Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, August 1, 2011

23 tahun yang indah..

Assalamualaikum.
Begitu pantas masa berlalu.. Rasa bagai baru..
semalam dikau menyapa,
Sempena 23 tahun usia istana yang kita bina..
Terimakasih suamiku..





Happy 23rd wedding anniversary to my love one..Zahari Bin Ahmad

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
dengan ungkapan kata-kata meski tanpa kusedari
Bukan aku tidak menghormatimu
Hanya aku yang sering begitu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar

Aku tetap aku

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat

masih banyak yang tak terucap
dan masih jauh perjalanan kita


Terimakasih suamiku!
kerana memahami
kerana menerima seadanya
hingga bahagia itu milik kita.
Moga kekal hingga ke syurga

8 comments:

Lulu Caldina said...

semoga terus bahagia kak :)

halila Ibrahim said...

semoga terus berbahagi1 di dunia n akhirat .. saya lagi 10 hari genap lah 10 tahun....

ariana said...

Thanx Lulu. Ameen..:)

ariana said...

Fazz: terimakasih..wah..10 tahun dah.. moga terus berbahagia ye..:)

~izan~ said...

selamat ulangtahun kak..semoga berbahagia ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki selalu...Aminn..selamat bersahur kak!~

Nida n' Hanafi said...

As-salam..

Tahniah dan semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat dan bahagia disamping keluarga tercinta...:)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

tahniah kak..berkahwin mungkin senang, tapi nak mengekalkannya sukar...semoga akak sentiasa berbahagia dengan keluarga tersayang dan semoga sentiasa dipermudahkan dan dirahmati oleh Allah SWT....aminnn

ariana said...

Ilhamny. com.: memang betul..perlu sentiasa berusaha dan " membaja" kasih sayang agar sentiasa subur dan diberkati Allah selalu. t. kasih ye..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink