Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, May 31, 2011

500 cemas komuter terkandas


SEBAHAGIAN daripada 500 penumpang berpusu-pusu keluar dari gerabak komuter yang tiba-tiba berhenti dekat Stesen Salak Selatan semalam.


KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas hampir satu jam apabila komuter yang mereka naiki tiba-tiba berhenti dengan mengejut berdekatan Stesen Salak Selatan menghala ke Seremban di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, semua penumpang yang terkandas terpaksa bersesak-sesak malah ada yang mengalami sesak nafas dan pengsan ekoran kekurangan oksigen.
Salah seorang penumpang, Mayamin Mahmud, 23, berkata, semua penumpang terlalu panik hingga ada yang mengambil keputusan untuk memecahkan cermin komuter.
"Saya merupakan salah seorang yang melompat keluar melalui tingkap yang pecah itu untuk menyelamatkan diri.
"Pintu kecemasan gerabak ketika itu gagal dibuka kerana ia terlalu ketat dan pemegangnya pula sudah patah. Entah kenapa komuter itu tiba-tiba berhenti dan lebih tiga penumpang yang pengsan kerana kekurangan oksigen," ceritanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


5 comments:

Rozita Ceritaita said...

kesian diorang..

ariana said...

Ye lah Ita, sampai ada yang pengsan tu..

halila Ibrahim said...

kesian la.. takut pun ada jugak.. nasib baik tak de kejadian2 buruk kan..

Nur Hawa Mohd Zin said...

uish...selamat awe tak pernah kena lagi macam ni..dulu kerja guna train gak..kawan2 pernah cerita train rapidkl kelana jaya line...hampir berlanggar sebab train depan tak gerak..train belakang dah sampai...bahaya..bahaya...

ariana said...

sib baik jg tak kena masa Akak ngan family yang sesekali dtg K.L n naik menda tu hehe..kalau tak alamat tak berani nak naik lg lah..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink