Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, June 30, 2011

Mati sudah...

Assalamualaikum semua.

Bangun-bangun je pagi ni.tengok,.semuanya dah mati..tinggal seekur je yang masih hidup..daripada 12 ekor dulunya..
huhu..rasa ralat sungguh dalam hati..tapi apa boleh buat dah tak de rezeki..

Dah lama kami pelihara ikan koi tu, dari ikan tu kecil semuanya..hinggalah dah jadi gemuk dan besar-besar..
itu belum kira berapa harganya kalau dah besar macam tu, sedangkan kami beli kecil dulu pun dah berapa..,tapi sebab hubby minat punya pasal tu yang beli tu..walaupun orang kata, susah nak jaga ikan ni pasal dia sensitif, tak boleh stress ( ingat orang je yg tak boleh stress..)

Tapi, semua ni pun , silap hubby juga,,sebab lama sangat biarkan ikan tu kat " kolam sementara". Padahal dulu, kononnya kejap je, sementara tunggu kolam baru siap.
Tapi dek kerana kesibukan, hubby tak alih2 kan lagi ikan tu, padahal kolam dah siap lama..huhu.dia pun tak suruh aku atau anak-anak tolong, kalau tak, boleh je . Ye lah..sebab sebelum ni tengok ikan tu ok je kat kolam sementara dia tu..

Benda dah jadi, apa boleh buat,,jadikan pengajaran je lah..
Tapi dalam hati memang ralat dan sedih...:-((
teringat bila time bagi makan je..berebut-rebut ikan-ikan koi tu..
kini, tinggal kenangan je lah..


Ni adalah kolamnya dulu..   


Kolam yang baru selesai diubah suai..

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday



Tuesday, June 28, 2011

Tak minta, tapi mau..

Assalamulaikum semua..

Bukan lah meminta-minta.., tak mengharap sangat pun, kalau ada ok. tak de pun ok..tapi kalau dah beli tu..
Time kasih..suka sangat :-))...tak kira berapa pun harganya..yang penting ingatan tu..amat besar ertinya.Tapi yang paling penting asalkan orang yang kita sayang tu selamat pulang kepangkuan kita semula..betul tak..para isteri atau para suami..( ada je isteri yg kerja out station tinggalkan suami..hehe..)

Jom tengok kain sembahyang ( telekong ) made in Indon , ole-ole dari hubby ni..cantik sangat sulaman nya..
Nak suruh wife dia rajin solat lah tu..Insyaallah. Solat kan memang dah satu kewajipan..tapi alangkah baiknya kalau yang sunat-sunat pun rajin buat...solat taubah, solat tahajjud..aduhh..Ya allah..jadikan lah hambamu ini seorang yang rajin beribadah kepadamu..sebelum dipanggil  menghadapmu..aminn..

Anak-anak daraku, semua dapat selendang sehelai sorang..pandai pulak abahnya pilih.., Si bungsu Eisya pun dapat telekong..cantik..tak pernah jumpa lagi kat sini, ada tepek gambar katun bagai..cute sangat..
Pada peringkat umur Eisya ni..( 11 tahun ) memang amat penting bagi kita menyemaikan  rasa tanggungjawab untuk solat 5 waktu..seperti hadis nabi..latihlah anakmu untuk solat bermula dari umurnya 7 tahun, dan apabila menjangkau umur 10 tahun, jika masih tidak solat. rotanlah mereka.. merotan sebagai tanda sayang.
( tapi..mampukah kita.. terlalu lemah iman, Ariana sendiri x pernah rotan pun..tak sampai hati..huhu)
Ariana nak kongsikan ni juga..Cara Wardina latih anak solat

Cantik sungguh sulamannya..

Bukan baju je nak cantik..telekong lagilah..

Kain telekung Eisya siap dalam beg lagi..

Tampalan gambar bunga ..

Beg nya pun ada sekali..


Selendang buat tuan puteri..



Buah apa ntah..aprikot ke apa..


Nak suruh berwangian..


Jeles kat beg..pasal dia boleh ikut..kita x dapat ikut..huhu



p/s Dah siap up load gambar baru teringat lupa nak buh watermarklah pulak..huhu malas dah. biar lah.



Monday, June 27, 2011

Nak hilangkan mengantuk semasa memandu

Assalamulaikum.
Rasa mengantuk ketika memandu, terutama pada waktu malam adalah senario biasa yang dihadapi oleh ramai orang..Korang pernah tak? Bila pegang stereng kereta je..mata pun mulalah.., macam diukit-ulit pulak..

Bayangkan..
Semalam, hubby mengambil masa hingga 7 jam untuk sampai kerumah di Kuantan dari Kuala Lumpur.
yang sepatutnya hanya mengambil masa 2 hingga 3 jam saja. Semuanya gara-gara mengantuk yang teramat sangat..,menyebabkab dia terpaksa berhenti beberapa kali disetiap R & R untuk melelapkan mata sejenak..

Ye lah ..mungkin badannya pun teramat penat sebab baru pulang dari Bogor, Indonesia dan tak berapa cukup tidur selama beberapa hari ni..itu yang mengantuk sangat,Tapi..yang teramat susah hatinya,,isteri dia ni lah..punyalah risau..dah lah siang tu semasa membasuh gelas yang agak nipis, tiba-tiba Ariana terpecahkan gelas tu..bukan jatuh ke apa-apa, pecah secara tiba-tiba semasa tengah basuh tu..tak pernahnya berlaku sebelum ni.nasib baik tak luka tangan..tiba-tiba Ariana teringat cakap orang tua-tua, kalau cermin atau kaca pecah menunjukkan ada perkara yang tak baik yang akan berlaku..punya lah risau hati ku..tak putus-putus berdoa..dan berkali-kali menelefon hubby sepanjang perjalanannya..dah lah dia memandu sendirian,,hinggalah akhirnya, alhamdulillah hubby selamat sampai dirumah pada jam 3 am.

Tu lah Ariana tanya dia..tak beli ke kopi panas atau kacang ke untuk dimakan sambil drive tu..katanya dah beli..,tapi dah tak jadi apa. Tetap mengantuk..huhu..biasanya, kalau kemana-mana pun dia mengantuk juga tapi tahan lah sikit sebab tak berseorangan ( ada ariana dan anak-anak).

Apapun, perlu dingat..situasi memandu didalam keadaan mengantuk ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu.
Buat masa ni hubby selalu amalkan membaca sepotong ayat dari ayat kursi iaitu:
 
La takkhuzuhun sinatunwalanaum.( Allah yang tidak mengantuk dan tidak tidur)

Jika anda ada ayat-ayat lain, harap dapat dikongsikan bersama.
Disamping doa ariana ada terbaca pasal alat ni.."sleep alert", tapi tak pernah tengok
macamana alatnya..hanya gambar je lah..itu pun google.. 

Nak tau baca tentang alat amaran mengantuk

SLEEP ALERT TOOL!
Hindarkan kemalangan akibat mengantuk!
RM9.90 sahaja
Limited stocks!




HOW TO USE:
1. Wear this Bluetooth-look-alike tool on ear (something like below)
2. Switch on
3. When your posture is straight, it wont beep. When you are sleepy and nod your head, the beep sound will ring to alert you.
- it indirectly correcting your sitting posture, prevent humpback and prevent shortsighted
- the button battery (AG13X3) is changeable.


Persoalannya..mampu ke alat ni membantu anda?
Kesimpulan yang dapat dirumuskan disini..sebelum memulakan sesuatu perjalanan itu:
Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang secukupnya,

Moga dengan itu perjalanan anda akan berjalan lancar dan selamat sampai kedestinasi yang dituju.
Janagn biarkan insan yang anda sayangi menyambut anda dengan tangisan. Nauzubillahiminzalik.

Sunday, June 26, 2011

Selamat pulang..teman sebantal.


:)
:-))
:-0
:p


Selamat pulang, selamat kembali teman sebantal ku..,
teman lawan berbahas ku..,
Hero dah balik..yea..tak sunyi lagi, tak takut lagi.., 
tak payah juling mata menghadap cctv lagi..
cuma...
masa berblogging ku perlu dibatasi..
tak boleh sesuka hati..hehe..
apapun..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Kedai Romantika.

 Salam. Selamat berhari minggu..

Kemana korang pergi hari ni?
Bersiar-siar atau berkelah bersama family tersayang?
Ariana baru balik dari Kedai Romantika sebenarnya ni..
Ingat malas nak keluar sebab Incik suami belum balik dari Bogor.. tapi
terasa boring lah pulak,
sebab kalau dia ada, biasanya memang hari minggu kami akan keluar ronda-ronda ke,
makan ke  atau kemana saja lah..
Ni lah kedainya..
So..
nak hilangkan boring ajaklah Eisya n Yaya keluar.
Hanya Tiha tak ikut sebab nak baca buku katanya,
almaklum budak nak ambik SPM tahun ni..:)
Dah tak tau nak gi mana aku ajak lah anak-anak pergi  " kedai Romantika".
Rasanya orang pompuan semua tau kedai ni..
alah..kedai alat perhiasan rumah tu..
Macam-macam ada..
bunga, pasu, cawan, jam, gambar..
banyak lagi lah..tapi semua English style lah..geramm tengok..
Aku memang pencinta English style, tapi tak boleh nak buat kat rumah sangat, 
pasal  Incik suami tak berapa minat..
serabut katanya..yelah,sebab banyak bunga-bunga gitu kan..
dia lebih suka simple mimple gitu..
Ingat tak mau beli apa, nak cuci mata je.. tapi..
bila dah nampak kat satu jambangan bunga ni.., terus jatuh hati dan belilah juga..
harga pun tak mahal sangat..ok lah..
Gitu lah kisah
orang pompuan yang tak boleh tengok bunga..hehe.

Jom layan gambar..( ishh sempat lagi ambik gambar tu..! )  hehe ..
Geram nak ambik gambar banyak-banyak..bunga dan hiasan lawa-lawa,
tapi segan lah..orang ramai sangat..
Ini pun..curi-curi ambik..;)

Cantik tak bunga pilihan hati..Ini dah sampai rumah ni..

Suasana kat dalam kedai..

Barang hiasan rotan pun ada..


Cantiknya gambar ros..


Eiya kat celah bunga-bunga..

Sampai kat tangga pun ada perhiasan.

Sampai rumah dah..:)

Bawa bunga pilihan hati tu..:)


Mahu kuasa komputer dalam poket anda?


MOTOROLA Atrix mempunyai kelajuan pemprosesan sehingga 1 gigahertz Dual Core.


KEUPAYAAN dan kecanggihan teknologi banyak mengubah gaya hidup manusia dalam memberi kemudahan a untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih pantas serta sempurna.
Segmen telefon pintar tidak terkecuali dalam merasai tempias arus pembangunan teknologi apabila pembikin peranti tersebut berlumba-lumba membangunkan telefon pintar terbaik untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berdaya maju.
Terbaharu, Motorola Mobility menawarkan telefon pintar Atrix yang mempunyai kuasa sebuah komputer.
Dengan menggunakan telefon pintar itu, pengguna bagaikan membawa komputer di dalam poket mereka kerana ia mempunyai kelajuan pemproses sehingga 1 gigahertz (GHz) Dual Core.
Kelajuan pemproses tersebut dapat memudahkan lagi pengguna dalam melayari alam siber dengan lebih mudah dan pantas.
Ia sangat berguna kepada mereka yang gemar menggembara atau pun sentiasa melakukan tugasan di luar pejabat.

ATRIX kini dijual di pasaran pada harga RM1,999.


Bahkan, Atrix dapat memenuhi kehendak pengguna yang sentiasa berhubung dengan rakan atau keluarga melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.
Bagi mereka yang gemar bermain permainan video, kelajuan pemproses sehingga 1 gigahertz (GHz) Dual Core tersebut dapat mempercepat proses paparan permainan dan grafik dengan lebih pantas.
Dengan penggunaan paparan skrin 10.16 sentimeter Quarter High Definition (qHD) pertama dalam segmen telefon pintar, ia dapat memberi paparan lebih jelas dan semula jadi.
Dalam pada itu, kelebihan menggunakan peranti terbaharu itu adalah pengguna dapat melayari pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan ia menyokong Adobe Flash Player untuk memberi keselesaan serta kepuasan pengguna.
Peranti terbaharu yang menggunakan sistem operasi Android 2.2 Froyo dibangunkan untuk menjadi hab digital dalam memberi kebebasan kepada pengguna mencipta, menyunting dan menikmati pelbagai kandungan dokumen digital di hujung jari mereka.
Atrix yang diedarkan Brightstar Distribution Sdn. Bhd. sudah berada di pasaran pada harga RM1,999.
Untuk keterangan lanjut mengenai peranti terbaharu itu boleh melayari laman web www.brightstarcorp.com.my
sumber: kosmo on line

Saturday, June 25, 2011

Dok merenung CC TV

Assalamualaikum, Selamat malam semua.
aku ni dah tak de kerja lain pulak, dok merenung CC Tv yang tergantung kat depan mata tu..
mata tak mau lelap pulak..
ke..sebab masih awal lagi..


Tiba-tiba rasa macam was-was, takut pulak malam ni..
Dah berapa kali gi check pintu dan tingkap, tengok kunci ke tak..
padahal selama ni ok je walau pun hubby tak de kat rumah beberapa hari..
Ye lah..sebab sekarang ni macam-macam kes yang kita dengar sana sini..
Ishh..Tak nak pikir sangat lah..lagi pun esok je, balik lah hubby..
Moga semua selamat..Inshallah.
Ok lah Selamat malam selamat beradu semua.
Jangan lupa baca doa.

  Doa sebelum tidur
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
 
Wasssalam, Jumpa lagi esok..

Puding karamel gula hangus edisi Tiha.

 

Assalamualaikum dan selamat petang.

Puding gula hangus edisi anak daraku yang ke dua, Tiha. ( sweet seventeen)
Wah..boleh tahan rasanya..lebih kurang yang beli kat kedai je..:))
Kebelakangan ni, Tiha bersemangat mencuba berbagai resepi..
( Tak padan dengan nak SPM nya..)

Ni lah Chefnya,,Tiha.

termasuklah puding gula hangus yang dikukus guna periuk nasi je ni..senang sangat.
dah boleh dok goyang kaki lah Umi kalau macam ni..hehe..
Sempat tak untuk Abah rasa balik dari Bogor esok..?
sempat..simpan dalam peti sejuk, no problemnya..:))
Nak resepi?..
ok lah..jom tengok..dan Selamat mencuba..

Bahan A:
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air
1 sudu besar esen vanila


Bahan B:

1 cawan gula (pastikan menggunakan cawan yang sama untuk air)


Cara-caranya :
Satukan bahan2 A dan pukul hingga sedikit kembang.
Bolehlah dimasuk kedalam loyang dan kukus hingga masak.

Dah siap..bolehlah kita makan..


Senang kan..cubalah!

Friday, June 24, 2011

Rumahku syurgaku



Rumah bagi ku adalah segalanya..
tempat berkongsi kasih sayang,
keceriaan bersama anak-anak dan suami,
tempat berkongsi kesedihan dan erti kehidupan,
tempat menunaikan ibadahku 
dan juga tempat untuk pendidikan dunia akhirat buat seisi keluarga.




Rumah bagi seorang ibu adalah segalanya..
dirumah seorang ibu berusaha ..
membuat anak-anaknya sihat, selesa dan cerdas,berbahagia dan rasa disayangi selalu..
Dirumah seorang ibu mampu menjadi teman dan pendamping..
yang sangat dirindukan selalu oleh sang suami serta anak-anaknya ..
dan dirumah seorang ibu mampu membentuk, melahirkan..
generasi berakhlak mulia, beriman dan bertakwa kepada maha pencipta.

Ya..itu lah yang tak jemu aku lakukan saban hari...
Di rumahlah kebahagiaan seorang ibu,
aku selalu merindukannya setiap kali  berada diluar ..
dan ingin segera pulang,
karena dirumah yang sangat sederhana inilah..
tempat orang-orang yang aku kasihi berada didalamnya..
sedang menanti kepulanganku..


Tiada istilah yang dapat menggambarkan..
keindahan dan kehangatan rumah bagiku..
  melainkan..
"Rumahku Syurgaku" yang aku sungguh berharap..
dengannya juga
akan menghantarku  nanti..
menuju Syurga Allah..
ameen..

Segmen khas: Bila si isteri berblog..Si suami dan anak..



Rasa menarik dan tertarik pulak bila baca tajuk segmen khas dari Ben baju merah tu kali ni..
 
Bagi Ariana, apa pun yang kita buat, bila dah minat..pandai -pandailah kita cari masa..
Ariana banyak berblog sebelah pagi , sebab Ariana mengajar sebelah petang, itupun selepas suami ke tempat kerja lah.. dalam pukul 9 pagi gitu.
Kadang-kadang, masak dulu, kadang, berblog dulu, atau sambil berblog sambil masak..hehe.Tapi setakat ni, belumlah terhangit lagi masakan.oh ye, sambil masak, sambil kemas rumah..banyaklah sambilnya..
Pukul 2 tengahari pergi kerja, balik dalam pukul 6 petang, sempat lah buat satu entri atau bw kejap.
Bila suami balik, berhentilah...Lepas tu, tengoklah keadaan,
  kalau sebelah malam mood Cik abang ok..boleh berblog kejap.,itu pun waktu dia relax dan tengok tv..
Setakat ni, suami tak kisah Ariana berblog..itupun sebab Ariana selalu tunjuk kat dia..
ruangan blog Ariana,sesekali Ariana tunjuklah ruangan tazkirah, berita semasa, gambar dia, atau kisah kami yang Ariana paparkan.
Contohnya nama Ariana ni pun adalah gabungan namanya dan Ariana. ( Ari + Ana ).
Lagi pun, dia faham minat Ariana yang suka menulis sejak dibangku sekolah lagi..Berblog ni, lebih ok sikit dari ber fb..rasanya..:)
Apapun, terpulanglah atas nawaitu kita.
Satu lagi, nak berblog kenalah pandai jaga hati suami, makan minum dia dan anak-anak  kena utamakan....Jadikan berblog ni sebagai memenuhi masa lapang..
Barulah suami tak marah..hehe.

Nasi ayam dan..ni malas nak kongsi ni..

Assalamualaikum  semua.

Ariana baru je siap masak " Nasi ayam Ariana".
Biasanya masak nasi ni, waktu Cik abang ada, sebab ni peberet dia..tapi, walaupun dia berada nun jauh kat Bogor ketika ini, tapi Ariana masak gak untuk anak-anak..( padahal sebab teringat kat dia lah ni..:))
Yang Ariana geram nya, lepas siap masak tu, ingat nak ambik lah gambar, nak tunjuk kat korang semua..,
sekali ambik kamera poket kesayangan tu, tengok-tengok..hishh..bateri abis lansung pulak.
baru teringat, ni Si Eisya puteri bungsu akak tu lah yang main semalam..
Tu lah yang Ariana tak suka nak kongsi-kongsi barang ngan orang ni, walaupun Tiha ngan Yaya ada DSLR, tapi akak tetap beli juga kamera poket yang kiut miut tu,
senang ada yang sendiri, lagipun kecik, boleh masuk dalam begtangan je..biarlah murah sikit dan orang kata tak de standard pun..hehe..
Pinjam gambar nasi ayam google je lah..


Budak tersangkut pada palang tingkat tiga



SEORANG anggota polis cuba untuk menyelamatkan budak perempuan yang tersangkut itu.

Ada lagi kisah budak tersangkut? Baru beberapa hari lepas je, baca pasal budak tersangkut kat celah alat pendingin. Salah siapa ni? salah budak tu atau kecuaian ibubapa? Makin menjadi-jadi nampaknya..


BEIJING - Kepala seorang budak perempuan berumur empat tahun tersangkut di celah palang besi di bawah tingkap di tingkat tiga sebuah apartmen di Tengzhou, utara China, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, budak itu tersangkut selama 20 minit sebelum dia diselamatkan oleh beberapa anggota polis.
Pada mulanya, seorang anggota polis itu berdiri di atas alat pendingin hawa dekat dengan budak tersebut selepas dia memanjatnya dengan menggunakan tangga.
Namun, anggota polis itu, Zhao Liancheng gagal untuk menariknya keluar.
Liancheng berkata: "Pihak kami (polis) menghubungi ibu bapa budak itu untuk pulang ke rumah dengan serta- merta."
Ibu bapa budak itu tiba 10 minit kemudian dan beberapa anggota polis memasuki apartmen untuk menarik dia dari tingkap.
Bapa budak itu menyatakan dia dan isterinya keluar rumah untuk bekerja menyebabkan anaknya tinggal berseorangan.
Menurutnya, anaknya bertuah kerana jiran-jiran dapat mengetahui kejadian itu.
Budak itu dipercayai terjatuh selepas dia melihat pemandangan dari tingkap tersebut.

sumber: Kosmo on line

Amalan doa ketika mengandung

  
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam pagi Jumaat buat semua..
Jom kongsi ni, terutama bagi ibu-ibu yang mengandung diluar sana..
Gambar hiasan


Amalan yang selalu digalakkan kepada ibu-ibu mengandung adalah seperti membaca beberapa ayat al-Quran dari surah al-Baqarah (ayat kursi dan akhir al-Baqarah) yang berkhasiat menghindarkan anak yang dikandung juga ibu yang mengandung daripada bisikan dan gangguan syaitan sama ada semasa mengandung, semasa kelahiran seterusnya sehingga anak membesar. Ia dibaca sebagai wirid pada waktu pagi dan petang dengan disusuli sekurang-kurang surah empat Qul iaitu surah al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.
Seterusnya elok diamalkan doa-doa yang biasa dibaca selepas solat, doa memohon keselamatan dan kesejahteraan serta zuriat yang soleh ataupun doa khusus semasa mengandung.


Selain amalan doa di atas, ibu-ibu mengandung juga digalakkan membaca keseluruhan al-Quran (khatam al-Quran) sekurang-kurangnya sekali semasa tempoh mengandung sembilan bulan itu. Sekiranya tiada kemampuan, maka boleh juga dilazimi beberapa surah seperti surah Luqman, surah Yusuf, surah Maryam, surah Yaasin dan juga surah Taha.

Semoga bermanfaat. Wallahu a'lam.

sumber: Tazkirah.

Thursday, June 23, 2011

Sebab rajin baca berita pagi ni..

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua..

Korang dah baca paper ke pagi ni? Kalau belum, ada dua berita yang Ariana dah paparkan kat entri pagi ni..satu pasal budak 19 tahun yang godam komputer baru ni dah berjaya ditangkap, kedua pasal kucing yang tak mati walau pun dicampak dari bangunan 12 tingkat..tinggi tu..sapelah yang kejam sangat tu, apalah kesalahan kucing yang comel tu..Itu baru 2 antara banyak lagi berita lain yang menarik hari ini.

Sebenarnya Ariana nak beritahu sebabnya , yang Ariana rajin sangat nak belek berita pagi-pagi ni..adalah sebab nak pujuk hati..alah..sebab kena tinggal ngan hubby lagi. Walau berapa banyak kali kena tinggal pun, bohonglah kalau kata tak rasa apa kan..Tengahari ni, jam 1.00 p.m, hubby akan berlepas ke Bogor, Indonesia, atas urusan kerje.so, awal pagi tadi dia bertolak dari rumah..itu yang nak cover, buat-buat baca berita online.. hehe..Sekarang dah ok..Cuma Ariana doakan semoga hubby tersayang dipermudahkan oleh Allah segala urusannya dan akan selamat pulang ke pangkuan kami semula , Insyaallah pada hari Ahad ini..( padahal tak lama pun..)

Seperti biasa, Ariana kat sini, yang kena tinggal ni, banyak  juga urusan yang nak dibereskan..sekejap lagi, nak ke sekolah Eisya, mewakili abahnya juga..untuk ambil report kad ( sesi pelaporan). Dengarnya dapat nombor 3, Alhamdulillah. Tak sia-sia Umi menghantar Eisya tution tiap-tipa malam..Pastu, petang macam biasa pergi kerje, malam pukul 8 nak kena hantar Tiha ke pusat Tution pulak..Kul 10 ambik..Itu lah antara rutin harian ariana. Moga Allah permudahkan.

Itu je lah cite buat kali ni. Wassalam.

Pantang maut sebelum ajal

Kucing kebal selepas dihumban dari tingkat 12


KUCING betina yang masih hidup selepas jatuh dari tingkat 12 bangunan flat di Oldbury, Britain.


OLDBURY, Britain - Seekor kucing betina masih hidup walaupun dihumban dari tingkat 12 sebuah flat pada ketinggian lebih 36.57 meter, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing itu terbaring dengan mulut berdarah semasa anggota-anggota sebuah agensi perlindungan haiwan tiba untuk memberi rawatan selepas dihubungi seorang penduduk bagi memberitahu mengenai kejadian berkenaan .Beberapa penduduk di tingkat tiga dilaporkan mendengar bunyi haiwan itu jatuh.
Seorang pegawai agensi perlindungan haiwan itu, Susie Bailey berkata, dia percaya kucing tersebut jatuh dari tingkat 12 flat berkenaan pada 5 Jun lalu.
Namun, kucing berusia tujuh bulan itu semakin pulih tanpa mengalami sebarang kecederaan serius selepas ia jatuh sekali gus mengejutkan pegawai-pegawai agensi perlindungan haiwan.
Kucing itu dirawat di sebuah hospital haiwan di Birmingham.
Haiwan itu memakai kolar di leher yang menunjukkan ia mempunyai tuan. - Agensi

sumber: kosmo



  

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink