Imam AlGhazali membahagikan sifat marah itu kepada 3 bahagian:
iaitu...marah terpuji,marah yang dilarang dan marah yang dibolehkan..
Marah yang terpuji adalah marah yang timbul semata-mata kerana Allah dan agamanya.
Marah yang dilarang adalah marah yang disebabkan oleh hawa nafsu.
Marah yang dibolehkan adalah marah yang tidak melibatkan perbuatan maksiat.
Berikut adalah beberapa adab untuk mengendalikan perasaan marah yang selalu ada dalam diri kita:
1) MENGAWAL KEMARAHAN.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W "Tidaklah kekuatan itu diukur dengan adu kekuatan,Namun yang kuat ini adalah yang dapat mengendalikan dirinya ketika marah."
2) BERWUDHUK.
Rasulullah bersabda "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dibuat dari api,api pula hanya boleh dipadamkan dengan air,oleh itu jika seseorang itu marah maka berwudhuklah".
3) ZIKIR MENTENTERAMKAN HATI.
Allah S.W.T berfirman "iaitu orang yang beriman dan mententeramkan hati mereka dengan zikrullah,ketahuilah!dengan zikrullah itu,tenang tenteramlah hati manusia"(Ar ra'd ayat 28)
4) BERUSAHA DIAM.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Apabila salah seorang drpd kamu marah,maka diamlah"
5) MEMBACA TA'AWWUDZ.
Menurut hadis riwayat Muslim,Rasulullah bersabda "sungguh aku ingin mengajari satu ucapan,seandainya ia diucapkan tentu hilang rasa marah iaitu dengan membaca ta'awwudz:
"Aku berlindung daripada Allah dari syaitan yang terkutuk,dari semburannya (yang menyebabkan gila),dari kesombongannya,dan dari hembusannya(yang menyebabkan kerosakan akhlak.)Hadis diriwayat oleh Abu Daud,Ibnu Majah,Daraqutni dan Hakim..
WALLAHHUA'LAM.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamulaikum.
0 comments:
Post a Comment