Assalamualaikum.
Apa khabar semua pagi ni? Dah sarapan ke belum?Sarapan apa pagi ni agaknya ye..
Ada yang suka nasi minyak, nasi lemak, nasi kerabu selain roti canai..peberet hubby dan Eisya..
Bagi orang sebelah pantai timur ni, tentulah nasi dagang.
Sebut pasal nasi dagang sebenarnya mengingat kan Ariana pada seseorang yang telah pergi dulu menyahut seruan Ilahi..yang sempat Ariana menumpang kasih seketika, menerima berbagai tunjuk ajar termasuk cara memasak nasi dagang. Insan yang dimaksudkan ialah mil ( ibu mertua ) yang ariana panggil Ma.
Al fatihah buat Ma. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh.
Walaupun menantunya ini hanya sempat bersama nya selama beberapa ketika saja, namun sesekali kenangan bersamanya datang juga..banyak teguran atau nasihat membina darinya yang masih ariana ingat hingga kehari ini.
Tak lupa juga ariana akan sifatnya yang begitu penyayang dan pemurah terhadap cucu-cucunya. Walaupun tak bekerja, Ma pandai berjimat cermat hingga mampu menghadiahkan barangan kemas buat setiap cucu nya ( anak sulung Ariana ).
Ma pun suka membawa cucunya berjalan kemana-mana bersama Ayah mertua. Bila balik je dari berjalan..ada saja yang dibelinya..baju atau kasut baru..pemurah sungguh Ma.
Sebut pasal nasi dagang, Ma merupakan " chef nasi dagang" yang hebat.
Sesiapa yang makan nasi dagang yang Ma buat, mesti makan bertambah sebab kelazatannya.
pernah Ma mengajar ariana membuat nasi dagang beberapa kali atau kadang ariana cuma membantu Ma..tapi sampai sekarang pun ariana tak pandai-pandai..hehe.. setakat nak makan sendiri tu boleh lah tapi tak sesedap airtangan Ma.
Kebetulan Ayah mertua ariana memang berasal dari Trengganu, walaupun Ma berasal dari Johor.., Jadi nasi dagang memang seperti makanan wajib terutama pada hari raya. Sekali Ma masak, bukannya sikit-sikit..sampai penuh dua dulang besar, sebab family sebelah hubby pun agak besar dah lah ramai adik beradik lelaki..
Waktu baca berita on lina pagi ni, ariana terbaca pasal rempah Gulai nasi dagang ni..nampak macam best je. Memang gulai dia mesti kena sedap baru lah kena dengan nasi nya..
Ariana belum pernah cuba lagi rempah ni. ada sesiapa yang dah pernah cuba ? apa pun jom kita baca tentangnya..
Rempah Gulai Nasi Dagang Asli Terengganu
Nasi Dagang Terengganu merupakan makanan wajib bagi setiap pelawat yang datang ke Terengganu selain daripada keropok lekor. Nasi yang seakan pulut itu akan dikukus dengan santan dan lauknya gula ikan tongkol sangat enak sekali.
Masalah yang dihadapi oleh pengemar Nasi Dagang Terengganu adalah untuk mendapatkan rempah untuk membuat gulai Nasi Dagang tersebut apabila berada di luar Terengganu. Ini adalah kerana sukar untuk mendapatkan rempah asli Nasi Dagang Terengganu terutamanya di Lembah Klang.
Sehubungan dengan itu Pinvader Enterprise telah berjaya mengeluarkan produk Rempah Gulai Nasi Dagang Asli Terengganu, ZARAH. Ia adalah resepi turun temurun keluarga.
sumber:Utusan on line
9 comments:
sesekali sy suka gak makan nasik dagang ni..
alfatihah utk arwah Ma..
No kurang suka ns dagang tp abg pula yg suke hehe..pg ni No makan laksam kak..sedap sangat..org trg yang buat kat area taman ni..
Rina: kat kl pun dah senang nak dpt nasi dagang kan..:)
nasi dagang kalau kerap sgt pun, muak..sbb lemak dan santan..
No: bestnya laksam..wah..dapat jiran org Ganu juga ye..baguslah tu..:)
nasi dagang mmg sedap...gulai ikan tongkol tu yg peghhh maveles.
amy x makan nasi dagang so x tahu apa nak komen huhu..
saya jarang makan kak .. keluarga kurang gemar tapi sesekali pekena sedappp :))
Pernah sekali cuba buat n.dagang tapi tak berapa jadi..klau terjumpa rempah ni kat giant nak jugal beli & cuba buat lagi.
izan sukaaaa nasi dagang..nak2 yg pakai beras perang tu..apa nama beras tu yer kak?
Post a Comment