Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, July 12, 2011

Kursus Pemantapan diri dan bina insan dlm kerjaya

Assalamualaikum semua.

Pagi ni Ariana nak kongsikan sedikit ilmu yang Ariana dapat di kursus  Motivasi pemantapan diri dan bina insan dalam kerjaya anjuran Jabatan agama Islam Pahang ( JAIP) yang telah diadakan pada minggu lepas.

Penceramahnya pula adalah Yang berbahagia Ustaz Rujhan Mohamed Razali seorang pakar perunding motivasi yang sangat hebat dalam kerjayanya menyampaikan ceramah-ceramah yang mampu meniup semangat dan keyakinan kepada setiap yang mendengarnya. Kalau di Kuantan ni, tak asing lagi sebab beliau selalu diundang didalam rancangan Radio Kuantan FM. Tak terasa masa berlalu begitu pantas..dek kerana asyik mendengar ceramahnya. Kalau tak, biasanya tak senang duduk, dan mengantuk pun ada bila menghadiri seminar atau kursus, tapi alhamdulillah kali ni..cukup hebat.

 Ariana akan selitkan sedikit dulu kata-katanya pagi ni, Insyaallah akan disambung lagi dilain waktu pula.


Bagaimanakah untuk menjadi insan cemerlang itu ( dalam konteks mukmin )

1- HABLUM MINALLAH ( hubungan dengan Allah )

2- HABLUM MINANNAS ( hubungan sesama insan )

3- DIRI SENDIRI ( personel atau keperibadian kita )

Jadi, untuk mencapai kecemerlangan itu, perkara utama yang kita perlu perhatikan adalah ketiga-tiga perkara diatas..Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah, sesama insan..ibubapa, suami, anak2 , sahabat, saudaramara dan jiran. Akhir sekali, bagaimana diri kita sendiri? Hanya kita yang ada jawapannya kan..
Kalau lah dapat mendengar huraian dari ym ustaz  tentang tajuk ini saja pun dah buat kita insaf dan rasa seperti mahu mengubah diri dengan serta merta pada masa itu juga..apapun cuba-cuba lah kita renung-renung dan muhasabah diri sendiri.

 Kita ni pun ibarat sepohon pokok yang memerlukan baja sesekali..barulah tenang dan damai dijiwa.

Sekian dulu kali ini, Wassalam.







2 comments:

Rozita Ceritaita said...

sy pun baru dengar ayat2 dalam adik dan alquran baru ni kak...

best ni.. camne nak masuk benda2 camni ye kak?

ariana said...

Ita: akak ni pergi kursus, jabatan / tempat kerje akak yg hantar..mmg selalu kena pergi. biasa lah..nak memantopkan diri..hehe. tp nnti akak cuba dptkan nom tel ustaz tu, boleh panggil dia bg ceramah kat opis Ita..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink