Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, July 2, 2011

Majlis sambutan Isra' mikraj

Assalamualaikum.

Ini adalah entri auto publish sebenarnya..
Inshaallah, pada ketika ini, Ariana berada di Kuala Lumpur bersama family.
Sambil menghantar anak pulang ke kolejnya di KLIUC, sambil jalan-jalan.
Kebiasaannya, macam tu lah kalau hubby free dihujung minggu, dia mesti nak hantar juga anak daranya, Nasyira balik ke kolej.Lagipun dari Kuantan ke K.L pun cuma ambik masa lebih kurang 2 jam je.

Kali ni Ariana cuma nak konsikan gambar yang sempat Ariana ambil sempena majlis sambutan Isra' mikraj yang di adakan di tempat Ariana mengajar di An Nadwah, Masjid Negeri Sultan ahmad 1, Kuantan yang di adakan pada hari Jumaat baru-baru ini.



Majlis ni disambut secara sederhana sahaja, cukup sekadar memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Isra' mikraj, kisah perjalanan Nabi yang kita kasihi dari Sidratul Muntaha ke Masjidil Aqsa pada malam hari dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Satu acara kuiz diadakan, selepas mendengar ceramah dari Al Ustaz kami.Selepas tu murid solat farhu asar berjemaah  dan dibenarkan pulang pada jam 5 petang.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan 20 orang murid berjaya membawa pulang hadiah kuiz yang mereaka menangi setelah berjaya menjawab soalan berkaitan Isra' mikraj ini.
Tak lupa juga ucapan terimakasih kepada 22  orang rakan  guru yang terlibat menjayakan majlis kali ini.
Moga diizinkan Allah dapat kita bertemu lagi pada majlis Isra' mikraj 1433 hijriyah pula. Amin.


3 comments:

mas saari said...

wah...seronoknya! mesti meriah kan?

Rina Rahamat said...

akak ngajar sekolah apa eh? sekolah agama ya?

ariana said...

Mas: memang seronok dgn macam2 keletah anak2.

Rina: ye..sekolah agama Kat masjid Negeri :)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink