Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, January 18, 2011

Ujian..sakit.

                 Dah 4 hari berlalu,sejak Sabtu lepas Ariana x tahulah apa yang sebenarnya berlaku ke atas Ariana..Bangun2 pagi Sabtu tu tiba-tiba saja mulut dan mata Ariana sembab dan bengkak..!Terkejut juga..ehh kena gigit semut ke..tp x sakit.Anak-anak n hubby pulak tergelak tengok,sebab macam orang baru lepas cucuk botox kot..hahaha..kelakar pun ada.
                Malamnya baru pergi klinik,sebab x surut-surut juga bengkaknya.Doktor kata ini allergic(alahan).Ramai kawan-kawan pun cakap macam tu..Tapi Ariana x pasti lah apa ke makanannya yang buat Ariana mengelembung macam ni..seafood ke?tp cuma makan ayam n ikan biasa je..Lepas tu,Ariana basuh semua cadar n sarung bantal..kot2lah sebab tu ke..
                Pagi Isnin Hubby bawa pergi Hospital besar Kuantan...macam-macam test kena buat..urine test,blood test.Punya lah lama menunggu,orang ramai sangat..macam-macam penyakit,hati ariana insaf seketika.Alhamdulillah,baru sikit sangat ujian yang Allah timpakan.orang lain macam-macam dan lebih teruk lagi..
Result terus tahu hari tu,Doktor kata bukan serius,buah pinggang ke apa..cuma allergic.Alhamdulillah.
               Masa terus berlalu,masuk hari ni dah 4 hari..tapi mata dan bibir Ariana masih bengkak dan bibir senget..huhu..Ubat dah makan,apa lagi agaknya yek..Mungkin ini lah ujian dari Allah buat Ariana.Kalau Allah nak ambik kenikmatan,kesihatan maupun kecantikan kita dalam sekelip mata aje..Kini Ariana hanya mampu berdoa pada Allah agar segera pulih seperti sediakala dan harap-harap x lama sebab dah dua hari ariana bercuti..bermakna anak-anak murid Ariana dah terabai..dan kesian pada kawan-kawan yang terpaksa mengambil alih tugas Ariana..Ikhtiar yang terakhir Ariana mungkin nak cuba minta air penawar dari seorang yang diperkenalkan oleh kawan Ariana..x salah kalau kita berikhtiar..apa=apapun yang menyembuhkan ialah Allah S.W.T.
              Ariana tetap menerima ujian ini sebagai teguran dari allah yang tersembunyi hikmah disebaliknya....

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink