Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, May 5, 2011

Pemakanan mencerminkan peribadi....

Makan untuk hidup ke..hidup untuk makan..?
Sambil baca sambil, layan gambar..





Pepatah ni selalu orang sebut-sebut..

Pada Ariana makan tu memang benda wajib bagi setiap orang, tapi biarlah berpada-pada dan jangan gelojoh, orang kata..

Malah rasulullah s.a.w pun ada bersabda " berhenti sebelum kenyang,"

Cubalah anda-anda yang bijak fikirkan..
Apakah maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik kata-kata ini..

Perkara paling penting lagi yang kita perlu ingat tentang makan ialah
punca atau sumbernya adakah dari sumber yang halal atau tidak? 
Ini yang paling penting sebenarnya..
 
Peribadi dan makanan sangat berkait rapat dan saling memberi kesan. Makanan yang halal lagi seimbang akan membantu pembentukan peribadi yang cemerlang. Betullah kata-kata “kamu adalah apa yang kamu makan”. Daripada makanan, kita ingat kepada Sang Pencipta makanan yang juga merupakan Pencipta kita.
“Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya” (‘Abasa: 24).
Makanan Toyyiban
Dalam al-Quran, makanan halal akan sentiasa digandingkan dengan toyyiban, maka jadilah ‘halalan toyyiban’ yang membawa maksud makanan yang halal yang bersifat baik atau elok. Ramai juga daripada kita yang lebih mementingkan kelazatan tanpa menghiraukan soal kebersihan dan khasiat dalam pemilihan makanan. Rasulullah SAW telah mengajar kita agar sentiasa memilih makanan yang baik dan bersih kerana ia menjamin kesihatan yang baik. Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim bermaksud
“Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas” (Bukhari & Muslim).

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”
 
So.., Jangan pandang remeh soal pemakanan kita, selain untuk menjaga bentuk badan supaya nampak cantik dan slim melim ye..:)
dan ingat pada adab-adab ni..
 
“Bacalah Bismillah, dan makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir kepadamu” (Muttafaq alaihi)

Daripada Aisyah r.a.
“Sekiranya seorang dari kamu makan, hendaklah dia menyebut nama Allah Bismillahhir rahmanirrahim. Jika dia terlupa menyebut nama Allah SWT pada permulaannya hendaklah berkata: Bismillahhiawwalahuwaakhirahu” (Abu Daud dan At Tirmizi)

“Jika seseorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya. Dan jika dia minum hendaklah dia minum dengan tangan kanan. Kerana sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya juga” (Muslim)




Kesimpulan
Secara kesimpulannya, marilah kita sama-sama berusaha untuk kembali kepada sunnah Rasulullah SAW dalam pelbagai sudut kehidupan kita daripada sekecil-kecil sunnah baginda sehinggalah sebesar-besarnya. Makanan adalah perkara yang sangat sinonim dengan masyarakat kita. Alangkah lebih baik sekiranya amalan makan dalam masyarakat kita disinonimkan pula dengan sunnah Rasulullah. Sebaliknya malanglah kita, sekiranya amalan makan dalam masyarakat kita sentiasa dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung malah dikaitkan juga dengan masalah sosial yang semakin teruk.

Sekian, wallahu'alam.

12 comments:

No Lan said...

betul tu kakAriana...

aizamia3 said...

kena tengok dari mana datangnya sumber tu yang akan jadi darah daging kita nanti..

psstt:menu yang eemm... sekarang tak teruja dah sebab dah kekenyangan.. hehehe... ;)

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

saya terus terliur tgk makanan..sy makan utk hidup, hidup utk makan pon ye..

anak² gadis akak muka mirip satu sama lain..

Mun said...

huwaa..... sedapnyerrr.... terliuqqqq dah ni..haha..

Mutiara Bernilai said...

sedapnya, ternampak siakap 3 rasa.

hu, betul kak, makanan cerminkan peribadi. hu, tiba2 risau sy jd nya.

ariana said...

aizamia: memang kena tgk sumber tu..paling penting..

Rina: pada kami muka mereka lain sgt, tapi org selalu kata sama..sampai ada juga yg tanya ..kembar ke,,? padahal beza umur 3 tahun tu..

ariana said...

Cik moon: cik moon kan pandai masak..
so senanglah nak makan apapun ye tak..:)

Mutiara bernilai:jgn lah risau pulak sis..yg penting kita tau apa yg kita makan..keperibadian bukan dilihat dari satu sudut je..bnyk sudut lagi..hehe

cik fadh said...

wahhh selera sungguh tgok mknan tu sumer sis !

SITI NOARIZAH ARIS said...

Wahh sonoknya menjamu selera...ikn siakap ke tuu..nyum..nyum..nyum!!

munna said...

munna bab makan2 mmg suka... tapi kena pastikan yg kita makan tu halal dan baik tuk kita

azleen said...

wah..sedap dan meliurkan..kat mana nih?

ariana said...

Ct: aah..ikam siakap tu..:)

munna: betul tu munna..semua org sukaa bab makan ni kan..!asal tahu menjaga adab dan sumbernya..

azleen: sebenarnya, gambar tu adalah gabungan..so bukan kat satu tempat tu..ada kat restoren sekitar Kuantan dan ada kat Kuala Pilah, semasa bercuti baru ni..yelah..kat mana-mana pun mmg tak tinggal makan kan..!hehe..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink