Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, July 23, 2011

Sehari dihari Sabtu

 Assalamualaikum. 

Hari ini, Sabtu bersamaan 23hb Julai 2011 rasanya terisi betul masa Ariana dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh...bukan ke Gym..Tapi kat tempat kerja je.. ( Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan yang mana, dengan rajinnya ( Puji diri sendiri), Ariana telah bersama-sama dengan kengkawan telah mengemas pejabat kami, kelas dan perpustakaan awam Masjid. Bermula jam 8 pagi dan beres jam 12 tengahari. Walaupun letih, tapi puas hati rasanya. seronok pulak tu bila buat kerja ramai-ramai diselang seli dengan gurauan dan gelak tawa. Moga ukhuwwah pun semakin erat..:)

Kebetulan pula di MNSA1 hari ni.., macam-macam aktiviti lain turut diadakan sempena Minggu Muamalat  
( anjuran Bank Muamalat) seperti pertandingan Azan, mewarna bagi kanak-kanak, kumpulan kompang terbaik dan lain-lain lagi. Acara akad nikah pun ada didalam Masjid hari ni..:) Pendekata sampai penuh ruangan parking kereta masjid, nasib baik kami staff ada tempat letak kereta kami didalam kawasan masjid, kalau tak, terpaksa lah jalan kaki jauh macam sesetengah orang lain..huhu..

Macam tu lah keadaan yang biasa kami tempuhi selama bekerja kat " Rumah Allah " ni. Bermacam ragam manusia juga yang kami temui termasuk lawatan dari berbagai bangsa lain seperti dari Negara Jepun China dan " Mat Salleh" pun ramai.

Bila tiba bulan puasa nanti, lebih-lebih lagi lah meriahnya..dah lah Bazar Ramadhan terletak betul-betul di hadapan bangunan Masjid kami, manakala padang bola dihadapan nya dijadikan tempat berbuka puasa pula.. Ramai dan meriah sungguh.., tapi yang hairannya, suasana didalam masjid Waktu solat terawih tak pulak semeriah kat luar..huh..
Moga Ramadhan kali ini, akan lebih ramai lagi yang sudi memeriahkan Masjid ini. 

InsyaAllah.

 Ok lah..dah panjang berjela ni..Jom kita tengok-tengok gambar pulak..

Suasana didalam Bilik Guru yang telah selesai dikemas.

Acara diperkarangan Masjid



Sedang sibuk mengemas Perpustakaan awam
Selamat Pengantin Baru

Keadaan pejabat yang berselerak, sempat posing lagi tu..:)


2 comments:

~izan~ said...

mengemas sambil exercise ye kak..

ariana said...

~ Izan~ : sambil menyelam minum air..hehe..
Lupa nak wawar kan kat Izan, kalau tak boleh bawa anak2 masuk peraduan mewarna tadi..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink