Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, January 20, 2012

Alahai pokok ku


Assalamualaikum.

Setiap hari asyik hujan je kebelakangan ni, masih musim tengkujuh ke? Dah separuh bulan Januari ni, tapi boleh dikatakan hampir setiap hari hujan masih turun membasahi bumi, kalau tak lebat pun sekadar gerimis..

Ada juga orang kata, bila time tahun baru Cina memang selalunya hujan..tak tau lah sebab apa, kebetulan je tu sebenarnya.Tengoklah lepas tahun baru Cina hujung minggu ni macamana..


Akak tak kisah sebenarnya bila hujan turun ke tak, semuanya ada pro n kontra. Semuanya  anugerah Allah kepada kita kan, cuma akak nak bagitau pasal pokok-pokok sekeliling rumah akak ni..dah lama terbiar tak berjaga..huhu. 

Huh..terbiar semuanya..


Bila musim hujan, alasannya malas nak turun ketanah, sebab basah. Bila musim kemarau pula, alasannya sebab tak tahan panas, migrain akak datang..huhu.

Pagi tadi, cuaca ok sangat..tak panas dan tak hujan, so akak pun ambil kesempatan " menziarah" pokok2 akak yang tak berapa nak banyak sangat dan tak berapa nak subur sebab tuannya asyik bertukar mood..sekejap rajin sekejap malas..

Ce tengok pokok-pokok Akak ni..perlukan baja ye tak..hehe

Pokok puding apa ntah..

Ini org panggil pokok duit rasanya..Nak kena tukar pasu ni..

Pokok keladi " kurus" hehe

Pokok lidah buaya ke ni..mmg mudah tanam pokok ni, cepat biak..

Orkid yang tak berbunga..daun je banyak..hehe

Yg nipulak,, daun tak banyak, tp berbunga..


Paling mudah jaga..

Nak kena tukar pasu ni, dah penuh sgt..

Tapi, sempat lah buh baja dan buat apa yang patut pagi ni..Alhamdulillah, tak yah senaman, badan dah berpeluh, lagipun tak rugi berbudi pada tanah ni..cuma buat masa ni kami tak sempat lagi nak menanam pokok buah-buahan..kalau tak baru lah best memakan hasil nya kan..ini pokok bunga nak buat apa..sekadar mencuci mata bolehlah..Tapi pada sesetengah org, dengan menanam pokok-pokok ni boleh juga dijadikan sebagai terapi minda, betul tak..:)

Lagi terapi minda..

Pokok pandan ni banyak jasanya..senang nk buat nasi lemak pagi2 hehe


Bunga kebangsaan Malaysia pun ada..

Selit kat telinga comey ni..hehe

Yang ni lagi senang, tak yah siram n baja hehe

Ni pokok kesayangan Laling I..sbb mahal, beli waktu kecil lagi..huhu..

Mari menyusun seroja bunga seroja..

Siapa nak makan ulam pegaga..silalah..awet muda you!
Ok lah..Sori banyak gambar pokok sangat..
Jumpa lagi..Wassalam.

1 comments:

Jj said...

segarnya pokok duit tu ... gemuk gemuk penuh pasu ...

Cik jah pernah sembang ngan sorang taukey nursery di cameron pasal orkid .. kata taukey tu .. orkid ni kalo lagi kita bela .. lagi sihat n banyak daun ... tapi kalau di biarkan n dia rasa macam dah terancam n nak mati ... masa tu la dia akan berbunga ... wallahuaklam ...

kat rumah cik jah .. ada satu orkid tu .. dari cik jah kecik sampai dah beso ni tak pernah berbunga lagi kata ibu ... tak tau mana silapnya ... takpe la asal dia segar n sihat ...

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink