Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, July 11, 2011

Hujung minggu yang,,tanpa blogging

Assalamualaikum semua.
Hujung minggu baru ni, ( Sabtu , Ahad ) adalah minggu tanpa blogku. Amat membosankan sebenarnya..

Wah.. dah dua hari tak up date entri selepas entri yang akhir pada Jumaat lepas, bukan kerana apa.., Sabtu dan Ahad baru ni, lansung tak buka blog, sebabnya Cik abang Ariana dok sibuk mengalih barang kat ruangan family ni..Habis semua wire-wire termasuk lah wire wi-fi dan komputer dicabutnya..hehe, bukan pasal marah Ariana berblog lah..,tapi pasal dia nak ubah kedudukan tv, kedudukan meja komputer dan cctv. So, melibatkan banyak benda lah..sampai pagi ni pun belum siap sambungannya tu..tengah nak beli wire penyambung apa ntah..cuma wire wi-fi dah ada , tu yang dah boleh berblog ni..Dia kalau dah bersemangat nak buat sesuatu tu..selagi tak beres dan betul-betul puas hati, macam tu lah..hehe.
Gambar hiasan, ihsan google

Dalam minggu ni pun, rasanya Ariana tak dapat nak up date banyak entri,  apatah lagi nak Bw ke blog kengkawan, sebabnya, sedang sibuk menyudahkan menanda kertas peperiksaan, menaip markah ke dalam komputer dan seterusnya menampal kedalam buku laporan murid-murid Ariana yang seramai 30 orang tu..dan pada hari Khamis ni,bersamaan 14hb Julai adalah hari pelaporan atau hari terbuka Kafa annadwah, yangmana ibu bapa datang untuk mengambil kad kemajuan murid. walaupun sibuk, bukan lah Ariana merungut ke apa, sebabnya Ariana suka apa yang Ariana buat..Lagipun setiap pekerjaan yang baik yang kita lakukan pun dikira satu ibadah juga,,mudah-mudahan Allah menerimanya. Insyaallah.

Profession perguruan ni, sebenarnya adalah diantara pekerjaan yang amat baik, asalkan kita ikhlas..Ye lah..siapalah kita pada hari ini, jika tiada guru-guru kita..
Selain dapat mendidik anak bangsa berbagai ilmu samada duniawi atau ukhrawiyah, kita dapat mempelajari atau menambah ilmu untuk diri kita sendiri juga, ibarat kata orang, ilmu kalau tak diamalkan , lama-lama akan terlupa juga..dan apabila meninggal seseorang orang itu, terpisahlah semua melainkan doa anak yang soleh, harta atau ilmu yang dimanfaatkan. Walaupun sehari sepotong ayat.Ariana masih ingat lagi, memang sejak kecil Ariana berminat untuk mengajar atau menjadi pendidik. apa tidaknya semua ni adalah kerana" darah pendidik"  yang mengalir dalam tubuh Ariana ni kerana Arwah Ayahnda ariana dulu juga merupakan seorang guru yang amat disayangi dan dihormati muridnya, Ariana masih ingat, sewaktu berusia 3 ke 4 tahun pun ariana selalu mengikutnya ke sekolah, apabila ada sebarang aktiviti atau sebagainya, pendekata seolah sudah lama terjun kedunia perguruan ini, saban hari permainan Ariana bersama kawan-kawan adalah kapur ( dulu memang menulis menggunakan kapur tulis dan papan hitam), kami main cikgu-cikgi, hampir setiap hari, dan Ariana memang minat sangat lah menjadi " Cikgu" nya pada masa tu, orang lain pula jadi muridnya..hehe..
Begitulah kenangan lama..yang hingga kini masih segar dalam ingatan, bagaimana gembiranya setiapkali arwah Ayah yang Ariana panggil " Bak" mengajak Ariana mengikutnya kesekolah. Menurut Bak, panggilan Bak tu adalah kenangan, sebab waktu Ma mengandungkan Ariana dulu, kami tinggal di Pulau Tioman, dan orang disana memanggil ayah mereka sebagai Bak. Al Fatihah untuk Arwah Bak yang tersayang yang banyak menyemai rasa sukakan bidang pendidikan ini..Dan tak hairan lah..rupanya, sedar tak sedar 5 orang dari 8 orang adik beradik Ariana semuanya berkerjaya sebagai pendidik..guru dan ustazah..Kalaulah arwah Bak masih ada, tentu beliau akan turut rasa bangga..kerana pewarisnya memang telah mewarisi " bakat " dan minatnya juga menabur bakti buat anak-anak murid yang dikasihi..

Akhirnya, pesan Ariana tak kira apapun bidang yang kita ceburi, hatta sebagai seorang suri rumah sekali pun, kerana Ariana tahu ramai dikalangan rakan dan adik-adik Ariana didunia Blogging ini adalah surirumah yang hebat dan berilmu pengetahuan tinggi, buatlah dengat terbaik, termampu dan nawaitu kita adalah kerana Allah. Insyaallah kita semua akan memperoleh kepuasan, kesenangan, kebahagiaan didunia dan akhirat Amin..

p/s Opss..tak sedar panjang pulak celoteh Ariana kali ni..korang baca skip-skip sudahlah kalau boring ekk..
Ni entri orang tengah bersemangat nak siapkan tugasannya..hehe.
Oklah, hingga jumpa lagi, nak sambung buat kerja dah..
WASSALAM.

9 comments:

Sunah Sakura said...

insya'Allah akak... saya nak jadi surirumah berjaya!

ariana said...

Sunah Sakura: Insyaallah sis: kejayaan dan keharmonian sesebuah 'istana' tu kan terletak pada tangan kita juga sebagai surirumah..org akan lihat siapa disebalik kejayaan suami dan anak2 kita..betul tak..:)Good Luck!

No Lan said...

insyALLAH kak..sebenarnya hari ni baru la No tahu yang akak sebenarnya cikgu hehe..banyak entri akak berkisar pasal murid2 tapi No segan nak tanya..

ye la kan kak..walau apa pekerjaan kita sekali pun apa yang pentinga dalah IKHLAS..insyALLAH ALLAH akan memberkati kita..

ariana said...

keje ustazah lah No..hehe.ustazah moden gitu..:)

halila Ibrahim said...

... saya jugak dari family guru .. abang2 n kakak pun guru cuma saya je tak mau sambung KPLI jadi cikgu jugak pasal nak tumpu pada anak2... emm .. harap2 saya jugak berjaya dalam bidang saya ..

Rina Rahamat said...

kita tahu dr gaya akak menulis akak mmg berjiwa pendidik..tahniah kak sbb dpt menceburi bidang yg serasi dgn jiwa..:)

kak, atuk kita pon dipanggil bak oleh anak-anak dia..

hazana said...

Fazz: jadi guru pada anak2 sendiri pun bukan senang tu..kami guru2 ni,boleh tau mana yg ibu bapanya ambil berat ke tak anak2 diorang kat rumah.Moga anak2 Fazz akan cemerlang sebab dpt ibu sepenuh masa. Inshaallah.

Marina said...

cikgu rupenyer ye...selamat pagi cikgu

ariana said...

Marina: Selamat pagi juga dan salam kenal..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink