Bagaimanakah menangani masalah pasangan yang cemburu buta? Beberapa tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu anda:
1) JANGAN SESEKALI BERBOHONG pada pasangan anda kerana si cemburu buta memang sukar untuk mempercayai seseorang yang pernah berbohong kepadanya. Anda perlu ingat sekali anda melakukan kesilapan ,pasangan anda akan menganggap anda akan terus mengulangi kesilapan.
2) JANGAN SEMBUNYIKAN SEBARANG RAHSIA .Cerita apa saja kepadanya walaupun ia akan menyakiti hati pasangan anda.sekurang-kurangnya pasangan anda tidak akan menuduh anda yang bukan-bukan.
3) PASTIKAN BELIAU MENGENALI SEMUA TEMAN ATAU RAKAN SEKERJA, saudara mara atau mana-mana kenalan anda agar tidak wujud sebarang perselisihan faham kemudian hari nanti.
4) BERTERUS TERANG tentang perasaan anda.Jika anda suka memendam perasaan,masalah menjadi bertambah buruk dan tidak wujud persefahaman antara satu sama lain.
5) SENTIASA UCAPKAN PERKATAAN SAYANG dan penghargaan anda terhadapnya.Dengan sikap sedemikian pasangan anda akan dapat merasakan betapa hangatnya perasaan kasihsayang anda terhadapnya sehingga dia tidak akan terfikir anda sanggup menduakannya.
6)TUNJUKKAN KOMITMEN PENUH anda terhadap pasangan anak-anak dan rumahtangga. Jadikan keluarga anda satu keutamaan . Ini dapat menyedarkannya bahawa anda begitu setia padanya dan keluarga.
7) ELAK DARI BERMESRA DENGAN LELAKI ATAU PEREMPUAN BUKAN MUHRIM.
selain untuk mengelakkan fitnah dan dosa ia juga amat penting demi menjaga hati dan perasaan pasangan.
8) BERIKAN PENJELASAN,jika anda memerlukan sedikit ruang untuk diri sendiri tanpa penglibatannya. Cuba beri penjelasan agar beliau dapat memahaminya.
9) SENTIASA BERSABAR dalam menangani karenah pasangan anda.Beri nasihat kepadanya agar berubah dengan cara yang paling lembut dan pada masa yang sesuai dengan disulami kasih sayang agar hatinya tidak tersentuh.
10) SENTIASA MEMAAFKAN NYA. sedia menerima kelemahan yang ada padanya.anda perlu ingat bahawa setiap insan punyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
2 comments:
assalammualaikum kak....nak kongsi leh x?
Rostini: boleh sgt..silakan..:)
Post a Comment