Assalamualaikum.
Setelah beberapa hari mengadap kertas-kertas ujian murid yang perlu ditanda, menghadap komputer dan menyudahkan pengisian markah ke dalam kad kemajuan masing-masing.. Alhamdulillah, selesai sudah..kini hanya menunggu hari terbuka sekolah yang kami namakan " Hari Tanda Sayang" yang mana ibu bapa datang ke sekolah sebagai tanda sayang dan prihatin mereka terhadap anak-anak dan mengambil sendiri kad kemajuan atau report card anak-anak.. legaa rasanya...Lepas satu tanggungjawab.., namun banyak lagi yang menunggu..:)
Alhamdulillah, legaa juga sebab kerisauan dan masalah semalam ( lihat
sini ) dah selesai..( pasal tak tau nak tinggal Eisya kat mana tu,, sebab Ariana nak kena pergi mesyuarat lah pulak kat Bentong Sabtu ni..) .Pada mulanya Eisya agak keberatan juga bila disuruh tinggal kat rumah sepupunya, tapi bila dah pujuk tu, akhirnya lembut juga hati dia.. Tapi, adalah janji-janji sikit ngan Eisya, sebagai upah orang kena tinggal hehe..
Begitu lah dalam meniti kehidupan, berbagai yang perlu dilalui..Namun..apabila diakhirnya masalah satu-satu berjaya di ungkai dan diselesaikan, janganlah kita lupa..panjatkan kesyukuran pada yangh maha berkuasa..
Jom layan gambar Ariana ngan " anak-anak " Ariana..:)
|
Murid yang mendapat nombor satu didalam kelas. |
|
Di kelilingi anak-anak didalam kelas. |
|
Kad kemajuan yang sedang dikemaskini |
|
murid perempuan kalau bab bergaya..no 1. |
|
Sambung buat kerja atas katil kat rumah :) |
2 comments:
Assalam...cikgu ngajar sekolah agama ke...sedap mata tgk keputusan bdk no 1 tu yg pasti empunyanya pompuankan !
Cikgu ambil award kat blog sy ya!
Ct: ye, Akak ngajar kat KAFA Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, kuantan.
Memang suka kalau tengok keputusan anak2 yang cemerlang ni..Rasa gembira dan tumpang bangga sama melihat kejayaan mereka, hilang rasa penat lelah mengajar..:)
Post a Comment