Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, July 16, 2011

Penat, tapi seronok





Assalamualaikum dan salam ukhuwwah.

Alhamdulillah, walau pun penat, setelah menghadiri mesyuarat agung guru-guru SAR KAFA seluruh Negeri Pahang yang diadakan di Sekolah Menegah Sri Bentong bermula jam 8 pagi hingga 2 tengahari tadi, namun keseronokan berjemaah dan berhimpun bersama rakan-rakan seperjuangan merupakan suatu pengalaman manis yang tak dapat dilupakan. Disamping dapat menimba pengalaman dan ilmu.

Kami, guru-guru wakil dari Daerah Kuantan telah berhimpun di Sek Agama Assyarif , Kuantan seawal jam 7 pagi lagi, dan bas kami bertolak ke Bentong pada jam 7.30 pagi. Apa yang dapat dilihat adalah semangat dan kesungguhan para guru dalam memenuhi komitmen tugas kami sebagai warga pendidik. Moga segala pengorbanan dan perjuangan kami dalam memartabatkan ilmu duniawi dan ukhurawiyah kepada anak bangsa, akan dirahmati Allah hendaknya.
Seramai lebih kurang 800 orang guru-guru Sek Agama KAFA dari seluruh Negeri Pahang telah  hadir pada mesyuarat kali ini yangmana telah membincangkan pelbagai isu seperti kewangan, program-program  yang bakal dilaksana dan juga perlantikan AJK yang baru bagi sesi 2011. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Setelah selesai makan tengahari dan menunaikan solat di surau Sek. Men Sri Bentong ini yang agak besar dan selesa, kami berangkat pulang pada jam 3 petang dan selamat sampai ke Kuantan jam 5 petang .



Berkumpul  seawal jam 7 am menunggu bas sampai.

Sempat posing dulu..

posing lagi..depan bas kami..

Suasana didalam dewan yang padat

Posing ngan best friend, Rohaizan



Sek cluster ni..bagus!

Suasana diluar dewan

Gembiranya, dapat jumpa ramai kengkawan..:)

Gerai pelbagai

3 comments:

anumuchan said...

wlwupun penat kje weekend..tp best kan dpt jmpe ramai org..kawan lama dan baru..heee :)

ariana said...

Anum: Memang best sgt2..bila dah berkumpul ramai-ramai..tak puas bersembang.

aizamia3 said...

macam-macam cerita dapat dikongsi bersama kan.. ;)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink