Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, July 5, 2011

Al kisah..jalan-jalan

Assalamualaikum semua. Moga semuanya berada dalam keberkatan dan limpahan rahmat dari Allah.

Baru hari ni berkesempatan " meng-update entri".
Balik dari Kuala Lumpur semalam, agak penat sebab bekejar ke tempat kerja, banyak benda yang belum selesai, beberapa ujian amali seperti amali solat belum habis dijalankan sebab ada murid yang tak hadir, pemarkahan pun belum dimasukkan lagi dalam "report card".
Tapi Inshaallah dalam minggu ni akan selesai dan memang kena siap sebab pada minggu hadapan, 14hb akan diadakan hari terbuka untuk ibu bapa mengambil kad kemajuan anak-anak.

Dua hari di Kuala Lumpur baru ni, tak kemana sangat, hanya menghantar Yaya ke kolejnya dan menemani hubby ke seminar arhitect yang diadakan di DATUM ( berhampiran KLCC). Tapi sebenarnya bukan teman apa sangat pun, sebab sibungsu Eisya tak dibenarkan masuk..so, jadi " babysitter" eisya je lah..Cuma Abahnya dan sikakak dua orang tu bolehlah masuk ke dewan. Lama juga menunggu, sampai Eisya dah nak merengek..sib baik tak berapa jauh dari Taman KLCC so, kami pun lepak-lepak jelah kat Taman sambil posing..hehe.
.
Sambil dok menunggu Eisya tu, sambil jamu mata, sambil memuji keindahan bangunan KLCC yang tersergam indah tu, tak jemu dipandang. ( tak taulah kalau orang KL mungkin dah jemu kot)..
Tapi.,bagi orang yang mahu berfikir..ini adalah antara kebesaran Allah..yang mengurniakan akal fikiran yang cukup sempurna kepada makhluknya hingga begitu bijak , dapat mereka, membina bangunan yang indah dan se gah itu..namun sedikitpun tidak dapat menyamai kebijaksanaan Allah yang maha esa. Subhanallah.

Kata orang, jauh berjalan luas pandangan..hujan emas dinegeri orang, hujan batu ditempat sendiri..namun indah lagi tanah tumpah darahku.Jom layan gambar yang tak seberapa sebab guna kamera poket je..huhu.

















5 comments:

halila Ibrahim said...

saya pun jarang2 pergi KL .. jadi rasa teruja la ... tapi kalau orang yang dok KL tak tau la apa diorang rasa ..

ariana said...

Fazz: akak ni jalan mana pun tak kisah..mmg seronok je..lebih lg kalau bersama family..
dari dok saja kat umah ujung minggu, lagi best kalau jalan2 kan..setiap kali hubby meeting ke, kalau boleh mesti nak ikut menyibuk..hehe

Rina Rahamat said...

kl mmg best utk jalan-jalan..sy pon teruja kalau ke sana..

kak,kita tgk anak kak yg pakai boot tu dh mcm fatin liyana pulak..

mas saari said...

best kan bawa anak jalan2...

ariana said...

Rina: fatin liyana yg blogger femes tu ke? hehe..


Mas: mmg best sangat jalan ngan insan2 yg kita syg kan..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink