Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Jumaat, 6 April 2012

Sabar, amal, diam, senyum,khusyuk.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat, penghulu segala hari..Hanya kata-kata ini sebagai renungan buat kawan-kawan dan diri sendiri..
“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”
 
SABAR: Banyak perkara nya akak nak kena belajar sabar..huhu..Sabar dengan anak murid yang main-main masa kita mengajar, sabar bila kereta perlahan dok lane kanan, sedangkan kita nak cepat..sabar bila asyik kena tinggal hubby out station, macam-macam lagi lah..
 
AMAL: Hanya ini bekalan nak bawa mati..hanya Allah yang tahu amalan setiap hambanya, takperlu nak menunjuk-nunjuk, nanti dikatakan riak..ibaratnya tangan kanan yang menghulur, sorokkan tangan kiri..buat lah sebanyaknya amalan baik untuk membantu kita dialam barzakh nanti.. 

DIAM: diam bukan bererti lemah, apatah lagi mengalah..Diam boleh menjernihkan suasana.. tak perlu nak bertekak atau menegak benang basah..diam mencari jalan..itu lebih baik..

SENYUM: Alangkah manisnya wajah yang dihiasi senyuman yang menguntum..lagipun ini paling senang..akak ok je bab senyum ni..:-)) Ingat, senyum itu sedekah..!

KHUSYUK: Ini agak sukar nak dilakukan.. masih cuba dan mencuba..kadang, tengah solat pun hati dok ingat macam-macam..kerja tak siaplagi lah, hari nak hujan, kain belum angkat lah..huhu.YaAllah..lemahnya iman ku..
 

14 comments:

Aine Ainun berkata...

Suka sgt bc n3 akakni;)
dikala sy beremOsi..

mama maman aka yana berkata...

insyaallah... byk lg nak kena bljr eks mama nih.. hehehe

Amie berkata...

Sabar itu buahnya manis...:)

εïз mummyHaza εïз berkata...

singgah sini untuk senyum.. :)

Kakzakie berkata...

Betullah cikgu bila bab khusyuk banyak benar nak memeperbaiki diri. Kakak lagilah.. terutama masa solat walau dah baca 4 qul dan istighfar banyak-banyak masuk rokaat yg last kadang masuk juga godaan syaitan melarikan kekhusyukan tu...

mamyharraz berkata...

tgh mengajar diri sendiri supaya banyakkan bersabar :") mmg mudah perkataan sabar tp nak melaksanakan tu payah..Insyaallah perbaiki diri sendiri dari hari kehari ;)

selamat berhujung minggu utk akk&family :D

munna berkata...

bagusnya ni.... muhasabah diri buat munna juga

CintaZulaikha berkata...

sgt teruja dgn orang yg boleh bersabar dgn segala dugaan yg menimpa dirinya...teringin menjadi spt itu..belajar utk bersabar, banyak pahalanya kan kak??

NzA berkata...

n3 yg memberi byk makna...TQSM 4 sharing.....

Papa Mifz berkata...

papa mifz suko entry nih...

Rokiah Wandah berkata...

saya sedang cba untuk Sabar, amal, diam, senyum, khusyuk walaupun dalam masalah :)

Kalamhati berkata...

peringatan utk saya jugak ni..hhhuhu kdg2 susah nak didik hati kita utk jadi sabar kan..

mas saari berkata...

khusyuk tu yang susah nak dapat..

ain dzaya berkata...

muhasabah diri ~

"Harga diri dan iman.".

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink