Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, April 22, 2012

Dua majlis dalam sehari

Assalamualaikum.

Beberapa hari dah akak tak update blog dan BW ke blog kengkawan...sebabnya akak begitu sibuk beberapa hari ini..bermula pada hari Jumaat, Sabtu yang baru ni..Bayangkan dalam satu hari akak terpaksa menghadiri dua acara.
Terkejar-kejar dan semput rasanya..huhu.

Majlis yang pertama paling buat akak semput sebab akak antara yang dipertanggungjawab mengelolakannya..Majlis bersama ibu-bapa ni bermula jam 8.00 pagi di dewan seminar masjid negeri SA 1,Ktn.



Antara ibu bapa tahun lima yang hadir..( ambil gambar dari belakang je..malu nak ke depan konon..huhu)

Penceramah jemputan Ustaz Asrul dari JAIP.Hebat orang nya..Banyak ilmunya...

Cuba teka..yang mana satu Cik kak..hehe
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tamat je majlis, dalam pukul 11.30 cam tu...terus berkejar pulang kerumah, sebab nak menghadiri satu lagi majlis..iaitu undangan ke majlis kesyukuran disekolah Tiha. Nasib baik tak jauh sangat jarak tempat kerja dengan rumah dan sekolah Tiha.
Jom layan gambar yang sempat akak abadikan sebagai kenangan..

Kad undangan

Persembahan nasyid

Sambil makan sambil dihibur oleh persembahan pelajar

pertunjukan pencak silat pula..
Majlis kesyukuran ni sebenarnya sangat meriah..Pelajar dan guru-guru telah bekerjasama memasak dua ekor lembu..bayangkan..sejak petang semalam ( ptg Jumaat ) lagi mereka telah bertungkus-lumus menyiapkan hidangan.Syabas buat mereka semua! Dan Tahniah buat Sek.Men B.Rangin kerana telah di nobat sebagai Sekolah terbaik luar bandar didalam keputusan SPM 2011 baru-baru ini.Alhamdulillah, anak akak Tiha antara salah sorang pelajarnya yg mendapat keputusan yg agak membanggakan baru2 ini.:)

Akak tak ambil banyak gambar dimajlis ni, pertama sebab dah penat sangat, kedua..macam biasa..malu kononnya..kebetulan meja kami kat depan pulak tu..dan disebelah Cikgu2nya..Cik Abang akak dah sound awal2..tak yah lah ambik gambar..segan orang tengok.Abih camno nak jadi blogger yang berjaya..huhu..Blogger suka-suka boleh lah..:)
Ok lah, setakat ni dulu kali ni..
Jumpa lgi..Wassalam.

11 comments:

Bie said...

alhamdullilah semuanye bejalan lancar ye ;)

tahniah kak riana ;)

Cara Pemesanan Trica Jus said...

sesuatu banget ya kakak !

kurus said...

banyak acara dlm satu hari , sure akk penat ..
tahniah buat akk dan anak akk ye ;)

Mrs.Imran said...

memang penat la kalo dah 2 majlis dlm 1 masa...rasa macam nak tercabut semua bebadan...

Mun said...

hehe.. kekadang.. moon malu gak nak amek gambar... camne laa nak jadi blogger berjaya kan..kan.. hehehe

Rina Rahamat said...

Tahniah Tiha :)

HEHE..kan nk jadik blogger tegar kena x malu amik gambo tp sy pon selalu malu :p

Unknown said...

sibuk yer kak...byk gak majlis kene hadir yer...

mamyharraz said...

packnya jadual akk..apapun mesti happy dpt hadir kesemuanya..dan tahniah utk tiha :)

Munn Jaafar said...

akak mesti la yg baju gold tu kan...eh gold ke kuning? ke jingga?? hihi


meriahnya mcm kenduri kawin siap tumbang lembu...

maszull said...

assalamulaikum ariana....mcm buat kenduri kawin je kan majlis yg dibuat kat sekolah tu pasti seronok...:)

NzA said...

gitulah kita kak, trkdg kena hadir 2-3 majlis serentak..hati anak pn nk kena jaga jugak.....

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink