Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, April 3, 2012

Ibu bapa..tolong jaga akhlak anak anda ye!

ASSALAMUALAIKUM.

Akak sedikit terkilan dengan gelagat sesetengah insan ni yang tak tau menjaga kepentingan atau harta awam..
Kalau nak sebut satu persatu memang banyak..tapi, yang terbaru..berlaku kat bilik darjah akak di Masjid Negeri, Kuantan..

Dah beberapa kali berlaku sebenarnya..kenapalah diorang ni tergamak merosakkan barang kepunyaan bersama..
Contoh, setiap hari Jumaat, beberapa orang pelajar lelaki dari sekolah lain..yang mungkin kononnya datang untuk berjemaah solat Jumaat, tetapi, sebaliknya..mereka lepak kat kelas-kelas kami dengan menghisap rokok dan merosakkan ABM dalam kelas, malah alas meja guru turut dikoyakkan, buku anak murid akak diconteng2...sedih..sebab yang melakukan tu dah jelas-jelas anak muslim..takkan org kafir nak masuk masjid kot..:((. Dulu memang kelas tak berkunci, tapi, sekarang kami terpaksa menguncinya..

Terbaru, akak lagi bengang..sebab atas kelalaian ibubapa yang membawa anak mereka..mungkin mereka datang menghadiri kelas Quran dewasa pada hari Sabtu dan Ahad baru ni..Bayangkan, bila melangkah masuk ke kelas hari Isnin tu..kelas berada dalam keadaan bersepah..white board kami diconteng dengan " pen highlight", malah yang buat akak lagi geramm dinding kami yang baru dicat, yang setiap hari kami pesan kat murid supaya jaga-jaga..pun turut diconteng..dan melalui contengan tu memang hasil kerja budak yg berumur empat lima tahun..dan tentu lah yang datang mengikut ibu bapa mereka ke kelas itu..huhu.

Sedih campur nak marah akak..kalau dah tau menumpang menggunakan kelas orang..apatah lagi di rumah Allah..takkan lah tak boleh tolong jaga..harta milik bersama..senang-senang je mereka biar anak mereka menconteng sana-sini..tolonglah..datang pun nak belajar agama..baiki lah akhlak anda..dan kemudian barulah akhlak anak2yang belum tahu apa-apa ni..Walaupun akak tau..bukan semua orang macam ni..

Fikirlah tentang orang lain sama..Tolonglah..huhu

Jari-jari comel yang menconteng ni..

Contengan di white board kelas..


Kesan makanan..aiskrim  rasanya ni..

Dinding pun diconteng

Agaknya kalau lah dinding rumah mereka yang diconteng-conteng ni..tahu pulak marah..ke tak marah? huhu

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Terkedu kakak melihatnya cikgu... memang betul yg melakukan budak tapi mana pergi tanggung-jawab sipenjaga. Budak tak berdosa sebab tak baligh lagi...

Kakak cadangkan cikgu buat poster tampal besar-besar "TOLONG PERHATI/JAGA ANAK ANDA DARI MEMBUAT PERKARA BEGINI - cikgu tunjuk gambar-gamabr ini"

Kalau kakak pun geram juga...

umiawadah said...

tak baik betul perbuatan mereka...pelajaran sivik bermula dari rumah,kalau betul diajar,takkan tergamak diorang buat macam ni..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Assalam kak..ada gak ibubapa yg terlepas pandang benda2 kecik mcm ni yg akhirnya akan jadi budaya merosakkan harta benda awam jika di biarkan.... sy harap ada di antara mereka yg terlibat akan terbaca keluhan akak ni.

Satu ingatan dan pengajaran buat kita semua jugak.

mama maman aka yana said...

camno lak tuh kann.. nak kena bersihkan lak eks..

Izan Ishak said...

tak tahu nak kata apa kak... terkedu dibuatnya.. kenapa ye ibubapa dorg tak tegur bila anak2 conteng kat situ. izan yg tgk n baca ni pun geram sangat rasanya...

maszull said...

assalamualaikum ariana...kesian nyer sape la punyer keje ni...:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink