Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, July 24, 2011

My sweet heart

Assalamualaikum.

Salam pagi minggu buat semua.
Ariana sedang bersiap-siap nak keluar pekena roti canai kat warung depan nun. 
Dalam pukul 11 pagi nanti nak pergi ambil puteri bungsu Ariana, si Eisya kat sekolah dia.
Dah tiga hari dua malam sebenarnya Eisya tidur kat sekolah ( perkemahan Tunas Puteri ).
Beria-ria benar dia nak join perkemahan tu, walau pun pada mulanya Abah dia keberatan nak benar kan, tapi memandangkan berkemah pun kat dalam kawasan sekolah je, lagi pun Eisya dah pernah sertai tahun lepas, so benarkan lah juga..

 Tapi.., malam semalam..dalam pukul 1 pagi Ariana terjaga dari tidur sebab bunyi petir dan kilat kat luar. Angin pun kuat sangat beserta hujan yang lebat. Arina kejutkan hubby sebab risaukan Eisya, ye lah..ibu mana yang tak risau kan anak.. tapi hubby kata pandai lah cikgu menguruskan..Ariana rasa mesti tak tidur dalam kemah semalam, mesti diorang pindah tidur kat dalam kelas atau surau sekolah. Kesian pulak kat budak-budak tu..huhu...

Tak sabar nak ambik Eisya..nak dengar cerita nya..baru 3 hari 2 malam.. tapi rasa macam dah seminggu.. sunyi rumah, dia tak de..:(( 
ok lah. takat ni dulu buat kali ni..hingga jumpa lagi. Inshaallah.

My sweetheart


9 comments:

~izan~ said...

ibu mana yg tak risaukan anaknya kan kak..

anak2 ni bila ada haru biru rumah,ibu2 jadi monster kdg2 tp bila kejap je takde,mesti terasa sangat2 kan...

OKED Choki Choki said...

comel eisya....

Anonymous said...

Assalamualaikum Ariana,

Semoga Eisya happy dan makin matang selepas perkhemahan ni.

Mutiara Bernilai said...

*senyum*


hati seorang ibu kan...

:)

ariana said...

~izan ~..memang betul..bila diorang tak de baru terasa sgt sunyi, kalau tak ,riuh rendah kat rumah..:)

ariana said...

Oked Chokekunang: tq.


Kunang-kunang: Tq.mmg dia sronok sgt..dan harap lps ni tak lah manja sgt dan tau berdikari..

Mutiara bernilai. TQ. biasa lah hati seorang ibu kan..:)

No Lan said...

ye la kan kak...bila sorg tkde terasa sunyi la pula..sellu tengok dia ada...sekaliiii....hurmmm...saba ye kak...mudah2an Eisya dalam lindungan ALLAH...amiiin

Anonymous said...

Kalo Eisya g asrama cmne ek akak?

Mun said...

hmm ni mesti eisya seorang yg ceria kat umah ni..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink