Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, June 4, 2012

Alam baru-Tiha & matrik

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, akak mintak maaf banyak, cause dah lama tak bw ke blog korang macam selalu.Bukan tak nak, tapi, ternet masih sangat slow..memang tak dapat nak jenjalan..ini pun, terpaksa tunggu larut malam barulah dapat update blog ni hah..Tapi, Insyaallah, dalam beberapa hari lagi ni keadaan akan pulih, sebab dah beli modem baru dah, menggantikan yang terbakar dulu, cuma tunggu masa Cik Abang free je nak tolong pasangkan.:-)

Walaupun dah seminggu berlalu, baru hari ni berpeluang bercerita sikit pasal anak dara akak Fatiha yang telah mendaftar di KMP ( Kolej matrikulasi Pahang) di Gambang, baru-baru ni.( 28hb Mei 2012)Alhamdulillah, nampaknya Tiha dah dapat menyesuaikan diri disana..baru petang tadi akak menghantar dia balik semula ke Kolej.( minggu ni murid dibenarkan pulang kerumah).

Menurut cerita Tihah memang penuh sangat masa dalam seminggu ni, almaklumlah minggu orientasi..dan sesampainya dia dirumah petang Jumaat baru ni, dia tidur sepuas-puasnya..kerana mengganti kan tidur nya yang tak cukup di kolej..huhu ye lah, dengan bangun Qiamullail, dan teruslah kesubuh, memang tak cukup tidur..

Lain-lain hal tak de sangat lah, cuma dia sedang dlm proses mengenali rakan sebiliknya ( roomate). Maklumlah manusia ni bermacam perangai, bukan senang nak menyesuaikan diri..kena banyak bersabar dan bertolak ansur.

kehidupan diluar sana tak macam kehidupan Tiha semasa dirumah, Umi dan abah pun bukan sepanjang masa dapat melindungi Tiha atau membantu Tiha lagi..Pandai-pandai lah Tiha bawa diri.

Apapun Solat jangan lupa..berdoa jangan lupa..macam-macam lah pesanan akak pada Tiha..terpaksa lah Tiha tadah telinga nya juga mendengar kata-kata nasihat dari Umi dan abahnya ni...Kakaknya, Yaya pun turut sama memberi kata peransang..InsyaAllah, rasanya Tiha mampu..kami je yang bimbangkannya lebih sangat, bukan apa, sebab Tiha tak pernah berpisah ngan kami sebelum ni..Dan akak pulak rasa macam dia tu kecik sangat lagi..huhu.Tapi, akak percaya semua para ibu diluar sana faham macamana perasaan seorang ibu terhadap anaknya kan..hehe

Ok lah, jom tengok tengok gambar yang sempat akak ambik ngan kamera h. set je ni..tu lah pasal kelabu kelalang..huhu

Antara barang yang dibawa..bawa sikit je dulu..nanti tambah lagi..

Sempat lg main i pad dia..sebab x berani bawa ke hostel lg..tinggal kat rumah dulu


Tak habis lagi mengisi borang apa ntah..


Kenangan Umi n Tiha

Tiha n Abah

Akak tolong pasangkan cadar Tiha

Cuba teka Abah dok buat apa ni? hehe..tlg betulkan syiling bilik yg terbuka..!

Ni lah katil Tiha..

Sempat lagi..sentuhan terakhir i pad sebelum berpisah..:)

Umi tlg Tiha kemas almari ni..!!

First aid  kit

Makan di kafe..sebelum kami pulang tinggalkan Tiha.

Setakat ini dulu..Good Luck Tiha di tempat baru..alam baru..suasana baru..
Doa Umi dan Abah sentiasa mengiringi..

7 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

bila tengok tiha kat tempat baru, teringat zaman masa memula masuk asrama dulu. gudluck tiha

ZULTIE said...

Selamat menempuh alam baru buat Tiha dan selamat maju jaya..

maszull said...

assalamualaikum ariana...terpaksalah berjauhan demi masa depan yg baik nanti dan hanya doa seorang ibu akan sentiasa mengiringi mereka selalu...:)

mamyharraz said...

good luck utk tiha.
semoga tiha dpt biasakan diri dalam suasana baru.

sy juga asyik teringatkan ank buah yg masuk matrik jengka..sudahlah dia satu2nya pelajar non-muslim dia masih nak sesuaikan diri dan keadaan jauh pulak tu dgn family..mujur ada fon bolehlah kami sentiasa ber-sms..termasuk family dia di Labuan sana.

najihahfara said...

wah dpt kmph..
gud luck untuk tiha :)

Mun said...

seronok nengok... tetiba teringat masa zaman duk hostel dulu.. rindu plak saat semua tu...

NzA said...

amat memahami perasaan akak krn saat ini nza pn sdg merindui along di KMM....kalau boleh ingin terus brada disisi dia..ttp hati perlu kuat demi cita2 anak..moga mrk dpt suaikan diri dgn suasana baru...

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink