Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, January 8, 2012

Ariana story vs Ariana Mikael

Assalamualaikum.

Ehh..dah ada cerita Ariana kat Tv..Wah..bestnya. Tapi ..ni bukan Ariana's Story..ni Ariana Mikhail..lakonan pelakon cute Nora Danish tu.. 
Banyak bezanya..Ariana Mikhail tu hanyalah cerita rekaan dan lakonan semata-mata, manakala Ariana's story pula adalah kisah benar..perjalanan hidup kami berdua.. 

Tak pe lah..lakonan pun tentu best cerita ni, tak sabar nak tengok..Jom baca sinopsis cerita Ariana Mikail.



 
Ariana Mikhail
vs
Ariana's story
Gambar hiasan..jangan marah..

Cerita bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.. Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. 

Tetapi disebaliknya telah bertemu dengan Ariana  yang juga singgah bercuti ke Paris dari Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. 

Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Drama sebanyak 15 episod dalam slot Ratu  akan disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa, 8.30 malam dan bakal ditayangkan pada 16 Januari 2012.Antara pelakon yang menjayakan cerita ini adalah  Nora Danish, Sein, Rizman Khuzaimi  dan ramai lagi. Cerita ini amat menarik kerana berlatarbelakangkan Kota Paris yang indah. 

Selamat menonton.

17 comments:

Cik tikah said...

mcm best je :D

Makbed said...

hahaha..romantik betul.

Kalamhati said...

waaah kebetulan plak ngan akak..hehe

anumuchan said...

mcm best je cite tu.kne tgk ni.hihi

bru tgk gmbar akk ke beijing..terlambat pulak saya..bestnye jalan2..saya pn xsmp lg beijing heee..

romantik gitu gambar akk n hubby :) sweet..

ariana said...

Cik Tikah: tu lah..nampak mmg best cerita ni, x sabar nk tgk, walaupun selalunya jarang minat love story ni..hehe.

Mak Bed: sesekali romantik, apasalahnya.lg pun kat tempat org, bkn ada org kenal pun..heheBila lagi kan..:)

Kalam hati: aah..tu yg rasa seronok tu..hehe

Anum: lama x singgah ..bz ke..akak dpt bayangkan sejuknya kat tempat anum sana..huhu..

mas saari said...

wah! akak dengan husband dah posing macam pelakon je...heheheee

kak, cerita ni kat TV mana?

mama maman aka yana said...

romantis... suka...:)

kis said...

comel & romatik nya gambar hiasan tu yek kak..(^_^)

Mun said...

acecehh... pic akak nie dah bleh ganti pic citer tue laa.. hehe

εïзmmyHazaεïз said...

mesti best citer ni kan kak... :)

Rina Rahamat said...

wah sinopsis mcm menarik nih ditambah dgn gambar hiasan yg sgt menarik hehe


tp kat tv mana disiarkan?

Ztee_Azwanis said...

slot ratu tv9 yer kak ariana...

amboi :) ariana story pun tk menahan tau... sweet kapel :)

Izan Ishak said...

sweet je gambar akak n husband tu.. kena plak ngan citer yg bakal ke udara tu...hehe...

ariana said...

Mas, Rina: Cerita ni Slot ratu kat TV 9 ni..:)

Mama Maman, KIs: Romantis org lama..hehe

Cik Moon: mana boleh lawan tokey..hehe akak tu aksyen je lebih tu..:)

Mummy Haza:Nampak mcm best, akak biasanya jarang minat cite melayu tp yg ni x tau lah, nak tgk nanti..

Mama Likha. aah kat Tv 9.
Kak Ariana tu kesejukan kat Beijing, tu yg peluk tu..kat M'sia tak lah, sbb panas..haha

ariana said...

Izan: TQ. Ariana Mikhail tu kat Paris u.., kami x dpt ke Paris, ke Great Wall, China pun jadilah...:)

aizamia3 said...

sinopsisnya menarik.. ;)

~izan~ said...

mmg kebetulan ni kak..gmbr pun ebih kurang sama dah.lokasi je lain tp akak lg romantik gmbrnya =)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink