Assalamualaikum.
Lepas makan ubat, terus mengantuk sangat-sangat menyebabkan akak terus tertidur dengan lenanya, rasa macam tidur waktu malam pulak, tersangatlah lenanya. Sedar tak sedar , rupanya dah 3 jam tertidur,Alhamdulillah rasa ringan sikit kepala dan tinggal selsema dan batuk-batuk je.
Lama dah tak up date blog, tak de cerita menarik sebenarnya.
Kali ni cuma nak kongsi gambar Akak balik dari kenduri kawin Inas, anak tokey restoren kat bawah opis hubby " Restoren Asam pedas" yang terletak di Malay Town, Kuantan.Tapi, lansung tak de gambar pengantinnya, sebab tak sempat nak ambik. Pertama sebab kami sampai dah lambat, kedua akak ni segan nak keluarkan kamera
( memang tak layak nak jadi blogger) dan ketiga cuaca sangat panas sampai migrain akak menyerang..dan terus demam ni..huhu
Kat opis hubby |
Balik dari kenduri ni.. |
Candid. Hubby sedang asyik buat kerja. |
Semua staff dh start bercuti tahun baru Cina. |
Tempat akak lepak sambil tggu hubby. |
Petang Ahad pulak, tak kemana sebab akak masih demam. Baring je sehari suntuk..huhu.
Cuma Isya ngan kakaknya Yaya dengan aktiviti mencuci kolam nya, ( Abah yang suruh). Lagipun dah lama tak isi air dalam kolam, Yaya kata dah rindu nak swimming..
Eisya mmg rajin bab main air ni.. |
Nasib baik ada Eisya tolong..:) |
Demikian lah cite Ariana ngan family selama dua hari yang sememangnya tak de yang menarik pun, cuma berada disamping keluarga itu dah cukup membahagiakan bagi mereka yang tahu menghargai insan-insan yang disayangi, tak semestinya kena keluar shopping atau makan angin je kan..setuju tak?
19 comments:
time cuti2 ni..memang nak sangat bersama keluarga,,,lengkap rasanya...waktu sekolah diorang ada hal masing2..seronok kan..saya tak kemana cuma balik ziarah mak ayah je..
wah kak cantik pejabat abang .. ada kerja kosong tak kak ..
dah lama kerja disini , nak cuba environment barulah kak huhuh
wahh rajin anak akak , cuci kolam .. nie tinggi gak kolam nie ;)
Setuju sgt2..;-)
Ummiarissa: memamng betul. hanya waktu cuti lah dpt bersama mereka,kalau tak semua sibuk dgn hal masing2 kan..dpt balik ziarah ibu bapa pun bagus jg..
ieda: kat Ieda kerja tu ok apa..dh naik taraf U plk tu..ramai org berebut nk kerja kat situ..hehe
Papa mifz: Tq. ada jg yg setuju..hehe
bila nmpak workstation abg akak rasa rindu sgt nak bekerja semula
ha'ah..setuju2! nak masa berkualiti tak semestinya pergi keluar holiday (walaupun adakalanya digalakkan, hehe) kalau dapat spend time dgn family tanpa ada gangguan perkara lain dan kita rasa puas hati walaupun dengan hanya duduk berbual dan bergurau, itu cukup utk eratkan lagi hubungan dan tambahkan lagi kasih sayang. :)
sis, moga cepat sembuh, skng ni ramai yg demam2. :)
Lelord: Biasalah tu..tak kerja rasa nk kerja. bila kerja nnti rasa penat mcm nak dok rumah je kan..hehe
cantik ofis hubby akak.
betul tu kak, setuju sgt, cuti kali ni saya pun lepak kat umah je. byk keja yg dpt diselesaikan sepanjang cuti kali ni. dpt bersama satu keluarga pun dah cukup happy
Mamasyaza:asalkan bersama ye..itu pun dah cukup bernilai..:)
Mamasyaza:asalkan bersama ye..itu pun dah cukup bernilai..:)
Myra: sesekali pergi bercuti pun mg bagus jg.sbgai meeratkan lg hubungan..kamipun baru je blk bercuti pd bln disember baru ni..itu yg dok lepak kat umh je plk..hehe
Tengok Eisya tu rajin betul cuci kolam.. Nak isi air ke? Bolehlah budak-budak berendam dan swimming kat kolam mak long hujung minggu ni..
Tengok Eisya tu rajin betul cuci kolam.. Nak isi air ke? Bolehlah budak-budak berendam dan swimming kat kolam mak long hujung minggu ni..
betul kak, adakalanya berehat dirumah lagi menenangkan dari pergi bercuti..
psstt: nak datang rumah akakler, boleh main air.. ;)
waa bestnyer ada swimming pool.. ehh cam dalam sgt je kak?? huhu~ kalo moon...xleh nak terjun laa.. air paras pinggang pon..moon leh takut lemas..ngee~
Moon: kalau dh biasa x takut lg...kolam tu kalau isi pebuh air sampai takat dagu akak ni..hehe.
Aizamia: kalau ke Ktn jemputlh singgah..blh kita lawan swimming ekk..heheh
Post a Comment