Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, May 31, 2011

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah t...ak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."

~palingkanlah wajahmu ke arah kiblat..di sana akan kau temui ketenangan,penyatuan dan pengabdian..indahnya islam.. :)

Menarik kisah ni kan.. ariana terbaca waktu bw tadi. kredit buat http://elya-mujahadah.blogspot.com/

500 cemas komuter terkandas


SEBAHAGIAN daripada 500 penumpang berpusu-pusu keluar dari gerabak komuter yang tiba-tiba berhenti dekat Stesen Salak Selatan semalam.


KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas hampir satu jam apabila komuter yang mereka naiki tiba-tiba berhenti dengan mengejut berdekatan Stesen Salak Selatan menghala ke Seremban di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, semua penumpang yang terkandas terpaksa bersesak-sesak malah ada yang mengalami sesak nafas dan pengsan ekoran kekurangan oksigen.
Salah seorang penumpang, Mayamin Mahmud, 23, berkata, semua penumpang terlalu panik hingga ada yang mengambil keputusan untuk memecahkan cermin komuter.
"Saya merupakan salah seorang yang melompat keluar melalui tingkap yang pecah itu untuk menyelamatkan diri.
"Pintu kecemasan gerabak ketika itu gagal dibuka kerana ia terlalu ketat dan pemegangnya pula sudah patah. Entah kenapa komuter itu tiba-tiba berhenti dan lebih tiga penumpang yang pengsan kerana kekurangan oksigen," ceritanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Monday, May 30, 2011

Selamat pengantin baru Salleh Yaakub- Samihah

image
image
image
image
image

Cantik nya resort Jamal Mirdad- Lydia Kandou

Resort Tebing View

Ingat lagi tak pada Jamal Mirdad dan Lydia Kandou pelakon terkenal indonesia yang meletop sekitar tahun 80 an dulu..Ariana memang minat sangat kat Lydia Kandou ni dulu..Sekarang anak-anak mereka pun dah jadi pelakon macam diorang jugak..Ariana tak ingat namanya, selalu ada kat slot drama tv Indonesia tu..
Ni gambar diorang, nampak Lydia tu tetap maintain cam dulu-dulu gak..manis dan ayu.
Jamal Mirdad & Lydia Kandou
Lagi gambar resort  mereka Klik kat sini

Tip didapur



Lemon bukan sahaja mengenakkan makanan dan minuman tetapi boleh diguna sebagai bahan pembersih.

1. Cara membersihkan papan pemotong.

Guna Lemon Bersihkan Papan Pemotong
Sama ada anda menggunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu atau plastik, anda boleh membersihkannya dengan lemon. Bagi papan pemotong kayu, gosok dengan hirisan lemon di bahagian yang kotor. Manakala untuk papan pemotong plastik, perah jus lemon dan gosok di permukaan yang kotor. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Asid dalam jus lemon berkesan sebagai pembersih.

2. Cuka Sebagai Bahan Pencuci

Sabun memang sering digunakan untuk membersih di dapur. Sungguhpun begitu ada bahan lain yang boleh menggantikannya; cuka.
Cuka memang tahan dan lazimnya selalu disimpan lama kerana anda hanya menggunakan sedikit untuk memasak. Jika anda mempunyai banyak cuka berlebih, apa kata gunakannya sebagai bahan pembersih? Cuka berkesan digunakan untuk membersihkan kesan gris atau berminyak, contohnya permukaan serta celah-celah dapur masak atau penunu. Masukkan cuka dalam botol spray, sembur ditempat berminyak dan gosok bersih. Bukankah ini juga menjimatkan?
Selain cuka, anda juga boleh membuat bahan pembersih dengan mencampurkan sedikit bahan peluntur dengan air. Sungguhpun begitu, jangan campurkan bahan tersebut dengan air panas kerana bahan peluntur akan meluap dan hilang keberkesanannya.
Selain itu, jangan sesekali mencampurkan bahan peluntur dengan produk pembersih lain yang mengandungi amonia seperti bahan pembersih cermin.

Dapur yang bersih bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi juga selamat daripada ancaman bakteria.
Sumber Bakteria
Tahu tak dari mana sumber bakteria yang memudaratkan seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dan sebagainya, paling mudah ditemui di dapur anda?
Jawapannya ialah di span pencuci dan kain pengelap! Itulah yang ditemui dalam kajian di Amerika.
Span pencuci dan kain pengelap yang basah menyediakan sumber kelembapan dan tempat yang gemar dihinggapi bakteria. Jadi pastikan setelah diguna, span pencuci dan kain itu dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan.  Anda juga boleh membunuh bakteria itu dengan memanaskan kedua-duanya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 60 saat.

3. Membuat Tepung Naik Sendiri

Tepung naik sendiri atau self raising flour boleh dibuat sendiri di rumah. Caranya mudah saja; campurkan satu cawan tepung gandum biasa dengan 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) dan 1/2 sudu kecil garam.

Kismis hitam baik untuk otak.
4.Khasiat Kismis

Kismis anggur hitam yang dikeringkan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yang terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ini dapat meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Otak memerlukan gula untuk berfungsi dengan baik, dan kismis dapat menyediakan keperluan gula dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Jadi, apa kata gunakan lebih kismis dalam masakan anda?

info: saji on line

Bila teman disisi tak ada disisi..

Bila teman disisi, tak ada disisi..
Pagi terasa terlebih dingin,
Tengahari bagai tanpa matahari,
Malam pula umpama tiada bulan bintang..

Bila teman disisi tiada disisi..
Penat baring, bangun pun letih..
Nak makan pun, masih kenyang,
Nak minum pun, tak terasa dahaga..

Bila teman disisi tiada disisi..
Nak keluar berjalan, kakiku sakit
Nak membaca, mataku mengantuk
Nak kemas rumah, malas teramat
Nak masak lagiii lah malass

Apa kata kita order pizza je ye anak-anak..:)

Jawab anak-anak : Yeaa!! OK!Sekarang juga pergi Call..
hehe..
Sekian, entri merepek dari seorang yang tiada seseorang disisi beberapa hari ini..:((

Bestnya sesekali berkumpul..

Bertempat di Liss Naa ree resort, Cherating, Kuantan pada hari Sabtu, 28hb Mei baru ni, kami HZ family telah mengadakan "family day" yang sungguh meriah dan tak dapat dilupakan, terutama bagi anak-anak kecil dalam family kami.

Walaupun cuma sehari saja dapat berkumpul beramai-ramai, namun kemesraan dan keriangan jelas terpancar terutama pada Bonda tersayang kami, yang sibuk melayan karenah cucunya yang seramai 19 orang. Cuma seorang cucu yang tak dapat bersama, iaitu anakku, Nasyira kerana sedang exam, dan 2 orang menantu termasuk hubby yang sedang outstation ( ke China) sekarang. 

Kami sangat berharap  agar dapat berkumpul lagi seperti ini pada masa akan datang, InshaAllah, sebab biasanya pada hari raya, agak sukar untuk berkumpul semua, almaklumlah masing-masing ada yang pulang ke kampung suami atau isteri mereka.

Akhirnya sebagai kakak sulung kepada 5 orang adik  perempuan, dan 2 orang adik lelaki , Ariana hanya ada satu pesanan.. Biar apapun..,Ingatlah siapa diri kita dan air dicincang takkan putus..I love you all..

Jom kita tengok gambar berbagai aksi..


Sesi bergambar. susahnya nak susun sikecik tu.x mau dok diam..

tak mau naik dah.. berendam

Tiha ngan nenek


Tiha ngan Umi



Nenek ngan cucu termuda..Affan yang makin tembam.

Acara mengumpul gula-gula ni..

Acu yang hebat ngan anak sedare

Acu kesayangan lagi..

Ariana ngan Ma

Sedapnya tembikai tu Ma..!

Chef jemputan istimewa..Hazamin, dari TV Al hijrah dan Inteam

Ariana..tukang sibuk,,sibuk makan je!

Macam-macam ada..sate, ayam, arnab pun ada tau !
Alhamdulillah, rasa gembira sangat..harap dapat berkumpul lagi lain kali..demi menjalin hubungan ukhuwah yang lebih baik InshaAllah.

Sunday, May 29, 2011

Keputusan ariana's story 1st Give away

Assalamualaikum. Salam pagi minggu!

Terimakasih kepada kesemua 79 orang rakan budiman yang telah sudi join my 1st GA ni. Memang anda cool dan sporting! Rasa nak pilih semua sebagai pemenang, tapi apakan daya..Adatlah dalam pertandingan ada kalah menang kan. So, Tahniah pada yang berjaya dan pada yang tak terpilih tu harap tak kecil hati dan sudi terus berkawan ngan kita ye..:)

Seperti yang Ariana janjikan dulu, Ariana telah memilih lima orang pemenang berdasarkan kreativiti dan entri yang padat serta bonus pada yang tag paling ramai. setakat ni ada rakan kita yang tag sampai 40 orang! Berikut adalah nama 10 orang yang paling kreatif dan terpaksa Ariana pilih pula seramai 5 orang dari senarai tersebut. Tujuan ariana umumkan kesemua 10 orang tu beserta link agar anda dapat lihat sendiri bagaimana kesungguhan dan kreativiti mereka hingga ada yang buat Ariana rasa terharu..Terimakasih sekali lagi dan Tahniah!

1. http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html
2. http://cikbetty.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html
3. http://fazznur79.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html
4. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-giveaway.html
5. http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-give-away.html
6. http://drmuslimah.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html
7. http://mynameisztee.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html
8. http://blackfipper.blogspot.com/2011/05/arianas-story-1st-ga-d.html
9. http://along-nidar.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html
10. http://tiefazatie.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html

Tahniah kepada kesepuluh orang ni.

Berikut adalah nama pemenang sebenar yang telah diteliti dan dipersetujui oleh seluruh Ariana's family.

1.http://along-nidar.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html
2. http://tiefazatie.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html
3. http://mynameisztee.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html
4. http://cikbetty.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html
5. http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html

Tahniah! Tahniah!
Kepada pemenang yang telah diumumkan sila tinggalkan alamat anda di hazanaharun@yahoo.com dalam tempoh 10 hari ye..

Sekian dulu. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan baik dan jika ada tersilap susun kata bicara, Ariana sekeluarga mohon ampun maaf ye.Wassalam. jumpa lagi di lain GA, Inshaallah.

BACA " ENTRI" BERSAMA-SAMA,
SEMUANYA INDAH, LAGI ISTIMEWA,
RASA NAK BAGI HADIAH PADA SEMUA,
TAPI YANG PALING LAYAK, HANYALAH LIMA.

Saturday, May 28, 2011

Kena tinggal lagi..

Assalamualaikum .

Nampaknya perkataan " kena tinggal" ni, macam dah banyak kali Ariana guna. Sebenarnya perkataan tu juga banyak mengajar seseorang erti ketabahan, kesabaran dan kerinduan..cewahh..

Memang betul apa, tak kira lah samada suami kena tinggal ngan isteri, isteri kena tinggal ngan suami atau anak kena tinggal ngan mak. Tapi maksud Ariana disini, tinggal sekejap jelah..

Bila kita renung balik, ketika insan itu berada disisi kita, kita selalu
" take for granted" atau tak begitu menyedari, tapi bila mereka pergi meninggal kan kita atau jauh dari kita barulah kita teringat atau terkenang kan dia. betul kan..Baru lah teringat segala perbuatan kita terhadapnya samada yang baik atau yang kurang baik..
Sebab tu lah ada pepatah " sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan.."
Dalam maknanya, ayat tu sebenarnya..bagi mereka yang mahu berfikir..

Disini, Ariana hanya melahirkan sedikit rasa hati seorang isteri yang kena tinggal ..huhu..Pagi tadi, jam 6.00 am, suami Ariana telah berlepas ke Shenzen, China atas urusan kerjanya, dan dijangka pulang, InshaAllah pada hari Rabu depan. Walaupun dah kerap juga kena tinggal, tapi perasaan sedikit sedih tu tetap ada, bohonglah kalau tak rasa sedih dan sunyi..Namun, anak-anak tetap menjadi peneman dan penguat semangat. Bagi teman atau isteri diluar sana yang dah selalu kena tinggal suami tu, mesti faham..


Apapun, dari kejauhan ini, kami sekeluarga mendoakan moga beliau selamat pulang kepangkuan kami semula, dan moga Allah permudahkan segala urusannya disana..InshaAllah.Ameen.

Sedikit pesanan buat hubby..Jangan lupa..i phone 4 ke, i pad ke..hehe. Gurau je, tapi kalau dapat best juga!!

Ariana's sweet memory.

Friday, May 27, 2011

Perkongsian pagi Jumaat

SOLAT SELEPAS HAID

PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM.

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Hati-hati ..apa yang anda makan..

Ramai dah kelamkabut sekarang dengan pengumuman bahan2 yang tidak halal di pasaran. Mahunya tak panik. Setiap rumah memerlukan tepung dan penyediaan makanan. Selama ini kita ingatkan bahan tak halal selalu babitkan daging ataupun minyak sahaja.

Apapun, diharapkan pihak berkuasa terutama sekali Jabatan Agama Islam lebih peka dalam membuat pengumuman mengenai bahan2 yang diklasifikasikan sebagai tidak halal. Cepat2 buat pengumuman sekiranya sudah disahkan ianya tidak halal.

  berita terbaru ini dari Star Online.

Secret Recipe Tidak Guna Tepung Keluaran Puratos
 
PETALING JAYA: Secret Recipe menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan Puratos Malaysia Sdn. Bhd. sehingga ramuan kek keluaran syarikat itu dikatakan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Sebaliknya khabar angin itu timbul ekoran syarikat tersebut menggunakan perkataan umum 'secret recipe' pada produk mereka.
Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan hebahan dalam beberapa blog yang mendakwa mereka menggunakan dua bahan ramuan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.
"Kami tidak menempah dan menggunakan bahan ramuan yang dikeluarkan syarikat itu. Dua jenis produk yang dikenal pasti itu menggunakan perkataan 'secret recipe' secara kebetulan," katanya.
Menurut Wan Zawani, kek keluaran Secret Recipe dihasilkan menggunakan bahan ramuan halal dan mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Pada Isnin, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Sementara itu, laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Zawani berkata, pihaknya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.


"Semua ramuan yang diimport juga mempunyai persijilan halal luar negara yang mendapat perakuan halal daripada Jakim," katanya.
Zawani berkata, jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak Secret Recipe di talian 03-78034891.


Kredit utk http://www.dapurkakjee.com/

Renungan pagi Jumaat

Assalamualaikum.

Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Dibalas Jahat

Firman Allah S.W.T:

"Maka barangsiapa yang beramal (dengan amal yang baik) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas kebaikan baginya dan barangsiapa yang beramal (dengan amal yang jahat) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas dengan kejahatan (dosa)." [Al-Zalzalah: 7-8]

Sebagai manusia kita diciptakan oleh Allah S.W.T. dengan dua tujuan iaitu menjadi hamba dan khalifah-Nya di atas muka bumi ini. Berdasarkan dua tujuan ini kita dituntut untuk melaksanakan Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar serta mentadbir alam ini dengan Syariat Islam. Misi kita jelas iaitu buat baik dan hindar kejahatan. Justeru itu, seperti mana yang dinyatakan dalam ayat di atas barangsiapa yang melaksanakan kebaikan walaupun sekecil-kecil biji atom nescaya akan dibalas dengan kebaikan iaitu ganjaran pahala dan sebaliknya.

Memang benar kata orang tua-tua kita "Buat Baik Akan Dibalas Baik dan Buat Jahat Akan Dibalas Jahat." Oleh itu, sebagai seorang mukmin yang beriman dengan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya maka sudah pasti wajib ke atas kita untuk membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan untuk menjamin tempat kita di Syurga nanti.

Thursday, May 26, 2011

Bersua kembali

Salam untuk semua..Lama dah berehat ( terpaksa), atas masalah pc dan line internet sebenarnya..huhu.P:(( 

  Alhamdulillah, pada hari ni dapat bertemu kembali. Itu pun setelah Ariana "paksa"  hubby, suruh orang TM tu datang juga tengok-tengok kan apa problemnya..so, semalam dah datanglah orang tu dan baiki, rupanya apa ntah, modem wifi ke yang terbakar..katanya sebab pasang internet masa cuaca tak elok, hujan atau petir. Gitu lah kalau dah kemaruk berinternet hehe..


Selama seminggu lebih tak dapat meluah perasaan kat blog kesayanganku, tapi rasa macam dah sebulan..mesti banyak cerita-cerita menarik dari rakan blogger yang Ariana kasihi yang Ariana dah missed. Hai rugi lah.. Nampaknya Ariana nak kena banyak berBW lepas ni sebab nak cover balik..takpe, sebab minggu depan kan cuti sekolah, Inshaallah banyak lah masa..

Sebenarnya ada satu perkara yang lebih penting, iaitu pengumuman
nampak anak bulan..ehhh tak de lah, pengumuman pemenang Ariana's story 1st GA sebenarnya.

Mesti ramai yang dah tak sabar dan tertunggu-tunggu kan! Sori sangat..kalau tak kerana problem pc dan internet baru ni, memang dah beres tapi kerana problem tu, nampaknya Ariana perlukan masa dua tiga hari saja lagi..InsyaAllah, Ariana akan umumkan pada hari minggu ini..Sabar ye..dan jangan lupa singgah, tengok mana tahu anda adalah pemenangnya..:)

Dibawah ni Ariana sempat paparkan gambar Ariana sewaktu menjadi juri hakim bagi acara pertandingan nasyid anjuran BSN Kuantan, yang betempat di Masjid Saidina Affan di Cenderawasih, Kuantan, pada hari Sabtu lepas. Tapi, sayang gambarnya kelabu..sebab pakai kamera talipon cap ikan sadin je, hehe. Takkan hakim nak pikul dslr pulak. buat malu majlis je..ini pun mintak anak murid tolong snap sebagai kenangan.



Barisan juri hakim. Ariana kat tengah tu..

Antara pasukan yang mengambil bahagian.




Semuanya hebat belaka. pening judge..
Ok lah, sekian dulu untuk kali ini. Terimakasih semua yang singgah ke  Ariana' story, walaupun tuan rumah nya tiada..dan t.kasih banyak pada yang sudi tinggalkan komen yang tak sempat Ariana balas dan pada yang follow juga! Thanx 4 d support guys!

Sunday, May 15, 2011

kena rehat kejap.

Assamualaikum.

Nampaknya kena rehat dari berblog jap,
sedihnya lah..sebabnya ..komputer kat umah meragam..:(

Ini pun singgah kat opis Cik abang dan tumpanglah kejap buka laman ni secepat mungkin, ( sebab kejap je ni.)

Candid..suamiku tersayang..Ar. Zahari.

Alahai rindunya lah kat kengkawan, dah lah semalam tu blogpot buat hal..mula tu susspen gak, kenapa tak boleh bukak. rupanya problem melanda semua ekk..sejak bila pulihnya ye? Ariana tak tau lah pasal komputer kat umah meragam tu..

Dan.. pesanan pada yang join Ariana's story 1st GA, sabor lah kejap yek..Inshaalllah..keputusan dalam proses..

Ok lah .. salam ukhuwwah buat semua..
doakan agar cepat kita dapat jumpa semula.( Wah.. sekarang dah pandai rindu nak berblog ni..) :))

Selamat hari guru pada semua rakan yang bergelar GURU sempena hari guru esok, 16hb. Mei 2011.

Wassalam. Jumpa lagi. Take care semua!

Thursday, May 12, 2011

Gambar tempat tidur maut




Assalamualaikum,

Ariana terpanggil untuk berkongsi gambar ni, yang memang amat mengerikan, menyedihkan dan rasa tak sanggup nak tengok pun ada. Tapi, itulah hakikatnya..Ariana harap dan pesan sangat kepada kaum ibu diluar sana yang masih ada anak kecil lagi..berhati-hatilah selalu ye.. sebenarnya banyak kemalangan terjadi akibat kecuaian ibu bapa itu sendiri, samada secara sedar atau tidak.. Nauzubillah.

Perhati dan peka lah selalu dengan alatan -alatan yang ada dirumah dan persekitaran kita.. 

Jangan ingat anak kecil kita adalah seperti anak kucing yang boleh menyelit-nyelit di ruang kecil. Sebagai ibubapa, silalah ambil langkah pencegahan awal dalam menjamin keselamatan anak-anak di rumah, jangan kerana KECUAIAN kita, kita menyesal buat selama-lamanya.


sbayi maut

Seorang ibu mendapati anaknya telah meninggal dunia akibat kepalanya tersepit di katil, didapati bayi tersebut tidak dapat membebaskan kepalanya dari sepitan kayu, mulut dan hidungnya tertutup cadar sehingga teriakannya tidak dapat didengar, sementara kakinya menjuntai kebawah tidak dapat menyentuh lantai. Melihat carikan pada kain cadar, dapat dibayangkan penderitaan bayi tersebut saat menghembuskan nafas terahirnya.


Kredit buat cetusan hati.com diatas gambar dan info berguna ini.

Hujan oh hujan

Alhamdulillah, malam tadi dapat tidur dengan nyenyak dan dalam suasana nyaman, bangun pagi pun tengok kat luar masih hujan gerimis orang kata..


Bukan apa, sejak kebelakangan ni, cuaca agak luar biasa betul panasnya..sampai kita buka aircond pun tak berasa sangat..apatah lagi kalau pasang kipas, lansung tak rasa.hanya haba panas je yang keluar.

Sekurangnya dengan hujan yang turun semalam dan pagi ni, sejuk lah sikit bumi di Kuantan ni..kat lain tak taulah macamana, mungkin kah panas terik atau hujan juga..

Ini lah yang orangkata " hujan setelah kemarau panjang.."dan " hujan sedetik, menghapus kemarau sebulan.."

 Allahyarham Sudirman kata " Hujan yang turun, bagaikan mutiara.."

 Ada orang kata lagi..

 “Hujan yang turun untuk memberikan pelangi indah kepada kita”
 
Tidak selamanya kehidupan itu payah. Hujan juga menjadi antara kejadian alam yang diberikan Allah, Hujan yang turun untuk menunjukkan beberapa kekuasaan Allah, diataranya adalah munculnya pelangi yang indah.


Hujan juga dapat menimbulkan kebaikan dan kehancuran. Tetapi sesungguhnya Hujan selalu mendatangkan hal yang baik, jika menimbulkan hal yang tidak baik seperti banjir, itu adalah buah dari perbuatan manusia itu sendiri dan sebagai peringatan kepada sesuatu kaum itu. 


Sesungguhnya hujan itu membawa berkah..



Wallahualam




Wednesday, May 11, 2011

2nd GIVEAWAY MAKBED'S JOURNAL

 
Hari ni, sewaktu dok jalan-jalan bw tadi..terbaca pasal 2nd GA Makbed's yang nampak ceria dan happy go lucky orangnya ni..Nak join sama?Klik sini

Kebetulan pulak malam ni, agak free so, Akak cuba-cuba lah menulis yek..

Bukan sebarang tulisan atau karangan, tapi kisah benar..bak kata Makbed,s..

It is the stories and experience that matters.

Sebenarnya dah lama kisah ni, dalam tahun 1987 dan 1990.
hah..dah berapa tahun tu? 
Namun segalanya tetap segar dalam ingatan, apa taknya setiap kali lepas solat, tak pernah Ariana lupa mendoakan kebahagiaan buat kedua insan tersayang yang telah pergi dulu meninggalkan kami, ibu bapanya..
Ariana mendirikan rumah tangga pada bulan ogos 1987, terus lekat, bunting pelamin orang kata..tapi, bukan rezeki kami,  Ariana telah keguguran akibat mabuk kapalterbang. Selepas saja kawin, Ariana mengikut suami ke Minneapolis, Minnesota, U.S.A ( suami study  architecture kat sana).
Memang masa pergi tu, Ariana dah disahkan mengandung dan doktor pun ada beritahu, jika kandungan seseorang tu lemah, kadang travel jauh terutama dengan flight ni memang tak berapa baik untuk kandungan..
Dah bukan rezeki kami, kami redha saja.Lagipun baru sangat mendirikan rumah tangga, orangkata belum puas enjoy..umur pun masih muda..19 tahun baru..:)
Pada tahun 1990, Ariana sekali lagi disahkan mengandung..
kali ni, agak berbeza dari yang pertama dulu, sebab kami berdua memang dah rindukan sangat seorang cahayamata, maklum kehidupan pun dah stabil sikit, walaupun masih dirantauan.

Sepanjang tempoh kehamilan takada apa masalah sebenarnya, baby dalam perut pun ok..Setiap hari berlalu terasa begitu lambat..dah tak sabar lagi nak menatap, menimang buahhati kami..malah semua barang peralatan telah sedia..
kebetulan kat sana , ( amat senang  nak memperolehi apa-apa barang yang murah ( second hand, tapi dalam kondisi yang amat baik lagi) sebab di student housing, biasanya setiap student yang dah habis study mereka akan jual murah je secara " garage sale" atau " car boot sale" malah ada sister-sister yang baik hati, yang sedekahkan aje barang mereka.

Jadinya, sangat banyak barang baby kami yang bakal lahir tu, termasuk baby crib ( katil) yang sangat cantik.., siap ngan hiasan serta selimut dan bantal nya satu set..


Tiba-tiba , semasa kandungan berusia 38 minggu, masih ingat tarikhnya 24hb.2.1990, Ariana rasa sakit yang amat sangat, nasib baik masa tu hubby ada, cepat-cepat bawa ke hospital, waktu tu dah bleeding banyak sangat..

Sesampai dihospital, sibuklah nurse dan doktor nak menguruskan Ariana ni, sekali cari-cari hertbeat baby tak dapat-dapat..habis berkerumun agak ramai nurse dan doktor, waktu tu Ariana dah dapat rasakan mesti ada sesuatu tak kena..

Akhirnya doktor pun cakap ..hubby memang ada disisi sepanjang masa..katanya " we have bad news..your baby has passed away "
bayangkan lah bagaimana hancur hati kami, terutamanya ariana sendiri..

Dah lah tengah sakit yang teramat sangat waktu tu..
Hanya Allah yang tahu macamana perasaan seorang ibu yang kehilangan seorang anak, meskipun belum sempat mendengar suara tangisannya, apatah lagi memeluk, membelai dan menciumnya..

Di tambah lah ketika itu tiada ibu bapa kami disisi..almaklum ditempat orang, namun semua rakan-rakan tak kira dari Malaysia, maupun ada juga Egyptian, Iranian..semuanya baik-baik belaka, malah telah disiarkan kat islamic student buletin..

Hinggakan banyak sekali yang menyumbang berbagai-bagai..samada wang maupun peralatan untuk pengebumian..Syukur sangat..kerana ramai yang sudi membantu..

Apa yang paling menyedihkan lagi, yang tak dapat Ariana lupa sampai kehari ini ialah..semasa hari anak Ariana meninggal tu, kebetulan hari Ahad dan dalam musim salji, so, tak ada orang yang nak buat kerja penggalian kubur tu, so terpaksalah anak kami di simpan dulu kat " bilik sejuk"..
Pada keesokan harinya, barulah baby dikeluar untuk dikebumi..menurut hubby , dia sedih sangat sewaktu nak mandikan baby, sebab masa baru keluar tu, badan baby masih keras, seakan ayam yang baru kita bawa keluar dari peti tu.. Masa hubby cerita tu, Ariana tak dapat menahan sedih melihat wajah hubby yang sangat murung dan kecewa..

Bila dah agak lama tu, dia beritahu Ariana rupanya saat paling sedih ialah bila nak mula kambus tanah kat dalam kubur..(Ariana tak pergi ketapak kubur tu..hanya hubby dan rakan-rakan je..)


 Hingga ke hari ini, Ariana ada simpan gambar arwah baby yang diambil oleh nurse, tapi cukuplah sekadar buat Ariana melepas rindu sesekali..

Begitulah serba sedikit ( dah panjang lebar ni..) kisah yang dapat Ariana kongsikan..

Ariana bersyukur sebab dalam kesusahan ramai yang membantu, dan terimakasih tak terhingga buat suami ku tersayang yang sama-sama mengharungi kesedihan ini, dan memahami Ariana serta bersabar sepanjang tempoh Ariana mengandung hinggalah saat melahirkan, dan seterusnya saat Ariana tak berapa nak sihat selepas kehilangan anak yang kami beri nama NURFARIHA HAYATI..yang membawa maksud
  CAHAYA KEBAHAGIAAN HIDUPKU..


Kini, telah lebih 20 tahun berlalu..hanya doa yang dapat Umi dan abah kirimkan buat anak-anak umi dan abah yang telah pergi dahulu..semoga sampai waktu dapat kita bertemu kembali di alam yang kekal abadi..Amin ya Rabbal a'lamin.


Oh ye, lupa nak beritahu, anak ariana yang kedua tu, disahkan oleh doktor meninggal akibat uri lekang , yang memang agak jarang berlaku ..biasa kita dengar ialah uri dibawah..


Namun, kini Syukur alhamdulillah kami amat berbahagia disamping 3 orang puteri yang baik dan selalu membuat kami tersenyum..
Dan..kami percaya setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya..
Firman Allah:

  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286
Amin.Wassalam.

Tuesday, May 10, 2011

Buat kita rasa bersyukur dengan diri..

Salam kawan-kawan..

Cuba baca kisah ni..( petikan dari Kosmo).
Buat kita rasa simpati sungguh.., tapi dalam masa yang sama rasa bertuah dan bersyukur dengan apa yang telah dikurnia Allah kepada kita.

Lelaki tanpa wajah dapat muka baharu


KIRI:WIENS sebelum wajahnya hilang, TENGAH:WIENS sebelum dibedah. KANAN:WIENS memakai cermin mata.


LOS ANGELES - Seorang lelaki, Dallas Wiens yang menjadi lelaki pertama di Amerika Syarikat (AS) menerima pembedahan pemindahan muka penuh mendedahkan muka barunya kepada dunia buat pertama kalinya dalam rancangan Good Morning America terbitan ABC semalam, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki berusia 25 tahun itu mengalami kecacatan wajah selepas mukanya terbakar dalam satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada 2008.
Dia menjalani pemindahan muka itu di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan melibatkan lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pada bulan Mac lalu.
Bagi Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya adalah pencapaian yang paling bermakna.
Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun.
"Pengalaman merasai semula ciumannya selepas lebih dua tahun setengah adalah sangat menakjubkan. Sebelum ini, saya tidak rasa apa-apa di wajah saya," katanya.
Walaupun masih buta, Wiens juga sudah boleh menghidu bauan.
Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan. - Agensi

Ada ada saja projek En Suami..

TERATAK ARIANA
Kat umah sekarang agak berserabut, nak keluar jalan-jalan lama pun tak boleh sebab En suami sedang sibuk ngan projek nya kat rumah ni..So, kena tengok-tengok orang buat kerja..
Tapi, tak lama, sebab projek kecik aje. Dalam dua minggu lebih, siaplah kot..


Cuma nak tambah satu lagi tempat kereta ( garage ), sebab sekarang agak sempit nak masuk dua buah kereta sekali gus, baru ni, anak Ariana, Yaya yang agak baru dapat lesen tu, dah cium tiang ngan Sorento Ariana tu..habis bercalar balar..huhu..

Pas tu nak repair kolam ikan dia..apa entah..Ariana tak pandai bab-bab landskape kat luar rumah, kalau kat dalam rumah, sikit-sikit tu bolehlah.. 




Pokok dah elok besar, kena cabut dan tanam semula kat tempat lain..boleh hidup elok tak??

Nak bubuh tile lain dan tanam pokok kononnya..

Pagar tu, nak kena kerat untuk buat pintu..

Kolam ni nak dikecilkan sikit dan buat laluan bertangga..


Kat sini lah nak dibuat porch kereta
Harap-harap, segalanya berjalan lancar dan cepat siap projek ni..baru senang hati sikit..:)


T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink