Assalamualaikum.
Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Dibalas Jahat
Firman Allah S.W.T:"Maka barangsiapa yang beramal (dengan amal yang baik) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas kebaikan baginya dan barangsiapa yang beramal (dengan amal yang jahat) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas dengan kejahatan (dosa)." [Al-Zalzalah: 7-8]
Sebagai manusia kita diciptakan oleh Allah S.W.T. dengan dua tujuan iaitu menjadi hamba dan khalifah-Nya di atas muka bumi ini. Berdasarkan dua tujuan ini kita dituntut untuk melaksanakan Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar serta mentadbir alam ini dengan Syariat Islam. Misi kita jelas iaitu buat baik dan hindar kejahatan. Justeru itu, seperti mana yang dinyatakan dalam ayat di atas barangsiapa yang melaksanakan kebaikan walaupun sekecil-kecil biji atom nescaya akan dibalas dengan kebaikan iaitu ganjaran pahala dan sebaliknya.
Memang benar kata orang tua-tua kita "Buat Baik Akan Dibalas Baik dan Buat Jahat Akan Dibalas Jahat." Oleh itu, sebagai seorang mukmin yang beriman dengan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya maka sudah pasti wajib ke atas kita untuk membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan untuk menjamin tempat kita di Syurga nanti.
0 comments:
Post a Comment