Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, August 4, 2011

Beri lah hadiah...

Assalamualaikum. Salam Ramadhan buat semua sahabat rakan blogger yang dikasihi.

Terimakasih pada yang sudi berkunjung ke Teratak Ariana sejak semalam. Disini, ariana memohon berbanyak maaf..sebab tak sempat nak berkunjung balas..dan membalas komen-komen yang ditinggal..
 Al maklumlah dibulan Ramdhan ni..agak terbatas masa.
Insyaallah, ada kelapangan, mesti ariana singgah. sebenarnya bila dah mula ada kengkawan atau rakan blogger yang walau pun jauh, tapi rasa macam dekat..kita memang selalu teringat untuk singgah lagi, atau membaca dan mengetahui apa perkembangan rakan kita itu..cuma itu lah..masa yang membatasi. harap korang faham. ini pun curi-curi masa sekejap.
Alhamdulillah, baru je balik dari bertadarus ngan rakan di Masjid Bukit rangin, kuantan.  Teringat ariana nak sebut sikit pasal " memberi " dibulan yang mulia ini. sepertimana yang kita semua sedia maklum..amat besar pahalanya ' memberi" atau bersedekah..tak kira lah dibulan apapun..asalkan ikhlas. Dan tak kisahlah apa pun yang kita beri, samada mahal atau murah atau mungkin sekadar sepatah kata nasihat dan senyuman. 

Ariana ingin kongsikan petikan dari Iluvislam.com ini.
 amat menarik..berkenaan pemberian atau hadiah.

Rasulallah S.A.W yang kita kasihipun suka memberi hadiah kepada isteri-isterinya..
Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.

Baginda Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menunjukkan tauladan hebat sebagai seorang 
suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. ( Harap kaum suami baca ni..hehe )  Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya;
"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)
Pengikat Kasih, Pendamai Jiwa

Untuk huraian lebih lanjut lagi, sila klik sini

hehe.. Pada 2hb Ogos baru ni adalah hari ulangtahun perkawinan Ariana yang ke 24..( kerana rasa macam masih baru, sampai ariana tersilap mengatakan yang ke 23 baru ni)..hinggalah dibetulkan oleh En suami..Yang ke 24 katanya..opss sori lah sayang..dah banyak bilangan gerabak sangat dah..tu yang tersilap kira tu..
 apapun Syukur pada Allah atas limpah rahmat kebahagiaan yang dianugerahklan pada kami sekeluarga. Moga hari-hari yang berbaki ini..akan bertambah-tambah mawaddah dan rahmah darinya. terimakasih juga pada rakan yang " wish" dan sama-sama mendoakan kami samada di blog, di Fb dan diluar sana. ( siapa yg sudi, jomlah add ariana kat fb..:) )

 Ok lah.. setakat ini dulu.. jom layan gambar " tanda hati" yang tak seberapa ni..tapi..ini adalah hadiah dari seorang isteri kepada suaminya yang tercinta..dari ariana lah tu..surprise untuk suami..minta tolong staff opis dia letak kat meja opisnya..hehe.. sesekali seronokkan ..main-main bagi hadiah ni..cuba lah kalau tak percaya..kesannya hebat..:)

Terimalah Jambangan hati ku..



11 comments:

munna said...

ke 23 ke? ohhhh...macam xboleh pggil akak je...pggil auntie boleh... dah hmpir baya sy dah tu... =.=*

happy anniversary...romantiknya..msti hubby senyum lbr kt opis..hehe =)

ariana said...

panggil lah apa-apa pun Munna..:)

Rina Rahamat said...

amboihh..romantisnyaaa..

Rozita Ceritaita said...

kak.. tahniah sekali lagi! hehe selalu lelaki yg lupa...

psssttt apa lagi akak bagi tu...ala yg dlm kotak tu?... hehe...

Anonymous said...

akak..sweet and romantikla en somi :) Akak didoakan rumahtangga akak berkekalan hingga ke syurga

ariana said...

Rina: romantis " org lama"..hehe

ariana said...

Ita: tu lah ..kali ni aka plk yg tersilap..yg dlm kotak tu..adalah.. serba sikit..coklat pemanis, perfume pewangi..hehe

ariana said...

Fitri: t. kasih atas ingatan dan doa..Ameen.:)

halila Ibrahim said...

best jugak erkk surprise2 ni kan.... nak try la,....

Mutiara Bernilai said...

wah. terkelu lidah.
moga bahagia selamnaya,,

aizamia3 said...

selamat ulangtahun buat akak dan en. suami.. moga sihat dan ceria dalam menempuhi hari-hari mendatang..

psstt: bukan setiap hari kita dapat layan blog kak.. takpe.. ai faham.. ;)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink