Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, July 18, 2011

Maaf memaafkan sebelum tidur..

Assalamualaikum dan Selamat malam.


Adalah baik jika kita memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan terasa kelapangan dada. Memendam rasa memang sesuatu yang amat menyakitkan. Namun kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri kita mempunyai ego. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.


Oleh kerana itulah , ada seorang sahabat Rasulullah saw yang mana Baginda telah menyebut-nyebut namanya dihadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga. Hairan para sahabat, kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :


“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”

Jom lakukan ini sebelum kita tidur malam ini..Mudah-mudahan akan mendapat ketenangan jiwa dan rahmat dari Allah SWT.

3 comments:

aizamia3 said...

insyaAllah akan saya cuba untuk praktikkan.. kita tak tahu apa silap kita pada orang..


psstt: baru perasan hari ni blog akak dah lain.. ;)

uncle gedek said...

Tido pon dah tak cukop ni, ha....!

Hadoi!

ariana said...

Aizamia: maaf-memaafkan mmg eluk dipraktikkan.
Akak saja tukar " umah" baru sempena nak menyambut ramadhan ni..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink