Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, June 28, 2012

Nak jumpa ke tak..

Assalamualaikum.

Hari ni perasaan bercampur baur..Tak dapat buat keputusan..sedangkan masa dah tak ada cuma tinggal sehari saja lagi.. Ya Allah..hanya engkau yang tahu, apa yg terbaik buat hambamu ini..

Kalau nak ikutkan, memang badanku dah sihat..cuma tinggal parut-parut bekas chicken pox yang memang mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya..tapi, entah lah..dalam hati rasa bimbang sebab orang kata penyakit ni mudah berjangkit..terutama pada orang yang kurang daya ketahanan diri..seperti yg berisiko tinggi, yang mempunyai penyakit2 lain dan org tua serta kanak-kanak kecil..

Esok, Jumaat 29hb Jun 2012, Bonda tersayang akan berlepas menunaikan umrah..flightnya dijadualkan pada pukul 12 tengahari..Apa yang membuat hati ku begitu sedih dan sayu ialah dengan keadaan ku ini..samada patut atau tidak bagi ku untuk turut sama menghantar Ma di LCCT. Dah lah hampir sebulan dah tak jumpa Ma..tertangguh sebab c.pox  aku ni lah..huhu..Kami cuma bercakap ditelefon je..

Kalau boleh rasa nak terbang berjumpa dengan Ma..tapi..macamana kalau..dengan sebab berjumpa aku, tiba-tiba Ma pulak dapat sakit ni..Ya Allah..rasa bersalah pulak nanti..Dah lah Ma nak berjalan jauh, ditempat orang kan..Apakah aku patut lupakan saja niat nak bertemu Ma sebelum dia ke Mekah ni? Atau..terus kan hajat menghantarnya ke LCCT  esok?

Rasanya, Ma akan faham kalau aku cakap elok-elok...Biar lah doa ku saja yang mengiringi pemergian Ma..
Lagipun dua minggu bukan lah lama sangat...Insyaallah kita akan bertemu nanti..dan boleh lah Ma bercerita panjang lebar tentang pengalaman manis Ma disana nanti ye..

Mohon Ampun Maaf, Selamat menunaikan Umrah..Moga Bonda ku mendapat Pahala Umrah yang mabrur.
Amin ya Rabbal alamin.

Sayanggg Ma..

10 comments:

mamyharraz said...

org kata walau ciken pox tu dah baik..time kering nilah senang jangkit kt org lain pulak.

mak akk mesti faham keadaan akk.2 minggu tak lama.semoga mak akk dapat ketenangan masa menunaikan umrah nnt :)

Kakzakie Purvit said...

Betullah cikgu kakak rasa ma pun faham situasi c-pox dan dua minggu lagi masa balik bolehlah jumpa. Insya-allah masa itu dah betul-betul sembuh.

Doakan saja moga ma diberi kesihatan terbaik utk menjalankan ibada umrah itu.

Munn Jaafar said...

sy skrg tggl serumah dgn baby yg kena ciken pox ni..kesian dia..boleh bjangkit ek? takut plak sy...sy tak pernah kena lagi ciken pox ni....

er..cane ye? kalau tak pergi tak boleh, kalau pergi tkut bjangkit plak kt ma...ermmm

umiawadah said...

oh kak..memang dalam di lema ni..takut juga kecil hati orang tua kita...tapi rasanya dia faham...hmmm akak buatlah keputusan yang terbaik..

Kalamhati said...

hmm betul tu kak..time c.pox nk kering ni la dia berjangkit..mak akak mesti faham..doa yg terbaik utk dia..=)

IntaNBerliaN said...

InsyaAllah.. sy rs ma akak faham situasi akak skrg..

Mun said...

xpe...mak akak pasti akan faham situasi akak kan...

Mommy_ima said...

Ma mesti paham... irigi doa ye..moga semuanya selamat.. :)

kurus said...

kak doa tuu penting
akk x gi jumpe pun x per
konpermm ma paham keadaan akk
ibu mana yg x memahani anak2 kak ;)
insyaallahhh
saya juga doakan ma akk selamat pergi dan kembali .. aminnn ;))

Unknown said...

(^____^)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink