Assalamualaikum.
Semalam akak kekedai yang biasa akak kunjungi untuk rawatan facial akak. Tujuan asalnya macam biasalah..sesekali memanjakan diri.. hanya nak rawat muka yang memang dah jadi rutin bulanan akak.
|
Macam-macam produk kecantikan yang dijual |
Tengah dok buat facial tu..( mata bertutup ngan kapas tu..) , terdengarlah pelanggan baru datang nak buat rawatan facial resdung katanya. akak pun pasang telinga lah..Rupanya dah banyak kali dia buat, tapi masih banyak juga resdungnya..Cuma menurutnya bila buat facial resdung ni, agak kuranglah jerawat dia dan gatal-gatal pun hilang. Akak pun terus teringat yang telinga akak dan hubby pun..gatal sangat-sangat kebelakangan ni..mungkinkah..resdung juga ke? So, bila ada peluang mencelah..akak pun tebalkan muka dan terus beritau masalah akak..memang sah..tanda-tanda resdung lah tu..
Seingat akak masa zaman sekolah dulu pernah lah sekali akak ikut kawan pergi berubat resdung ni, itupun sebab masa zaman remaja akak dulu memang banyak jerawat kat muka ni..Sekarang sejak dah meningkat umur ni, jerawat dah kurang, cuma yg tinggal bekas-bekas jerawat jelah..lepas tu, pekerja spa tu kata, resdung ni tak semestinya jerawat je,
gatal telinga pun
antara tandanya juga dan dia kata lagi kalau nak ikutkan
semua orang ada resdung, cuma antara kuat dan tak je..
Mungkin ramai yang tidak mengetahui
asal usul perkataan resdung . Ia sebenarnya berasal daripada dua perkataan 'resah hidung' yang telah digabungkan. Resdung adalah satu keadaan di mana seseorang menjadi alah kepada pelbagai agen persekitaran seperti habuk, debu atau biji-biji debunga dan tumbuh-tumbuhan.
Oh..akak pun terus buat keputusan nak buat juga rawatan resdung hari tu..lepas habis rawatan muka, maka berasap lah pulak..bagi yang dah biasa buat rawatan resdung ni tentu dah tau macamana rupa alat atau gulungan atau " rokok" untuk " perasap " tu kan..
|
Ni lah " rokok" rawatan resdung.Caranya bakar dari hujung sampai separuh. |
Oleh kerana ini adalah rawatan kali pertama , terbatuk dan sesak nafas juga akak, dah habis tu, bertepek kat dalam hidung hama ( ulat resdung) yang tertanggal..huhu..geli pun ada.
Akak punya kagum siap beli dua batang alat tu bawa balik untuk hubby pula..hahaha.
dan nak tau, malam tu akak jadi lah " perawat resdung" untuk hubby akak..siap paksa dia, mulanya dia taknak, akak paksa juga..Akhirnya dia pulak yang suruh akak beli lagi..tunggulah tengok macamana, kalau ada perubahan, bolehlah teruskan buat rawatan sendiri kat rumah..:) Lebih jimat dan senang.
Berikut akak kongsikan
laman web spa ni dan
Ini ..tentang rawatan resdung..
Antara tanda-tanda resdung ialah:
|
Kerap bersin-antara tanda.( google) |
1- Gatal-gatal muka
2- Mata merah
3- Hidung berair
4- Sering bersin
5- Gatal hidung/ telinga
6- Sakit kepala
7- Jerawat
8- Nafas berbau
Pada korang yang ada tanda-tanda seperti diatas tu, cepat-cepat lah pergi buat rawatan ye..sebab akak dengar resdung yang dah teruk, memang dahsyat juga, boleh berlubang hidung tau..huhu. Jangan pandang remeh..!
|
Mcm ni lah rawatan tu..tp ni gambar pinjam google. |
Ok. Selamat memanjakan diri. Jumpa lagi.:)