Dalam suasana kemeriahan menyambut " hari ibu", Sek.Men Bukit Rangin, Kuantan telah mengadakan satu majlis yang dinamakan
Hari permuafakatan/ kontrak perjanjian ibu-anak semalam. Jumaat bersamaan 6hb. 05.2011 di dewan sekolahnya.
Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak yang bakal menempuh peperiksaan SPM 2011,
yang mana hanya seramai lebih kurang 50 orang murid sahaja yang dipilih untuk dimasukkan ke dalam satu group yang dipanggil, " excell group".
Alhamdulillah, anak Ariana , Nur Fatiha Syahireen Bt Zahari
merupakan salah seorang diantara yang " bertuah" itu.
Melalui program Excell group ini, murid-murid terpilih berpeluang mengikuti tution yang diadakan oleh pihak sekolah, program mentor mentee, yang mana setiap kumpulan diberikan seorang guru sebagai mentor atau tempat mereka untuk mengadu atau bertanya apa-apa masalah samada berkaitan pelajaran dan apa sahaja.
Mereka juga akan dipantau dari masa kesemasa dari segi prestasi pelajaran mereka bermula sekarang hinggalah menjelang peperiksaan SPM nanti..
dan ibu bapa juga akan dipanggil beberapa kali untuk membincangkan prestasi anak mereka dari masa kesemasa,
yang mana program ini amat baik, dan ianya memerlukan sokongan dan kerjasama antara 3 pihak iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan murid itu sendiri.
Jutaan terimakasih kepada pengetua, guru-guru dan PIBG diatas program yang amat baik ini..
Semoga semua anak anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM ini akan bertambah-tambah semangat dan komitmen nya serta beroleh keputusan yang cemerlang nanti..InsyaAllah.
Giliran anak menandatangani perjanjian |
Seronok.. seronok juga..tapi, kena ingat janji tu Tiha!! |
Tiba giliran ibu pula..:-) |
8 comments:
Best jugak program tu kan .. mesti anak2 jadi bersemangat dan tak berani nak main2 kan..
Tapi pada yg tak terpilih cam na pulak.. ada ke program lain.. bukan apa kesian jugak kan .. takut motivasi menurun pulak ...
Halila: tu lah..masa perjumpaan hari tu, ada juga dikemukakan pasal ni..Tapi, pihak sekolah kata..tetap ada juga kelas-kelas dan program yg lain plk untuk mereka..dan pada yg terpilih ni, tak boleh " over confident " pulak..itulah pesanan guru mereka berkali-kali..:)Moga ada manfaat buat semua murid SMBR.
salam alaik kakak.
wah. seronok juga buat program macam ni. sebab anak2 akan jd lebih bersemangat dan cuba untuk lebih bertanggungjawab.
apa2pun saya doakan ynag terbaik buat akak dan keluarga. amin ya rabb
Mutiara bernilai: Terimakasih:) begitulah harapan semua ibubapa terhadap anak2nya..berjaya didunia dan akhirat.Inshaallah..
semoga anak akak akan beroleh keputusan cemerlang dlm SPM nanti..
Rina. Amin..Insyaallah. Timekasih:)
Alhamdulillah kak..semoha Tiha akan berjaya dan dapat membanggakan kita semua...amin..
No: Mudah-mudahan gitu lah..Aminn..
Tiha pun nampak agak rajin sikit study lps hari tu..hehe. Apapun kita hanya mampu berdoa dan selebihnya atas usaha tuanpunya diri dan kalau Allah nak bg rezeki tu, Insyaallah.
Post a Comment