Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, January 21, 2011

Tip atasi perut buncit.

Masalah perut buncit bukan sahaja dihadapi oleh golongan lelaki yang berumur  atau wanita yang baru lepas bersalin malah kepada anak lelaki dan perempuan yang sedang meningkat remaja.Perut buncit menandakan otot perut(abdomen) lemah.Ini menyebabkan lemak cepat berkumpul,Sistem penghadaman yang tidak betul,sukar membuang air besar,tidak bersenam dan banyak mengambil makanan berlemak menjadi punca kepada masalah perut buncit.

Tip atasi perut buncit:
 1)BERSARAPAN DENGAN YOGURT.

Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.  


2) KURANGKAN GARAM.
Pengambilan garam yang berlebihan dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan.Ia juga melambatkan mekanisma dan memaksa air keluar dari sel badan dan menyebabkan perut berasa penuh dan mula mengelembung ke hadapan.




3) JANGAN GELOJOH.
Kunyah makanan secara perlahan dan hanya menelan makanan setelah hancur.Menelan makanan terlalu cepat menyebabkan udara tertahan dan tersekat didalam usus dan membentuk gas yang membuat perut terasa penuh.Makanan yang tidak dikunyah dengan lumat susah untuk dihadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.


4) MINUM AIR.
Sekiranya kamu berasa perut kembung dan dipenuhi air kesan dari penyimpanan air berlebihan ,kamu boleh mengurangkan masalah itu denganmeminum lebih banyak air.Pengambilan air dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar dari tubuh,selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

5)PENGAMBILAN SERAT YANG TEPAT.
Pengambilan serat dari buah-buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan kembung perut. 

FUNGSI URUTAN MENGGUNAKAN TUNGKU DAN MINYAK PANAS;
1) Untuk meransang pembakaran lemak dibahagian tubuh yang bermasalah supaya ia mudah di bakar.
2) Memecah lemak.
3) Mengempiskan perut yang buncit. 
4) Membuang angin dalam badan.
5) Meransang peredaran darah.





 


 

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink