Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, January 26, 2012

Rawatan resdung ( sinus)

Assalamualaikum.

Semalam akak kekedai yang biasa akak kunjungi untuk rawatan facial akak. Tujuan asalnya macam biasalah..sesekali memanjakan diri.. hanya nak rawat muka yang memang dah jadi rutin bulanan akak.

Macam-macam produk kecantikan yang dijual



Tengah dok buat facial tu..( mata bertutup ngan kapas tu..) , terdengarlah pelanggan baru datang nak buat rawatan facial resdung katanya. akak pun pasang telinga lah..Rupanya dah banyak kali dia buat, tapi masih banyak juga resdungnya..Cuma menurutnya bila buat facial resdung ni, agak kuranglah jerawat dia dan gatal-gatal pun hilang. Akak pun terus teringat yang telinga akak dan hubby pun..gatal sangat-sangat kebelakangan ni..mungkinkah..resdung juga ke? So, bila ada peluang mencelah..akak pun tebalkan muka dan terus beritau masalah akak..memang sah..tanda-tanda resdung lah tu..

Seingat akak masa zaman sekolah dulu pernah lah sekali akak ikut kawan pergi berubat resdung ni, itupun sebab masa zaman remaja akak dulu memang banyak jerawat kat muka ni..Sekarang sejak dah meningkat umur ni, jerawat dah kurang, cuma yg tinggal bekas-bekas jerawat jelah..lepas tu, pekerja spa tu kata, resdung ni tak semestinya jerawat je,gatal telinga pun antara tandanya juga dan dia kata lagi kalau nak ikutkan semua orang ada resdung, cuma antara kuat dan tak je..

Mungkin ramai yang tidak mengetahui asal usul perkataan resdung . Ia sebenarnya berasal daripada dua perkataan 'resah hidung' yang telah digabungkan. Resdung adalah satu keadaan di mana seseorang menjadi alah kepada pelbagai agen persekitaran seperti habuk, debu atau biji-biji debunga dan tumbuh-tumbuhan.
Oh..akak pun terus buat keputusan nak buat juga rawatan resdung hari tu..lepas habis rawatan muka, maka berasap lah pulak..bagi yang dah biasa buat rawatan resdung ni tentu dah tau macamana rupa alat  atau gulungan atau " rokok" untuk " perasap " tu kan..

Ni lah " rokok" rawatan resdung.Caranya bakar dari hujung sampai separuh.

Oleh kerana ini adalah rawatan kali pertama , terbatuk dan sesak nafas juga akak, dah habis tu, bertepek kat dalam hidung hama ( ulat resdung) yang tertanggal..huhu..geli pun ada.

Akak punya kagum siap beli dua batang alat tu bawa balik untuk hubby pula..hahaha.
 dan nak tau, malam tu akak jadi lah " perawat resdung" untuk hubby akak..siap paksa dia, mulanya dia taknak, akak paksa juga..Akhirnya dia pulak yang suruh akak beli lagi..tunggulah tengok macamana, kalau ada perubahan, bolehlah teruskan buat rawatan sendiri kat rumah..:) Lebih jimat dan senang.

Berikut akak kongsikan laman web spa ni dan Ini ..tentang rawatan resdung..

Antara tanda-tanda resdung ialah:
Kerap bersin-antara tanda.( google)

1- Gatal-gatal muka
2- Mata merah
3- Hidung berair
4- Sering bersin
5- Gatal hidung/ telinga
6- Sakit kepala
7- Jerawat
8- Nafas berbau

Pada korang yang ada tanda-tanda seperti diatas tu, cepat-cepat lah pergi buat rawatan ye..sebab akak dengar resdung yang dah teruk, memang dahsyat juga, boleh berlubang hidung tau..huhu. Jangan pandang remeh..!
Mcm ni lah rawatan tu..tp ni gambar pinjam google.
Ok. Selamat memanjakan diri. Jumpa lagi.:)

8 comments:

Mehmet Wie said...

huhu..saya pun ada tanda2 resdung ni.. tadi baru beli rokok resdung ni nak try buat sendiri kat rumah..

ariana said...

Wie: oh ye ke..kbtln plk ye..Slmt merawat diri:)

kis said...

ish..boleh berlubang hidung..ngeri...sy pun ada resdung kak, tak sempat nak berubat lagi...bila baca citer akak nie, nak cepat2 rawat lah..

Mun said...

mooon pon ada resdung..rasanya x laa kuat..ehehe

aizamia3 said...

selamat memanjakan diri..

Kalamhati said...

kat mana kedai ni kak?
sy pun ada masalah resdung..biasa sy buat kt KL..

ariana said...

kalam hati: kedai ni kat dlm Kompleks Teruntum..cuba lh pg..

ariana said...

Kis: Walau pun jarang berlaku tp mmg ada kes hidung berlubang ni..huhu minta dijauhkan ye..

Petua pakar: patutnya lps kawin kena makin rajin..hehetp ye lah, mgkin faktor bz dan lain2 kan..

Cik Moon: hampir semua org pun ada resdung..hrp x merebak..

Aizamia: t.kasih dear..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink