Al Quran adalah wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah S.A.W yang akan kekal memandu manusia kejalan yang diredhai Allah hingga kiamat.Kitab agung yang mengandungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencakupi intipati garis panduan hidup didunia dan balasan di akhirat,kisah para-para Nabi dan solihin untuk di teladani,hukum-hukum,suruhan,tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan Muslim.
Diperingkat awal kanak-kanak ,pengajaran dan pembacaan Al Quran sememangnya digalakkan.Seorang sahabat Nabi S.A.W ,Saad Ibn Abi Waqqas r.a meletakkan kepentingan mengajar Al Quran kepada anak2nya sepertimana keutamaan peperangan menegakkan agama islam.
Pengajaran AlQuran kepada anak-anak melalui pembacaan adalah satu usaha menanamkan asas keimanan yang padu dalam jiwa mereka.Rasulullah S.A.W bersabda:
Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama,
(Percaya kepada Allah).Maka kedua orangtuanya lah
yang bertanggungjawab menjadikannya beragama Yahudi,Nasrani
atau Majusi.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamulaikum.
0 comments:
Post a Comment