamualaikum.

Sejak kereta hubby akak masuk bengkel kerana accident tempohari, tinggal sebuah je lah kereta.Pada mulanya akak ingat memang susah lah nanti sebab kami keluar bekerja pada waktu yang berlainan. Jarak ketempat kerja, walaupun tidak lah jauh sangat tapi, boleh tahan lah juga..dengan keadaan jammed dan sebagainya..Adoii..pening juga akak memikirkan.

Tapi, Alhamdulillah, dah hampir seminggu pun..orangkata patah satu kaki, tapi sekurang-kurangnya ada lagi satu..So, dengan kereta yang lagi satu tu, kadang hubby akak yang akan menghantar akak ke tempat kerja, kadang pulak anak akak, Yaya yang bekerja dengan abahnya sekarang, dan ada masanya akak ikut diorang dari awal pagi lagi..( tak awal mana juga, dalam pukul 9.30 - 10.00 pagi gitu). Kemudian akak terus tunggu je kat opis hubby sementara nak masuk kerja pukul 2.00 tgh.

Dalam banyak-banyak cara tu, akak rasa best pulak bila akak terus keluar sekali ngan mereka..sebab dengan cara tu, akak tak lah rindu2lagi kat Cik abang..hehe ( jgn muntah dengar ni ye..).petang pun balik kerja bersama, pendekata banyak masa kami spend bersama berbanding dulu..ye lah..breakfast bersama,lunch bersama, pas tu balik kerja kang minum petang pulak sekali lagi..Kan best tu..Duit minyak kereta pun jimat, duit makan minum pun semua cik Abg yang keluar..hahaha..Banyak juga kebaikannya..

Betullah..disebalik sesuatu kejadian Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya. Aku bersyukur sangat padamu Ya Allah..Kalau macam ni, lama sikit pun kereta kat bengkel pun tak pe..hehe


Seronok ada org yg hantar dan ambil dr kerja..hehe

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday ( Bird Nest Stadium, Beijing)


Monday, June 11, 2012

Wangian dalam rumah dan kamar tidur


Assalamualaikum.


Siapa yang tak mahu rumahnya bersih, kemas dan harum, setelah seharian keluar bekerja..tentu lah ingin kan keselesaan apabila pulang kerumah..terutamanya kamar tidur..kena lah bersih, serta harum mewangi selalu kan..

Seorang isteri atau surirumah itu, kena lah pandai mengambil berat soal kebersihan dan keselesaan seisi rumah..kalau malas atau sibuk sangat tu, ambil je lah seorang pembantu..tapi, bagi Ariana tidak lah sampai memerlukan sangat pembantu rumah..anak-anak pun dah besar..boleh lah membantu apa yang perlu,lagipun memang hubby kurang selesa dengan kehadiran pembantu ni..anda bagaimana?

eh..bukan nak cerita pasal pembantu rumah sebenarnya.., Ariana nak cerita pasal wangian kamar tidur...bukan kamar tidur je, seisi rumah pun sepatutnya dalam keadaan harum semerbak..hehe. Baru lah selesa untuk didiami kan..

Sekarang pun dah ada berbagai alatan untuk tujuan itu, terpulang lah kepada masing-masing..Ariana ingat lagi, pernah satu masa Ariana berkunjung kerumah seorang kawan ni, sebaik sampai je dimuka pintu..terus tercium bauan yang sangat wangi..rasa tak sabar nak melangkah masuk kedalam rumahnya..Tapi, bukanlah hanya sekadar wangi..seisi rumah pun harus lah bersih dan kemas, dari dapur, hatta ke bilik air sekali pun....bagi yang masih mempunyai anak yang kecil2 tu, tentu lah menghadapi sedikit kesukaran nak memastikan rumah selalu dalam keadaan kemas kan..( sedangkan Ariana sendiri pun, ikut mood juga kadang tu..hehe), tapi tak salah ajar anak-anak sedari kecil lagi menjaga kebersihan rumah bersama-sama..walaupun bunyi je macam senang..hehe..terutama yang ada hero bersusun ye tak..



Apapun, Ariana suka mewangikan rumah dan kamar tidur..Kebetulan sewaktu hubby ke Jakarta baru ni,dia ada belikan alat pewangi ni..bahkan kat merata kedai kat sini pun banyak..jom tengok gambar..

Bakar lilin kat bawah dia

Buh pewangi pilihan, campur sedikit air kat atas ni

Macam2 jenis ada..pilih je yg mana nak

mana satu pilihan anda


Hah ..dan yang ni pulak Ariana buh kat ruang tamu..semua orang tau ni..Ambi pur...:-)

hmm..harum semerbak.. 




Ok lah..nanti malam sikit akak jalan2 kat blong korang ye..mesti banyak cerita baru..

Thursday, June 7, 2012

Ujian dari Allah

Assalamualaikum.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Dalam melalui kehidupan ini,sememangnya suka dan duka silih berganti..terkadang Allah beri ujian buat hambanya agar mereka insaf dan mahu berfikir..Ujian adalah Tarbiah dari Allah, ujian tandanya Allah kasihkan hambanya, dan kita sebagai hambanya wajiblah menerima Qada' dan Qadar Allah dengan hati yg redha.


Begini lah keadaan merc kesayangan hubby..huhu

Ni pula keadaan kereta Avanza yang terlibat dalam kemalangan tu.kereta ni kemekdepan dan belakang sbnrnya, akibat berpusing dan melanggar divider.



Akak sebenarnya masih "shock" lagi. Walaupun Akak tak de semasa kejadian, tp, mendengar ceritanya pun akak dah menggigil. Kejadian yang berlaku jam 10.00 malam tadi,ketika hubby dalam perjalanan pulang dari K.Lumpur ke Kuantan di LPT yangmana kereta merc hubby telah terlanggar kereta Avanza milik pasangan suami isteri dari Dungun, Trengganu. Menurut hubby dia terlalu penat semalam, mungkin akibat kelalaiannya seketika..tapi, akak tak mau lah bertanya panjang lebar, sebab kesian kan dia yang masih dalam keadaan terkejut..lagipun semuanya dah ditakdirkan Allah berlaku disitu dan pada ketika itu,sepertimana kata pasangan tersebut yang sangat baik hati dan amat redha..katanya memang dah janji nak kena, kalau bukan dengan hubby akak pun mungkin dengan orang lain..yang penting semua selamat, tanpa apa2 kecederaan pun Syukur kepada Allah.

Pesanan Akak kepada semua diluar sana, berhati-hati lah selalu semasa memandu,kerana akibat kelalaian kita kemungkinan ada orang lain yang jadi mangsa..berhentilah seketika kalau terlalu penat atau mengantuk..dan kalau boleh bawa lah teman apabila memandu jauh..( selalunya akak memang temankan hubby kalau dia out station, tapi kali ni, dia menolak kerana katanya susah nanti, nak tinggalkan akak dimana semasa dia meeting tu yg tak jadi ikut, tak sangka pulak jadi macam ni..ni lah takdir namanya..)

Tak tau lah kebetulan atau apa, menurut pemandu kereta tunda tu, setakat ni dia dah tunda banyak kereta dari kawasan yang sama akibat kemalangan yang hampir sama..tu lah, hubby akak cakap, jalan lurus sebenarnya, tapi yang dia hairan dia lansung tak nampak kereta avanza sebelum tu sehinggalah betul-betul dekat dan tak sempat nak buat apa-apa..huhu..

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

Sekian dulu. Wassalam.

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday (jarang diguna, sangat berguna..)

Dah jarang diguna..tapi SANGAT berguna..

Tuesday, June 5, 2012

Sambal kuini pembuka selera makan

Assalamualaikum.

Pernah tak korang rasa perut lapar tapi tak lalu nak makan? Atau tak tau nak makan apa..nak makan nasi tapi dah jemu..balik2 lauk ikan, daging, ayam, telur..

Memang ada orang tu, kalau tak de sambal belacan, tak lalu nak makan nasi, tak de ulam-ulaman tak banyak makannya.. Tapi ada juga orang yang tak kisah..main sapu je apa kat depan mata..Korang kategori yang mana satu?

Bagi akak..sebenarnya tak lah cerewet sangat..lauk apa pun boleh, cuma kena lah selang seli..kalau dah hari ni lauk ayam..esok ikan pulak, lusa mungkin udang atau sotong pulak kan..Tapi..Semalam, tiba-tiba Akak teringat sambal yang pernah Mak Akak buat masa Akak dok ngan mak lagi dulu lah.
( sebelum berumahtangga dan dibawak oleh Cik Abg berpindah kerumah sendiri ..hehe)

 Nak tau sambal apa..

Jom tengok..Kebetulan masa akak jenjalan kat Supermarket dua tiga hari lepas..ada pulak jual buah kuini.. bau dia..umpphh..mengancam..Akak pun beli lah 4 biji..nak beli banyak, takut tak abis makan..sekali balik rumah, rupanya tersangat lah manis buahnya..dan akak pun ambik sebiji tu buat lah..Sambal Kuini...

Siapa x kenal lagi buah kuini..sama mcm buah mempelam juga..adik beradik dia juga..




Nak buat dia senang je..

Bahan:
-buah kuini ( terpulang korang nak buh sebiji atau separuh).Buah tu korang racik2 atau potong lah kecil2 supaya senang nak tumbuk nanti..Baik2 semasa menumbuk, takut terpercik kat mata..sebab buah ni banyak air jg..
-Off course lah kena ada cili api ( ikut suka banyak mana, kalau kuat pedas buh lah banyak..)
-sedikit gula,
-sedikit garam
-sedikit belacan

Cara membuatnya:
Campur je semua bahan kat dalam lesung batu dan tumbuh hingga hancur.



Itu je lah bahan dan cara membuat nya..senang kan..Cuba lah..mana tau dapat meningkat kan selera dan buat korang bertambah nasi sampai dua tiga pinggan..hehe .


SeLaMat AMenCUba!

Legaa..

Assalamualaikum.

Legaa..x sakit hati dah dgn ternet yg lembab mcm kura-kura..( terpaksa guna broadband ).Time kasih cik abg ku yg sporting sebab dah tukarkan modem wifi kat rumah ni yg dah dua kali terbakar akibat petir..yang satu dulu, masih dlm gerenti, so free lah tp yang terbaru ni, dalam seratus ringgit lebih juga harganya..huhu

So, hari ni Akak nak BW sepuas hati..yea..nntikan kedatangan akak kat rumah korang ye..:) Rindu, lama betul x singgah..

Cik Abg pesan, kalau ribut petir lain kali, off semua dan cabut wire sekali..hehe

Monday, June 4, 2012

Alam baru-Tiha & matrik

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, akak mintak maaf banyak, cause dah lama tak bw ke blog korang macam selalu.Bukan tak nak, tapi, ternet masih sangat slow..memang tak dapat nak jenjalan..ini pun, terpaksa tunggu larut malam barulah dapat update blog ni hah..Tapi, Insyaallah, dalam beberapa hari lagi ni keadaan akan pulih, sebab dah beli modem baru dah, menggantikan yang terbakar dulu, cuma tunggu masa Cik Abang free je nak tolong pasangkan.:-)

Walaupun dah seminggu berlalu, baru hari ni berpeluang bercerita sikit pasal anak dara akak Fatiha yang telah mendaftar di KMP ( Kolej matrikulasi Pahang) di Gambang, baru-baru ni.( 28hb Mei 2012)Alhamdulillah, nampaknya Tiha dah dapat menyesuaikan diri disana..baru petang tadi akak menghantar dia balik semula ke Kolej.( minggu ni murid dibenarkan pulang kerumah).

Menurut cerita Tihah memang penuh sangat masa dalam seminggu ni, almaklumlah minggu orientasi..dan sesampainya dia dirumah petang Jumaat baru ni, dia tidur sepuas-puasnya..kerana mengganti kan tidur nya yang tak cukup di kolej..huhu ye lah, dengan bangun Qiamullail, dan teruslah kesubuh, memang tak cukup tidur..

Lain-lain hal tak de sangat lah, cuma dia sedang dlm proses mengenali rakan sebiliknya ( roomate). Maklumlah manusia ni bermacam perangai, bukan senang nak menyesuaikan diri..kena banyak bersabar dan bertolak ansur.

kehidupan diluar sana tak macam kehidupan Tiha semasa dirumah, Umi dan abah pun bukan sepanjang masa dapat melindungi Tiha atau membantu Tiha lagi..Pandai-pandai lah Tiha bawa diri.

Apapun Solat jangan lupa..berdoa jangan lupa..macam-macam lah pesanan akak pada Tiha..terpaksa lah Tiha tadah telinga nya juga mendengar kata-kata nasihat dari Umi dan abahnya ni...Kakaknya, Yaya pun turut sama memberi kata peransang..InsyaAllah, rasanya Tiha mampu..kami je yang bimbangkannya lebih sangat, bukan apa, sebab Tiha tak pernah berpisah ngan kami sebelum ni..Dan akak pulak rasa macam dia tu kecik sangat lagi..huhu.Tapi, akak percaya semua para ibu diluar sana faham macamana perasaan seorang ibu terhadap anaknya kan..hehe

Ok lah, jom tengok tengok gambar yang sempat akak ambik ngan kamera h. set je ni..tu lah pasal kelabu kelalang..huhu

Antara barang yang dibawa..bawa sikit je dulu..nanti tambah lagi..

Sempat lg main i pad dia..sebab x berani bawa ke hostel lg..tinggal kat rumah dulu


Tak habis lagi mengisi borang apa ntah..


Kenangan Umi n Tiha

Tiha n Abah

Akak tolong pasangkan cadar Tiha

Cuba teka Abah dok buat apa ni? hehe..tlg betulkan syiling bilik yg terbuka..!

Ni lah katil Tiha..

Sempat lagi..sentuhan terakhir i pad sebelum berpisah..:)

Umi tlg Tiha kemas almari ni..!!

First aid  kit

Makan di kafe..sebelum kami pulang tinggalkan Tiha.

Setakat ini dulu..Good Luck Tiha di tempat baru..alam baru..suasana baru..
Doa Umi dan Abah sentiasa mengiringi..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink