Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, March 29, 2012

Hepi besday my Eisya

Assalamualaikum.

Sebenarnya bersusun besday anak-anak akak...Januari yang sulung, Februari yang kedua dan Mac ni pula yang ketiga, Eisya..Tu yang nampak setiap bulan ada je post pasal hari jadi..Tapi, sebenarnya setiap satu dari mereka ni adalah berbeza..perangai berbeza, sikap pun berbeza..cuma kasih sayang Umi dan abah yang tiada bezanya terhadap puteri-puteri kami bertiga..sayang semuanya..

Pada hari ini, 29hb Mac merupakan sambutan ulangtahun kelahiran puteri ku yang ketiga, Nur Aisya Asyikin Bt Zahari atau panggilan manjanya Eisya..walaupun dah menjangkau umur 12 tahun.., tapi mungkin kerana dia yang bungsu, maka manjanya mengalahkan budak umur 7 tahun..huhu.

Dikesempatan ini,Umi ucapkan selamat hari lahir yang ke-12 buat Eisya..moga Eisya akan menjadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat.Jadilah seorang anak yang taat kepada ibu bapa dan kakak-kakak juga tau!..dan paling penting taat pada suruhan Allah.


Ingatlah doa Umi dan abah sentiasa mengiringi perjalanan hidup mu, sayang..
Love you my dear..muah.
HAPPY 12TH BIRTHDAY MY SWEET GIRL!

HELLO KITTY SAID..HEPI BESDAY EISYA!

Seronoknya Eisya..dok merenung keknya..

Kek Hello Kitty..pilihan kedua org kakaknya..

Lama sebab tunggu abah balik opis..balik2 terus makan..:)

kak Tiha yang dah kerja turut hadiahkan baju untuk Esya..:)

Bukan satu, bukan dua tapi 3 helai..suka sgt dak Eisya..

Tengok tu..suka sangat dia..hihi

Sayang nak makan sebab cute sgt keknya..huhu
KEBAHAGIAAN IBU BAPA IALAH APABILA MELIHAT ANAK-ANAKNYA GEMBIRA DAN BAHAGIA...SANGGUP BERKORBAN APAJUA..ASAL KAN MEREKA BAHAGIA.

Wednesday, March 28, 2012

Murid istimewaku

Assalamualaikum.

Bagi yang singgah membaca blog akak pagi tadi, tentu tertanya-tanya apakah sangat masalahnya dengan murid akak yang bernama Mohd Amir Hakim ni..

Sebenarnya, sepanjang lebih 10 tahun dah akak mengajar, berbagai cubaan dan dugaan yang akak dah lalui, samada menangani karenah murid maupun mak ayah murid itu sendiri. Tapi, setakat ni Alhamdulillah, tak de apa yang  memberatkan sangat, semuanya dapat diselesaikan dengan baik..Happy ending story orang kata.hihi.

Cuma tahun ni, murid bernama Mohd Amir Hakim ni, baru je berpindah ke sekolah akak ni sebenarnya. akak pun belum pernah bertemu ibu-bapanya, cuma adalah bercakap ditelefon beberapa kali je. Bunyi suara maknya tu, macam orang baik-baik je..cuma dia ada lah bagitau yang Amir ni agak nakal sikit..Baru masuk hari kedua dah buat perangai, mengusik budak pompuan lah, sorok buku kawan lah..adoi..

Nak jadi cerita, ada lah sorang budak pompuan ni satu sekolah dengan Amir di sekolah Kebangsaan nya. Baru lah terbuka cerita, rupanya disekolah lamanya dulu, dia hampir dibuang sekolah sebab kesalahannya ialah dia telah menutup muka kawannya dengan beg plastik..hingga hampir lemas budak tu..tak tau lah niatnya bergurau atau apa..Ya Allah, terkejut kami guru-guru semua..Katanya, ibu kepada budak yang kena serkup ngan plastik tu tersangat lah marah hingga nak buat repot polis, tapi akak tak pasti lah dah sempat buat repot atau tak..huhu. Mau tak marah..bergurau melebihi batasan..boleh mati budak tu kalau lemas..Nauzubillah..

Jadinya, selepas mendengar kisah tu, kami guru-guru terpaksa lah memberi lebih tumpuan pada Amir..bimbang kalau-kalau dia buat perangai yang bukan-bukan lagi..tapi setakat ni, akak perasan, kalau kita nak tegur dia suruh buat kerja sekolah ke, nak suruh dia dok diam ke,mestilah dengan lembut atau guna saikologi orang kata..kalau akak mula tinggi suara je,siap lah..makin menjadi-jadi nakalnya..jawabnya satu hari lah dia tak duduk diam, mengacau orang sana sini, tak kira waktu. Bayangkan waktu solat asar, orang lain dok sujud, dia cubit, kawan sebelah atau buat muka kelakar lah..bila orang bangun, dia buat-buat bangun macam biasa balik..huhu.

Satu lagi bila kita mengajar, dia akan buat kelakar, menjawab soalan hingga budak-budak lain ketawa dan bising satu kelas, walaupun dah berkali kita pesan, jangan layan Amir tu..huhu

Bila Amir tak datang, aman rasanya kelas..mulalah hati kecil akak mendoakan biar lah Amir tak datang hari ni..huhu. Tak larat akak..tapi, kadang tu, kesian juga padanya..sebab Amir ni budaknya bukanlah lembab atau bengap sebenarnya, cepat dapat bila kita ajar apa-apa..cuma tu lah, banyak sangat main..

Akak selalu panggil Amir kemeja dan suruh dia buat kerja sekolah kat depan akak, sambil tu, akak usap-usap kepala dia dan bacalah apa yang patut..surah Toha ke..bagi lembut sikit hatinya..

Akhirnya akak berdoa supaya, Amir akan jadi " orang " juga nanti..Akak anggapkan dia masih terlalu mentah lagi, moga esok lusa dia cepat-cepat tersedar dan akan berubah..Akak percaya masih belum terlambat lagi.
11 tahun masih terlalu awal untuk kita " judge " dia. Insyaallah, akak akan terus cuba dan mencuba untuk " menjinakkan" Amir ni. Akak sendiri pun tak de anak lelaki, kadang akak anggap macam anak-anak akak je..hihi..

Ok lah ..dah panjang lebar cerita akak. Hanya berkongsi sedikit kisah seorang "muallimah" hihi..Tak de lah pandai sangat pun sebenarnya.. Masih mencari ilmu, masih belajar dan belajar lagii..
Nak tengok gambar akak ngan anak murid akak tak..siapa nak, sila..x nak, xpe.. x yah lah tgk ekk..:)

Bergambar kenangan ngan rakan setugas
Sambutan hari guru..:)sedapnya kek..!
Ni lah puteri-puteri Ariana..hihi.. Manja kan!
Semuanya pandai bab berposing ni..:)anak dara lah katakan..


Masing-masing bawa makanan sikit sorang..
puding special ni..

Alamak..sori lah, tak de gambar murid lelaki..diorang mengada-ngada x mau bergambar..hehe

Moga Allah permudahkan..

Assalamualaikum.


Ya Allah permudahkanlah hambamu ini membuat keputusan dan menangani segala urusan hari ini, esok dan selamanya..
Robbi yasir, Wala tuassir.

Moga puteriku Tiha dapat buat keputusan yang terbaik untuk dirinya..apa jurusan nak dipilih dan ke U mana..
Hanya engkau yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambamu ini..

Ya Allah, lembut kanlah hati muridku yang sorang ni..Mohd Amir Hakim..semua sekolah dah reject dia..banyak kes dah dia buat..walaupun baru berumur 11 tahun, namun akan ku cuba sedaya upaya..kerana ku percaya..rebung belum menjadi buluh..walaupun hanya kerana dia seorang, setiap hari mencabar kesabaranku..tiap2 hari mengganggu kelas ku..huhu
Ya Allah..hanya padamu hambamu memohon..

Wordless Wednesday ( Eisya's future car )

Amacam..cool tak kete ni..:)

Tuesday, March 27, 2012

Agar-agar lapis cantik menarik

Assalamualaikum.

Dah lah sedap. cantik, menarik pulak tu..semalam, mak sedare akak bagi..bila akak tanya resepi, dia pun tak tau, sebab orang juga bagi kat dia..hehe..ini macam memanjangkan sedekahlah..

Ce korang bilang, berapa lapis ada..banyak kan..:)

Kalau agar-agar biasa tu, akak pandailah sikit-sikit..hihi..ni..banyak lapis tau..!
tapi, mungkin ramai kat luar sana yg pandai, akak ni je yang terpaksa google kat sini..cari resepi..hihi

jom tengok ni..

Bahan-Bahan:
2 bungkus agar-agar
2,000 ml air
50 g gula
½ cawan gula merah
¼ cawan susu pekat
Sedikit pewarna merah dan ungu
Loyang atau sebarang bekas agar-agar
Cara:
Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur. Tapis dan bahagi agar-agar kepada empat bahagian. Didihkan agar-agar bahagian pertama bersama gula merah. Apabila masak, tapis dan ketepikan. Masukkan susu pekat ke dalam agar-agar bahagian kedua, kacau dan ketepikan. Untuk agar-agar bahagian ketiga dan keempat, campurkan pewarna merah dan ungu. Bagi membentuk lapisan pertama, tuang agar-agar berwarna merah. Biarkan agar-agar separuh keras, sebelum dituang agar-agar berwarna ungu, putih dan gula merah.
Panduan: Jika agar-agar menjadi keras, bolehlah dikacau di atas api perlahan, sebelum dituang ke dalam bekas untuk membentuk lapisan.


p/s-sori akak copy paste je..nak cepat gi ngajar dah..

Monday, March 26, 2012

Main masak-masak.


Assalamualaikum.

Ingat tak zaman kanak-kanak dulu main masak-masak? Dulu-dulu guna tempurung kelapa je buat pinggan mangkuk..pastu guna daun-daun buat duit..hihi. seronok sangat. Anak-anak zaman ni mungkin tak ada pengalaman main macam tu lagi..alat permainan semuanya dah canggih manggih..atau main pondok-pondok dialam maya..:)

Petang Ahad baru ni, Eisya sibungsu akak tu yang baru baik demam, mengadu bosan tak tau nak buat apa..akak pun ajak dia main masak-masak..bukan main seronok Eisya..
Akak kata, jom kita main masak-masak yang betul-betul boleh makan..dia pelek juga mulanya..hihi..Umi kata..ikut je lah apa yang Umi buat..


Hah..ini lah hasilnya..nyum..nyum..sedap airtangan budak tecik yang baru baik demam..hihi. Lain kali buleh lah ajak main lagi kan Eisya..:)

Eisya memulakan gulungan popia yang pertama....

Lagi dan lagi..

Gulung lagi..hihi
Rezeki..siap sedia untuk digoreng..

p/s- Nanti pelan-pelan akak singgah blog korang ye..:)

Friday, March 23, 2012

Singgah di Inteam Record.

Assalamualaikum.

Satu pengalaman manis juga, apabila berpeluang singgah menjenguk Syarikat Inteam Record di Damansara baru-baru ni.
Walaupun sekejap, sempat lah anak-anak Akak beraksi sebagai recording artis kejap kat studio..hehe.
Thanks to my lovely SIL, Yan dan adik akak, Hazamin yang sudi menerima kunjungan kami hari tu..

Selamat maju jaya akak ucapkan pada seluruh warga Inteam .

Jom kita tengok gambar..( Sebenarnya akak malu tapi mau, nak ambil banyak-banyak gambar..hehe) so, ini je lah yang sempat..:)


Yaya tumpang kejap..nak check in ticket masa nak ke Jakarta hari tu..:)

Aisyah..bersama buku Aisyah..:)

Kalau nak tahu Maher Zain ni dulu, Inteam record yg bawak mai Malaysia tau!


Albumnya bakal berada dipasaran x lama lagi..puteri akak, Yaya..hehe. Acah2 je lah..

Tengah apa ntah..berebut mic kot..hehe  
Kumpulan nasyid In team yg popular dengan lagunya " kasih kekasih", " Nur kasih" dan banyak lagi..
Gambar ni dh lama, kira2 beberapa bulan yg lalu semasa baby Affan baru berusia beberapa minggu..

Jgn marah Yan..gambar ni je yg ada kita berdua..-With my SIL..Yanti suhaini.( Dalam pantang tu, tp still berseri..hehe)

Ahlan wasahlan   
Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan kumpulan nasyid dan  munsyid tanah air, boleh lah kelaman blog Muhammad Hazamin Bin Harun.

Ujian sakit

Assalamualaikum.

Dah 4 hari puteri ku yang bungsu, Eisya demam..suasana dalam rumah pun agak sunyi tanpa hilai tawa dan gurauannya. Kalau tidak dia lah yang bising bertanya itu ini atau bergaduh dengan kakak-kakaknya dan sesekali menangis bila diusik kakaknya.

Dah lah payah makan ubat..huhu dh besar panjang Eisya..huhu


Sejak pulang dari Jakarta tempohari memang nampak Eisya kurang bercakap dan bergurau, mungkin sebab keletihan agaknya..sampai di rumah hari Sabtu tu, dia banyak menghabiskan masa menyiapkan kerja sekolahnya yang diberi oleh guru..sampai beratus-ratus soalan. Biasa lah sebab tahun ni dia akan menduduki peperiksaan UPSR. Tinggal sikit je lagi sebenarnya sebab dah banyak dia buat sebelum berangkat ke Jakarta tu..Agaknya dah memang nak demam. Serentak pulak tu dengan Abahnya..huhu.Cuma demam Abah tak kuat., makan ubat je, kurang lah..

Pagi Isnin tu, Eisya ke sekolah seperti biasa, sebab waktu tu dia cuma sakit tekak je..tiba-tiba dalam pukul 10 pagi Cikgu di sekolahnya telefon suruh datang ambil..rupanya demam dia dah melarat. Akak pun terus ambil dia dari sekolah. Teruk juga demam nya kali ni, dua hari asyik muntah je, sampai lembik badan, Makan pun tak lalu, cuma nak makan bubur nasi dan buah tembikai je..siannya Eisya. Akak bimbang juga, sebab kan baru balik dari tempat orang..kan macam-macam yang kita dengar penyakit yang ada sekarang..Dalam hati akak berdoa mintak jauh lah dari penyakit-penyakit yang bukan-bukan tu..huhu.

Dapat mc 4 hari

Alhamdulillah, syukur sangat, hari ni Eisya dah hampir sembuh sepenuhnya. Tinggal sikit-sikit batuk je..badan pun dah tak panas lagi.Insyaallah Isnin ni boleh lah ke sekolah semula, tentu banyak kerja sekolah..lagipun rasa rugi sebab banyak ketinggalan pelajaran. Kawan dan gurunya pun ada menelefon bertanya khabar. baik-baik semuanya..terimakasih pada kawannya yang susah payah datang menjengah dan gurunya Cikgu Hindun yang mengambil berat tentang Aisya.
Penyejuk dimata, penawar dihati..

Moga Eisya cepat sembuh seperti sediakala..kembali kan keriuhan dalam rumah ni..Bergaduh lah dengan akak, berkejarlah kesana kemari..Umi tak marah lagi..hihi.

Akak sudahi dengan Ayat ini sebagai renungan dan penguat semangat, terutama bagi yang mengalami kesakitan, atau ada diantara ahli keluarganya yang ditimpa ujian sakit..

 “Bertakwalah kepada Allah menurut kesanggupanmu.” (Surah At-Taqhaabun ayat 16) Sama ada berat atau ringan sakit yang kita alami, semuanya cubaan dan ujian Allah kepada kita. Tapi kita tidak perlu bersangka buruk terhadap Allah kerana Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit itu tanpa ubatnya. Ertinya setiap penyakit yang ada di dunia ini ada ubatnya disediakan oleh Allah. Hanya mati saja tidak ada ubatnya. 

UJIAN ADALAH ANUGERAH DARI ALLAH
UNTUK MENGUJI ADAKAH KITA REDHA..
ATAU SEBALIKNYA.ANTARANYA ADALAH UJIAN SAKIT DAN MISKIN.

Wednesday, March 21, 2012

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum.

Hari ini dalam sejarah buat ibu bapa yang anaknya menerima keputusan SPM hari ini.

Ye lah..setelah sekian lama berusaha ( ibu  bapa pun banyak berusaha... menghantar anak kekelas tambahan, tak cukup tu, tuition pula dihujung minggu..belum lagi berbakul-bakul leteran dan nasihat dan yang paling diperlukan anak-anak ialah perhatian dan DOA.

Apa yang kita tanam, itu lah yang kita tuai...

Alhamdulillah, anak akak Nur Fatiha Syahireen hari ni, berjaya mendapat keputusan yang agak baik dan kami  cukup berbangga dengannya. Melihat dia mampu berdiri sebaris dihadapan guru-guru dan ibu bapa yang lain disekolah ketika keputusan diumumkan pagi tadi, roboh jua empangan airmata Umi..Syukur dan redha.

Tahniah Tiha!..Jadikan kejayaan hari ini sebagai landasan untuk kejayaan hari esok..perjalanan masih panjang lagi..

Hahh..sekarang Tiha kena fikir bidang apa yang Tiha nak pilih lepas ni pula..Apa? Nak pilih course sama macam Abah ngan Akak juga? Architecture lagi? huhu...keluarga arkitek..:)


Sekali lagi..Tahniah my sweetheart..!

Kes penculikan hanya lakunan

Assalamualaikum.

Rupa-rupanya kes penculikan adik Siti Nur fatihah yang berlaku di Taman Tas, Kuantan ( dekat rumah akak pulak tu..) tempohari adalah drama, lakunan semata-mata. huhu.. Ini diakui oleh beliau sendiri yang menyatakan beliau sebenarnya tak tahan kena marah oleh ibunya, jadi dia merancang untuk melarikan diri dengan boyfriendnya dengan bersembunyi kat rumah ibu angkat boyfriend nya tu. Apa dia ingat boleh buat main ke hal serius macam ni..macamana kalau betul-betul berlaku perkara yang tak diingini nanti, ada ke orang yang nak percaya lagi.

Abaikan. Ini pos akak terdahulu...

.Rasa kesian dan simpati pula pada kedua ibu bapanya yang terpaksa pula menanggung malu akibat perbuatannya..yalah.. seluruh Malaysia dah tahu dan jadi kes polis..Menurut sumber lagi, buat masa ni Siti Nur Fatihah ( dahlah nak sama ngan nama anak akak..huhu) di tempat kan di rumah kebajikan untuk di kaunseling lagipun adik Siti katanya tak mau pulang kerumahnya..mungkinlah kerana takut dimarahi kot..Tapi, sebagai ibu bapa, mau tak mau kena terima dia balik sebab remaja semuda Siti ni belum matang lagi pemikirannya, sebaliknya hanya menurutkan kata hati saja.

 Beri lah peluang padanya untuk kembali kepangkal jalan. Kalau ikutkan gerammm memang lah..Akak sampai post kat blog ni poster Adik Siti ni, mintak di hebohkan dan tolong beri maklumat pasal kehilangan dia..sekali rupanya lari ngan pakwe..huh.Buang masa akak je..

Dia rasa dah besar dan bijak sangat agaknya..Apa pendapat korang?

Wordless Wednesday ( Cara memetik strawberry)

Tentu lah menggunakan gunting kecil dan.. DSLR..hihi

Assalamualaikum.

Tolong sebarkan.

Tuesday, March 20, 2012

Libur Jakarta-Bandung ( akhir)

Assalamualaikum.

Akak sambung sikit je lagi pasal libur Jakarta-Bandung tempohari pada yang masih sudi singgah dan berkongsi pengalaman akak disana.
Sebelum tu, tengok gambar aparment yang kami sewa di Kota Jakarta ni ( malam terakhir sebelum pulang)

Nasi lemak ayam bersama keropok..org sini mmg x tinggal keropok..mcm2 jenis ada..

makan-makan di cafe bawah apartment kami.

Kami dok di tingkat 23 dari bangunan 30 tingkat..huii..tingginya..


lengkap dengan dapur

Laling akak sarapan maggi goreng je..sian..

Boleh tiru ni..dinding dipenuhi cermin..nice ..

Cadar LV you..:)


Day 3

Trans Studio, Bandung city.

Kalau kat Malaysia, lebih kurang macam kat Genting Highland lah, atau Time Square, cuma yang ini lebih besar dan semuanya in door, kecuali satu roller coster ni..
Duduk kat dalam ni, tak sedar dari pagi, sampai kemalam, tapi kesemua nya ada kat sini, termasuk Musolla dan tandas yang selesa, nak makan pun senang, tapi semuanya menggunakan kad yang boleh di top up semula, manakala permainan yang ada pula adalah percuma ( dah termasuk dalam bayaran tiket). Hanya untuk makanan dan minuman je yg kena bayar asing.Yang bestnya, kita boleh naik berapa kali pun yang kita mau, apa2 permainan yang digemari.

Kalau nak tau, anak-anak akak memang seronok sangat kat sini,  cuma akak lah orang yang paling rugi dan membazir kat sini..apa tidaknya, akak cuma "berani" mencuba dua tiga jenis permainan aje..huhu.Akak jadi pemerhati jelah..tak berani dah berumur gini..biarlah orang-orang muda je yang menikmatinya..huhu. Jom kita layan gambar yang tak berapa terang ni, pasal guna kamera h.phone akak ni je..


Roller coster ni tak tinggi, cuma yg thrill nya sbb dia jalan mengundur, dari dalam keluar bangunan dan masuk kedalam semula.




Filem 3D..best! Rasa macam betul kejadian..

Jgn cepat marah..nnti jadi hulk..hehe

Yang ini, akak naik..mcm nk gugur jantung bila dia meluncur kat air tu..

Jangan takut basah baju!

Best sgt!

Show utk kanak2.

Ada science muzium lagi..
Dah tengok gambar? seronok kan..nak tambah seronok lagi..kami ke ladang strawberry pulak..( padahal kat Cameron pun ada..hehe)
Layan je lah gambar..
 
Bakul pun nak warna pink




sayang buahnya dah tak banayk sebab baru di petik oleh tourist yg dtg  naik bas..huhu

Amboi..sempat lagi ambil gambar dgn DSLR nya..


Ni lah bunga strawberry


Ni lah hasil petikan kami..aisya tu dok mkn aiskrim strawberry fresh..Best!
 
Day 4 ( Last day in  Jakarta)

Semalam dah seharian shopping kat Jalan Cihamplas, hari ni sebelum pulang ke Malaysia, kami singgah kat Tanah Abang, Jakarta sebab belum dapat kain telekong dan beberapa barang lagi..Bayangkan dalam masa 3 jam je terkejar-kejar mencari barang yang nak dibeli disamping nak habiskan baki wang rupiah yang ada dalam tangan..Tanah abang ni merupakan "Mall" atau pasar besar yang menjual berbagai jenis pakaian, kasut dan beg tangan..rambang mata dibuatnya disamping harga yang murah..huhu.. Tak puas lah cuma 3 jam dapat shopping kat sini...huhu


aisya bersama kasut idamannya

sukarnya nak memilih..

Antara pengangkutan awam kat sini. Lupa akak nak beritahu, diBandar Jakarta ini, walaupun keadaan lalulintasnya amat sibuk dengan berbagai kenderaan, namun mereka sangat sporting dan memahami serta sgt sabar, tak sprti di Malaysia, susah nak bagi jalan kat org lain, masing2 pentingkan diri saja..sori! kenyataan.

Menuju ke Lapangan terbang Soekarno Hatta. Slmt tinggal kota Jakarta..





Dalam flight

Oleh kerana kami belum lunch..flight pun jam 1.40 tgh so, kami pun menjamu selera dlm flight je..

Demikianlah pengalaman manis yang dapat akak kongsikan bersama..Akak sudahi dengan ayat ini:

Katakanlah (wahai Muhammad) Mengembaralah kamu dimukabumi kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yg menimpa) org2 yg mendustakan rasul2 itu. Al An'am:11
 
( Renung-renungkan...)
 
Sekian dulu, Wassalam.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink