Assalamualaikum. salam pagi Jumaat yang mulia.
Jika pertanyaan ini diajukan pada kita, mana satu yang kita mahu..kaya harta atau kaya ilmu?
“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
"Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini.
Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah).
Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah ( ilmu ) dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (al-Bukhari)
Huraian:Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya?
Huraian:Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya?
Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji."
Hakikatnya, samada kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang.
Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya.
Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali:
"Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya."
Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya.
Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Wallahu'alam.
Wallahu'alam.
Kredit buat : tazkirah.com
7 comments:
sy nak dua-dua.. :)
kaya harta & kaya ilmu
sy juga mahu kedua-duanya..kalau kita berharta kita blh bantu org lain..ni kalau tgk org susah kat tv nk bantu dr segi wang x mampu..blh bantu tp berapa sgtlah kan..
kalau kita berilmu insya-allah selamat dunia akhirat kan kak..berilmu dan beramal..
Mas nak kaya ilmu...
tapi kaya harta tu nak jugak, tapi bukannya berlebih2an, cukuplah utk tampung perbelanjaan keluarga!
salam ziarah & follow..
saya nak dua2 la... kaya harta n kaya ilmu ..
Dengan ilmu kita boleh mengurus harta dengan bijak. Dengan harta kita boleh menggunakan harta untuk membantu kita ke sorga Allah.
SAYA PILIH KAYA HARTA AND KAYA ILMU HEHEHE,,,SALAM KENAL AND SALAM PERSAHABATAN,,,I'l be your follower ok,but be my follower,,thx
Post a Comment