Ingat kan dah beres kerja-kerja menanda kertas periksa dan siapkan kad kemajuan murid-murid Ariana semalam,bolehlah relax sikit hujung minggu ni, kebetulan pula Cik Abang, tak de hujung minggu ni
( outstation ) lagi..huhu ke Jakarta pulak. Tiha pulak kena pergi kem kat SEMSAS selama 2 hari ( Sabtu dan Ahad ) . Ini lah masa Ariana nak dok lepak je kat rumah..berdua ngan Isya sibungsu tu je..
Tapi, baru petang tadi, Pengetua sekolah bagitau yang Ariana bersama-sama tujuh orang lagi rakan yang lain terpilih atau " terpaksa" menghadiri mesyuarat agung Wakil An Nadwah ke Bentong nun..pada hari Sabtu ni
( 16 hb ). Dah habis pilih dah tu, sebab yang lain tu, ada yang tak dapat pergi, kerana anak kecil lah, tengah pregnant lah...mentang-mentanglah anak-anak akak ni semua dah besar dan tak pregnant pulak tu..huhu..:(
Tapi, dah tugas, Ariana terima je, lagipun, tak jauh mana Bentong dengan Kuantan lebih kurang dua jam lebih je perjalanannya, cuma yang menjadi problem sekarang ialah..
Si Eisya anak bungsu Ariana yang bertumur 11 tahun ni..( kecik lagi pada Ariana ni..)
Nak tinggal ngan siapa pulak dia, sebab tak de orang kat rumah ni..Anak sulung , yaya yang belajar kat KLIUC tu pulak tak dapat balik minggu ni, banyak kerja katanya..
Siapa nak jadi baby sitter Eisya ?? |
Boleh ke bagi alasan tak de orang nak jaga Eisya yang dah 11 tahun tu yek?
Kalau baby tu, lain lah..
Hai..macam mana nak buat pun Ariana tak tau lagi lah ni..kena fikir-fikir dulu malam ni..
Harap-harap adalah jalan nya nanti.. Moga Allah permudahkan.
Pesan buat diri : Untuk cemerlang..kena jaga..( banyak benda..)Baca sini
Kena seimbang juga, dunia dan akhirat..atau akhirat kena lebih..
10 comments:
betul tu kak..kalau anak perempuan ni,umur berapa pon mesti akan risau.Nak pulak kalau tggl sorg2..
liza: tau tak pe..anak perempuan ni risau nya lebih sikit..al maklumlah..:)
mmg risau nak tinggal anak kat umah sorang2 walau berapa pun umurnya kak...
kalau rumah dekat boleh tinggal dgn sy <-- x membantu langsung cadangan sy kan..
emm ,,, walaupun dah 11 tahun .. perempuan ni risau jugak kan.. tnggal sekejap kat rumah sedara mara or jiran2 boleh kot.. pasal kadang2 kalau saya ada tugas kat luar..( walaupun surirumah tetap ada jg kerja luar haha) sya tinggal anak2 kat jiran pas tu balik sya bayar la kat jiran tu .. walaupun jiran x mau .. hati kena bodek jugak kan..
ramai mengelak ye kak..xpe la sekali sekala kena kje sabtu..heee..tapi cikgu bz jgk kan kak..
izan: ibu mana yg tak risau nak tinggalkan anak sseorang2 kan.. Insyaallah nak tinggalkan kat umah sepupu nanti..:)
Rina..alah baiknya auntie Rina ni..sayang Rina..hehe.sib baik jauh, kalau tak dah hantar dah..Tambah sorang lg anak angkat Rina..
Fazz, alhamdulillah, dah ada org sudi tlg..nak hantar ke rumah sepupu pagi Sabtu nanti, walaupun pd mulanya Eisya tak berapa nak..
Anum..biasa lah nak mengelak..maklumlah hujung minggu kan hari bersama family..:)
jadi cikgu mmg sibuk juga, tp syok sebab cutinya panjang berbanding kalau keje opis kan..:)
Post a Comment