Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, January 1, 2012

Bagaimana kah nanti, aku dihadapan tuhanku

Assalamualaikum.

Sebentar tadi jarum jam menunjuk ke detik 12 malam,
bererti berlabuh lah tirai 2011 dan kini terbuka jendela 2012.

Selamat tahun baru buat semua..

Moga tahun 2012 membawa sinar kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua.

Perbetulkan mana langkah yang tersasar..

belajar melalui kesilapan..

Mohon lah pada yang esa..agar dipermudahklan segalanya..

Ariana bentangkan puisi hati ini yang sebenarnya telah Ariana
lakar setahun yang lalu..iaitu pada awal tahun baru 2011.
 
Bagaimanakah nanti, aku di hadapan tuhanku..
 
SUBUHku
dimana aku berada?
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
tanpa takut waktu berlalu pergi

ZOHORku

aku lebih memikirkan kelaparanku
kehausan dan rehatku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku lebih gembira menghitung keuntunganku
tanpa terfikirkan kerugianku
akibat melupakan tuhanku

ASARku

aku lupa warna waktu
aku masih dengan secawan kopiku
berteman gelaktawa rakanku
lalai menjalankan kewajipanku
terhadap tuhanku

MAGHRIBku

aku melihat warna alam
yang berubah wajah desebalik senja
namun tetap jua aku lupa
ruang masa yang singkat
kuhabiskan begitu saja

ISYAKku

kerana masanya yang panjang
aku biarkan penat menghimpit dadaku
aku biarkan kelesuan mengganguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biruku
bercumbu dengan waktu ku
lupa aku siapa diriku
dihadapan tuhanku

Kini aku tertanya-tanya

sampai bila aku bermain-main dengan waktu
tiapkali azan berkumandang
kerana dihujung hidup ada mati

kerana nanti
jenazahku aku dibawa kesini
untuk aku disembahyangkan

Bagaimanakah agaknya nanti
andai aku begitu asing pada mentari dan bintang-bintang

Bagaimanakah nanti aku...

DIHADAPAN TUHANKU..

YA ALLAH AMPUNI LAH DAKU.


Moga setiap pekerjaan dan amal ibadah kita pada tahun 2012 nanti akan lebih baik dari tahun yang sudah-sudah. Amin

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink