Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, May 31, 2011

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah t...ak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."

~palingkanlah wajahmu ke arah kiblat..di sana akan kau temui ketenangan,penyatuan dan pengabdian..indahnya islam.. :)

Menarik kisah ni kan.. ariana terbaca waktu bw tadi. kredit buat http://elya-mujahadah.blogspot.com/

6 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam perkenalan....

menarik kisah ni kak..memang susah nak terangkan pada mereka yang bertanya menggunakan logik akal..kena bijak dan pandai bermain dengan kata2..memang ramai skunk suka aju kan persoalan macam ni...

ariana said...

Nur Hawa: betul tu..sbb tu lah kita sbgai org islam kena banyak ilmu didada..:)

Cikgu WanN said...

iyup...satu artikel yg ckup bgus..

cuti sek ni...x ke mana2 ke? apapun selamat bercuti...:)

Unknown said...

ayat yang menarik...seswai untuk dpakai ketika berhadapan ngan bukan muslim...thanks for sharing.

munna said...

menariknya artikel ni...

Rina Rahamat said...

menarik sgt..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink