Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, July 26, 2011

Pasta Carbonara dan cendawan

Assalamualaikum.
Sebenarnya dah lama Ariana cari resepi ni..Masa dok jalan-jalan kat  iluvislam tadi, tiba-tiba terbaca ..resepi ni.. Wah..bukan hanya artikel berkaitan agama yang ada kat sini ye..bagus betul. Resepi pun ada. Bolehlah ariana try dalam bulan puasa ni... Korang pun bolehlah masak untuk family nanti..
Jom tengok resepi ni. Nampak macam mudah je..:)

Pasta sememangnya mudah disediakan. Ianya sangat simple dan menyelerakan! Spagethi carbonara ini sangat sesuai di hidangkan untuk kanak-kanak yang tidak menggemari masakan pedas.
Malah ia juga sangat sesuai di hidangkan bersama pasta jenis fettucini ataupun spiral. 
Kini tak perlulah anda berbelanja besar dan pergi ke restoran-restoran mahal untuk menikmati makanan Itali ini! Lengkapkan dengan cendawan butang dan lada sulah untuk rasa yang lebih memuaskan.. 
Selamat mencuba. Nyum!

alt Bahan-Bahan :
  • 2 peket spagethi
  • 2 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1 ulas bawang merah(mayang)
  • 1 peket daging cincang/ ayam
  • 4 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • lada sulah secukup rasa
  • lada hitam(jika hendak pedas)
  • 3 sudu besar minyak(menumis)
  • 1 tin cendawan butang
  • keju parmesan(diparut)
Cara masakan :
01. Rebus spagethi dalam air yang mengandungi garam( dua sudu kecil) dan minyak masak(2 sudu besar)
02. Sediakan satu bekas besar, pukul telur dan campurkan lada sulah, cendawan butang dan garam. Masukkan lada hitam sekiranya inginkan rasa yang lebih pedas. Pukul sehigga sebati.
03.Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, merah dan daging. masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.
04.Bila spaghetti dah masak, toskan dan terus masuk ke dalam bekas telur yang telah pukul tadi. gaul rata biar telur masak oleh panas spaghetti.
05.Kemudian masukkan spaghetti campur telur tadi ke dalam daging yang telah digoreng. Goreng spagethi bercampur telur tadi bersama daging yang telah digoreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut betul betul masak.
06.Gaul dgn keju parut sebelum dihidangkan.











6 comments:

Cikgu WanN said...

Wah! mcm sedap je...

halila Ibrahim said...

ooo ... macam resepi spageti biasa jugak ye .. saya selalu buat cam ni la... tapi sepeket jer hehe,,,

Rina Rahamat said...

kak, keju parmesan jenama apa yg halal ya? sy teringin nk beli tp selalu ragu²..

ariana said...

Al Wardah> selamat kembali berblog ye..:)
Suka jumpa Wardah semula stlh sekian lama:)

ariana said...

Fazz: akak kalau spagheti biasa yg kuah merah tu biasa lah buat, yg ini belum lg..

ariana said...

Rina: tu lah..akak pun baru nak survey..tp kalau tak jumpa juga, mula lah akak main skip je, atau cari alternative lain ke, keju jenis lain ke..tu yg agak jarang buat makanan barat tu..huhu..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink