Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, January 30, 2011

Dua pantai dalam satu hari..


Pantai Gelora.

Lagi..Pantai Gelora yang bergelora..

Tengok kat tangan my hubby tu...wau atau layang-layang yang x jadi main..

Eisya dengan aksinya..

Panjat Eisya!panjat Abah!

Nak main air juga..Sampai basah-basah baju!

Angin dah mula bertiup sangat kencang!Time to go home!

Tiha dengan DSLR nya..Umi ngan pocket cameranya..



          Hari ni Ariana sekeluarga ingat nak ke Pantai Gelora main layang-layang atau wau yang hubby beli di Bali tempohari,sambil tu boleh menikmati karipap yang sangat famous kat situ..
           Tapi,malangnya gerai karipap tu tutup pulak hari ni..dan nak main layang-layang pun tak ada kawasan sebab air sedang pasang jadi hanya ada sedikit sangat kawasan pantainya,So, hubby kata why not kita pergi tengok kat Pantai Batu Hitam...mana tau kat situ sesuai untuk main layang-layang...so kami pun menujulah ke Pantai Batu Hitam pula.
          Agaknya dah memang tak ada rezeki nak main layang-layang hari ni..kat Pantai Batu Hitam pun air laut lagilah bergelora dan sedang pasang juga...ditambah pula hujan sesekali lebat juga,Maka tak kesampaian lah hajat Tiha, Eisya dan Abahnya nak main layang-layang..kami cuma duduk dan menikmati suasana pantai,Eisya dan Tiha tak dapat menahan keinginannya nak main air..habis basah tapi rupanya Eisya awal-awal lagi dah standby baju sparenya..bijak..bijak..
          Dalam pukul 6 petang,kami pun berangkat pulang..waktu tu angin sangat kuat.melintuk pokok-pokok kelapa dibuatnya..Walaupun tak dapat main layang-layang tapi kami rasa cukup tenang dan damai menikmati keindahan ciptaan Ilahi..Subhanallah.Thank you Allah..Betullah..Ombak tak pernah jemu memukul pantai...Alangkah baiknya kalau aku tak jemu-jemu beribadah dan menghambakan diri kepadamu YaAllah.

Thursday, January 27, 2011

10 cara kawal anak layari internet.

Baru setahun jagung tetapi kanak-kanak sudah bijak menggunakan internet.Tidak salah jika anak-anak 
melayari beraneka laman web, meskipun tampak selamat tetapi peranan
ibubapa amat penting dalam memastikan anak-anak agar tidak terjebak melayari laman web 
yang tidak sesuai untuk mereka.
  1. PERKENALKAN PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG KEPADA ANAK-ANAK.Tampal peraturan tersebut bersebelahan komputer agar mudah dilihat. Minta anak membuat pilihan menggunakan internet mengikut peraturan yang telah ditetapkan atau kemudahan ini ditarik semula
  2. LETAK KOMPUTER DITEMPAT TERBUKA seperti ruang istirehat.Ini memberi peluang kepada ibu-bapa untuk mengawasi dan menyelia bentuk-bentuk informasi dan laman web yang dilayari anak-anak.
  3. SEDIAKAN PERISIAN PENAPIS dalam komputer dirumah.Antara perisian penapis yang boleh dijadikan pilihan ialah Cyber patrol,Net nanny dan surf watch.
  4. SEMAK SEMULA laman web yang dilayari anak-anak.Ini boleh dilakukan menerusi dokumen " web brousers history".
  5. RAHSIAKAN KATA LALUAN (password) untuk mengakses internet, dari pengetahuan mereka.
  6. INGAT KAN ANAK-ANAK agar tidak sewenang-wenang memberikan alamat e mel, nombor kad kredit,gambar dan sebagainya kepada sesiapa sahaja yang dikenali melalui internet.Sekiranya dia ingin membeli sesuatu secara on line pastikan ibu bapa diberitahu terlebih dahulu,ini penting bagi mengelak dari sebarang penipuan.
  7. BERITAHU MEREKA agar tidak menerima bulat-bulat sebarang info yang diperolehi melalui internet.
  8. HADKAN MASA mereka melayari internet.Masa yang terlalu banyak diperuntukkan dihadapan komputer berpotensi meningkatkan risiko kegemukan dikalangan kanak-kanak.
  9. LAYARI INTERNET BERSAMA-SAMA DENGAN ANAK. Dengan cara ini juga ibu bapa boleh menilai kegemaran dan minat anak- anak berdasarkan apa yang di aksesnya
  10. PEKA DAN PRIHATIN terhadap bahan dan laman web yang dilayari mereka. Pastikan setiap maklumat yang diterima adalah sihat, selamat dan sesuai dengan usianya.Tegurlah anak sekiranya menyedari mereka melayari laman web yang tidak bersesuaian.

Wednesday, January 26, 2011

for the rest of my life..

tip memilih sahabat.

1) Insan yang mudah untuk kita luahkan perasaan suka maupun duka.

2) Insan yang memahami diri kita,perasaan dan kehendak kita.

3) Insan yang jujur dan ikhlas dalam melakukansesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa syarat atau mengharapkan balasan dari kita.

4) Insan yang membela dan menutup aib,kesalahan dan kesilapan kita  daripada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur dan menasihati kita dibelakang mereka.

5) Insan yang bersedia menerima diri kita baik dan buruk tanpa sebarang alasan dan syarat.


6) Insan yang sanggup berkorban masa dan tenaga,buah fikiran dan wang ringgit demi kebahagiaan kita.

7) Insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan dilarang agama.

8) Insan yang menjadi sumber inspirasi,peniup semangat,dan pemberi motivasi apabila kita kecewa atau patah semangat.


9) Insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.


10) Insan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kita.

Monday, January 24, 2011

Aku belajar

Aku belajar
melupakan semua kisah silam
yang sarat dengan dendam
dari api yang tak mungkin padam


Aku belajar
mengharungi hari ini
yang penuh teka-teki
selagi waktu belum lagi terhenti


Aku belajar
mengharungi hari esok
yang banyak lagi tersorok
menanti untuk di jenguk


Aku belajar
tidak melalui lorong suram itu
agar tidak tersasar
sesat dalam kesibukan dunia


Aku belajar
untuk memberi
dan menerima
pemberian secangkir rindu
dari seorang suami


Aku belajar 
menghulur dan menyuap
kemulut yang haus dahaga kasih sayang
insan bergelar anak


Aku belajar 
memaksa diri sendiri
agar tidak liat
solat malam memohon restu Ilahi


Aku akan belajar
aku belajar lagi
sampai bila aku tak pasti

MAKARONI AYAM

Bahan-bahan:

100 gm makaroni (rebus)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
garam halus
500 gm cili boh/cili giling
100 gm daging ayam (dipotong kecil)
50gm tomato puree
minyak untuk menggoreng 

Cara membuatnya:

Panaskan minyak,masukkan bawang merah dan bawang bawang putih yang sudah ditumbuk.
Masukkan cili boh dan kacau
Masukkan pula daging ayam yang sudah dipotong. 
Masukkan tomato puree dan kacau sebati
Masukkan makaroni dan garam serta serbuk perasa
Kacau hingga rata dan masak.
Sedia untuk dihidangkan.

Lontong

Bahan- bahan:

250 gm nasi impit (rebus)
1/2 santan
3 biji bawang merah ( dikisar )
1 cm lengkuas (dikisar)
15 biji cili padi (dikisar)
10 gm udang kering (dikisar)
2 biji tauhu (goreng)
2 keping tempe (goreng)
2 biji telur (rebus)

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah,lengkuas dan cili padi sehingga garing.
Seterusnya masukkan santan dan didihkan tetapi jangan sampai pecah minyak.
Berikutnya masukkan udang kering.
Setelah kuah mendidih,hidangkan bersama nasi impit,tauhu tempa dan telur.

p/s-bagi yang gemar boleh juga ditambah sedikit sayur kacang panjang dan lobak merah.

SELAMAT MENCUBA!  

Koleksi kesayangan.




















Setiap manusia pasti punyai citarasa berbeza...Kata orang rambut sama hitam ,hati lain-lain.Ariana tidak bercakap pasal lain,cuma pasal hobi dan aksesori perhiasan rumah yang menjadi kesukaan Ariana.Mula-mula terpesona bila melihatnya tersusun indah dirumah teman-teman..dalam majalah pun banyak Ariana lihat.Hati Ariana pun membuak-buak ingin memilikinya sendiri...Tapi dulu sewaktu masih tinggal menyewa ariana masih boleh mengawal keinginan tu, semenjak menduduki rumah sendiri ni,memang ariana pantang nampak barang-barang yang ada "english roses" ni.Nak kata rumah ariana ni bertemakan english,tak juga...ariana lebih suka match n mix...asalkan sedap mata memandang..:)  Disini bukanlah ariana nak menunjuk-nunjuk,cuma nak berkongsi keindahannya yang ariana "gilakan" sangat...tapi tak tau lah lain orang lain pula minatnya kan!!

Sunday, January 23, 2011

10 cara tangani masalah pasangan cemburu

Bagaimanakah menangani masalah pasangan yang cemburu buta? Beberapa tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu anda:

1) JANGAN SESEKALI BERBOHONG  pada pasangan anda kerana si cemburu buta memang sukar untuk mempercayai seseorang yang pernah berbohong kepadanya. Anda perlu ingat sekali anda melakukan kesilapan ,pasangan anda akan menganggap anda akan terus mengulangi kesilapan.

2) JANGAN SEMBUNYIKAN SEBARANG RAHSIA .Cerita apa saja kepadanya walaupun ia akan menyakiti hati pasangan anda.sekurang-kurangnya pasangan anda tidak akan menuduh anda yang bukan-bukan.


3) PASTIKAN BELIAU MENGENALI SEMUA TEMAN ATAU RAKAN SEKERJA, saudara mara atau mana-mana kenalan anda agar tidak wujud sebarang perselisihan faham kemudian hari nanti.


4) BERTERUS TERANG tentang perasaan anda.Jika anda suka memendam perasaan,masalah menjadi bertambah buruk dan tidak wujud persefahaman antara satu sama lain.


5) SENTIASA UCAPKAN PERKATAAN SAYANG dan penghargaan anda terhadapnya.Dengan sikap sedemikian pasangan anda akan dapat merasakan betapa hangatnya perasaan kasihsayang anda terhadapnya sehingga dia tidak akan terfikir anda sanggup menduakannya.

6)TUNJUKKAN KOMITMEN PENUH anda terhadap pasangan anak-anak dan rumahtangga. Jadikan keluarga anda satu keutamaan . Ini dapat menyedarkannya bahawa anda begitu setia padanya dan keluarga.

7) ELAK DARI BERMESRA DENGAN LELAKI ATAU PEREMPUAN BUKAN MUHRIM.
selain untuk mengelakkan fitnah dan dosa ia juga amat penting demi menjaga hati dan perasaan pasangan.


8) BERIKAN PENJELASAN,jika anda memerlukan sedikit ruang untuk diri sendiri tanpa penglibatannya. Cuba beri penjelasan agar beliau dapat memahaminya.

9) SENTIASA BERSABAR dalam menangani karenah pasangan anda.Beri nasihat kepadanya agar berubah dengan cara yang paling lembut dan pada masa yang sesuai dengan disulami kasih sayang agar hatinya tidak tersentuh.

10) SENTIASA MEMAAFKAN NYA. sedia menerima kelemahan yang ada padanya.anda perlu ingat bahawa setiap insan punyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

11) BERDOA SELALU KEPADA ALLAH.





NASI GORENG IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:

 1 PINGGAN NASI PUTIH
SEPOTONG IKAN MASIN
12 BIJI CILI PADI(DITUMBUK/KETUK)
2 ULAS BAWANG KECIL(TUMBUK)
2 ULAS BAWANG PUTIH(TUMBUK)
20GM IKAN BILIS
GARAM HALUS
SEBIJI TELUR AYAM
SEDIKIT SAYUR SAWI ATAU LOBAK MERAH
MINYAK MASAK

CARANYA:
 1) TUMIS BAWANG KECIL,BAWANG PUTIH ,CILI PADI DAN IKAN BILIS YANG SUDAH DI TUMBUK
2) MASUKKAN IKAN MASIN,
3) MASUKKAN TELUR DAN KACAU
4) PERASAKAN DENGAN SEDIKIT GARAM
5)MASUKKAN NASI PUTIH
6) KACAU SEBATI
SEDIA UNTUK DIHIDANG.

      SELAMAT MENCUBA

Green curry chicken

BAHAN -BAHAN:
   
SEEKUR AYAM(DIPOTONG KECIL)
1/2 CAWAN SANTAN
5-6 HELAI DAUN LIMAU NIPIS (DISIAT KECIL)
SEDIKIT DAUN SELASIH
1 CAMCA BESAR PERASA KARI HIJAU
2 CAMCA BESAR SOS IKAN
MINYAK UNTUK MEMASAK
GARAM DAN PERASA SECUKUP RASA.
CARA MEMASAKNYA:
 1) MASUKKAN PERASA KARI HIJAU DAN MASAK SEHINGGA NAIK BAU.
2) PERLAHANKAN API, MASUKKAN SANTAN DAN KACAU SEHINGGA NAIK MINYAK.
3) MASUKKAN AYAM,DAUN LIMAU NIPIS,DAUN SELASIH DAN SOS IKAN.
4) KACAU SEHINGGA AYAM MASAK DAN DAN MASUKKAN GARAM DAN SERBUK PERASA SECUKUPNYA.
 5) KACAU SEBATI SEHINGGA BETUL-BETUL MASAK.
6) SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN.


                   SELAMAT MENCUBA

Bila ajal mendatang

Hari ni InshaAllah Ariana bercadang nak menziarahi teman lama ariana yang ditimpa musibah,Takziah buat temanku,Yang Saayah yang dulu namanya sering aku jadikan bahan gurauan.."Yang" atau sayang kami mengejeknya.
 Berita yang ariana terima semalam memang amat menyedihkan dan macam tidak percaya rupanya suami Yang telah kembali kerahmatullah petang Khamis lalu,(tp ariana baru tahu semalam).Arwah meninggal dalam usia 43 tahun,menurut cerita yang ariana dengar dari teman,beliau hanya terjatuh dibilik air,kemudian terus tidak sedarkan diri lalu meninggal dunia.Innalillahiwainnailaihirojiun.Dari Allah kita datang kepadanya jua kita kembali.
Buat Yang,bersabarlah.memang "berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya".Apapun..masa kita masih belum tahu bila dan bagaimanakah nanti caranya Allah memanggil kita pulang kepangkuannya.Apabila tiba masanya Allah tidak akan melambatkan walau sesaat atau tidak akan dipercepat walau sesaat.Itulah janji Allah.
Lalu ariana berfikir,apalah amalan yang telah ariana lakukan selama ini..?cukupkah bekalan yang bakal dibawa ?YaAllah tiba-tiba saja ariana jadi takut dan terasa begitu kerdil dan serba kekurangannya ariana dalam menuntut ilmu akhirat mahupun beribadah kepadamu sebagai hambamu yang sebenar-benarnya...YaAllah ampun kanlah dosa-dosa hambamu ini.Teringat ariana bait-bait ini....
WAHAI TUHAN KU TAK LAYAK KE SYURGAMU...,NAMUN TAK PULA AKU SANGGUP KE 
NERAKAMU..DARI ITU AMPUNKAN DOSAKU TERIMALAH TAUBATKU...,SESUNGGUHNYA ENGKAULAH PENGAMPUN DOSA-DOSA BESAR.,,,,AMINN..

Saturday, January 22, 2011

Kelebihan membaca dan menghafal Al Quran.

Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya Allah S.W.T mempunyai keluarga di kalangan manusia" Lalu para sahabat bertanya ,siapakah mereka Ya rasulullah?Rasulullah menjawab "Para ahli al Quran.Merekalah keluarga Allah dan pilihan-pilihannya."   (HR Ahmad)


Rasulullah s.a.w bersabda "Bacalah al quran sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya)" (HR Muslim)

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al quran dan mengajarkannya" (HR Bukhari dan Muslim)

"Bacalah al quran kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan al quran dan sesungguhnya al quran ini adalah jemputan Allah.Sesiapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan dan barangsiapa yang  cinta akan al quran akan bergembiralah" HR Ad-darimy)

"Sesiapa mebaca sehuruf dari alquran, maka untuknya satu kebajikan,dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali.Aku tidak berkata Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif adalah huruf,Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf"  (HR Tarmizi)

"Mereka yang membaca Alquran dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al Quran sedangkan ia tidak lancar bacaan nya dan payah baginya maka untuknya dua pahala" (HR Bukhari dan Muslim) 

 Firman Allah s.w.t ,sesiapa yang disibukkan dengan membaca al quran dan mengingati aku daripada meminta sesuatu daripada aku maka aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain dan kelebihan perkataan Allah (Al quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya. (HR Tarmizi)


" Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara iaitu orang yang Allah berikan kepadanya Al quran maka dia membacanya siang dan malam,dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam" (HR Bukhari dan Muslim)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink