Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, March 31, 2011

Tunai kan hasrat " birthday girl "

Malam pun malam lah...dah pukul 11 lebih..tapi dah nak ajak keluar juga, tak kira lah pukul berapa pun..
Eisya lah..sempena birthday dia  yang ke -11..29hb baru ni, biasalah kami mesti bawak anak-anak keluar makan untuk celebrate..dah dua malam tertangguh, sebabnya 
tiap-tiap malam ada tution, pukul 10 baru habis..
malam tadi, eisya ajak juga..walaupun dah lewat..

dah lah malam sekolah.., suruh tunggu malam cuti tak mau..
sib baik pagi tadi, ok je bangun dan pergi sekolah macam biasa..

Murtabak special..satu RM 10.00

nyum nyum..lamb chop

" Birthday girl" mengidam nak makan western food..:)

Abah tukang habiskan semua..hehe..

Si kakak tumpang seronok..


dah ngantuk daa... 

Tertunailah hasrat si Eisya puteri bungsu ku..
Balik rumah kul 12.30 a.m.
esoknya kena bangun awal g sekolah huhu..

Permohonan ke IPTA sesi 2011/ 2012

Permohonan Ke IPTA Sesi 2011/201

Kementerian Pengajian Tinggi menerima 120,000 permohonan bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau setaraf dan 69,606 Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf sehingga 23 Mac lepas.
Permohonan itu diterima sejak Aplikasi Dalam Talian untuk kedua-dua program itu dibuka mulai 10 Jan lepas dan akan berakhir 4 April ini.

"Mulai tahun 2011, Pusat Pengambilan Setempat bagi permohonan dan pemilihan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan diselaras oleh Bahagian Pengurusan
Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi atau UPU, dan Kementerian Pengajian Tinggi," kata kementerian itu dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kenyataan itu berkata calon boleh memohon program peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan di 350 institusi di seluruh negara. Kelayakan pemohon ialah dari lulusan SPM atau lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lulusan sekolah menengah.
"KPT menyasarkan 100 peratus daripada 467,970 calon lepasan SPM Tahun 2010 akan mengemukakan permohonan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), TEVT dan ILKA," kata kenyataan itu. Calon wajib menyemak Syarat Khas Kelayakan Program Pengajian yang layak dimohon berdasarkan keputusan peperiksaan melalui i-MAS-C-U (Intelligence Management Admission System Checking To University) di http://imascu.upu.mohe.gov.my bagi memastikan mereka tidak memohon program pengajian yang tidak layak.
Menurut kenyataan itu, pemohon boleh mendapat khidmat runding cara tatacara permohonan dan peluang pengajian tinggi melalui bimbingan agensi yang berperanan sebagai pemudah cara di Karnival Pengajian Tinggi Negara kali ketujuh di Mines, Seri Kembangan, Selangor pada 2 hingga 3 April mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan syarat program boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel ke upu@mohe.gov.my.

Maklumat diperolehi dari ilove islam- BERNAMA


SELAMAT MENEMPUH ALAM UNIVERSITI..SELAMAT MAJUJAYA..

BUAT ADIK-ADIK, ANAK-ANAK..

Wednesday, March 30, 2011

Cara Wardina latih anak solat

    Jom baca..



           Cara Wardina latih anak untuk lekat Solat..

            BERBALOI PENAT LELAH KU...






            by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm




            Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...




           I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all

           my penat lelah paid off...


           I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th

           birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
           dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat

          since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is

          SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
          important to keep this in mind:-




         1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong

         signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
         lambat



         2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau


         ak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu


        Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -

        lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and

        say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her


         never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik


        cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni


        melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik


        cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"





         3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how


        we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,


        bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK


        solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua


        kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!


        I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will


       NEVER miss our solat.....




        4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask


        her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do


        it with LOVE diselang seli dgn strictness)




       5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak


        tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love


        her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3


        kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar


       dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau


       TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.





      Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna

      solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
      her..and guess what????




       She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i

       wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
      and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
       cakap".....cair nya hatiku ini.



     Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im

     sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
     that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the

     world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!




     And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as

     how Rasulullah asked us!



     I love you all!!! Good night.....



     But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak

     boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

     Ya Allah.. bila terbaca kisah ni ..terpanggil ariana untuk berkongsi ..cara bagaimana nak melatih atau
      menyuruh anak-anak kita solat..dengan erti kata lain sampai " lekat solat" dalam diri mereka..
     Moga kita memperoleh manafaat dari perkongsian kisah Wardina ini..InshaAllah.

Perak haramkan poco-poco

Perak haramkan tarian poco-poco

TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya.


Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini. Itu kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

keputusan sebulat suara itu telah dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya, "

Ini antara petikan Ariana baca di akhbar pagi ni..rasanya penting untuk di kongsikan bersama-sama rakan blogger. Fikir-fikirkanlah.. 


Birthday My sweet Eisya

 29hb mac ...genap 11 tahun usia puteri bungsu ku..yang sentiasa masih kecil dimata kami sekeluarga..Apa tidaknya, dialah yang bungsu, bila bungsu, perangai pun..memang manja teramat sangat..terutama dengan Abahnya..selalu saja abah dia ikutkan apa pun yang dia mahu..hingga menimbulkan rasa jeles kakak-kakak nya pulak..

Namun begitu, Eisya seorang anak yang baik, jarang sekali dia buat perangai..kalau diluar,memang tak banyak cakap, agak pemalu orang nya..cuma dirumah je..riuhnya boleh tahan dengan kami..hehe. Kalau disuruh buat apa-apa pun, senang..ringan tulang juga lah..harap-harap sampai besar nanti pun macam tu..supaya dapat umi tumpang senang..:)













Selamat Hari Jadi yang ke sebelas..Moga Eisya menjadi anak yang solehah, cemerlang dunia akhirat...Amin..We love you so much..!

Tuesday, March 29, 2011

Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong oleh hh @ hasrul hassan

Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

 
 
 
Kat bangku kosong pun ada segmen baik untuk kita joint ni..Siapa yang tak nak berkongsi trafik dengan En Hasrul Hassan yang dah lama dalam dunia blogging dan dah ramai follower nya ni..
 
Waktu Ariana mula-mula bergiat aktif balik dalam penulisan blog ni setelah menyepi buat beberapa ketika dulu, En Hasrul ni lah yang tolong juga buat sedikit " promo " untuk memperkenalkan blog Ariana pada ramai.., masa tu follower baru beberapa kerat je..hinggalah kehari ni pun, baru ada 104 orang je follower..mana tau lepas ni, boleh tambah kenalan lagi kan..
 
So dengan berbesar hati dan berbesar harapannya Ariana pun nak joint sekali..berkongsi traffik dari Bangku kosong ni..Terimakasih buat En Hasrul sekali lagi.
Kepada blogger baru yang tumbuh macam cendawan lepas hujan tu..jom kita joint ramai-ramai..nak tau lebih lanjut..klik je sini..

BERKASIH BIAR SATU..BERKAWAN BIAR BERIBU..

dalam masjid pun buat perkara tak baik

Semalam, sorang rakan Ariana singgah di masjid untuk solat, dia letak beg tangan nya ditepi ( sebelah). Masa solat tu dia nampak lah kelibat seseorang disebelahnya, tapi dia meneruskan solatnya, dia dengar gak bunyi macam beg dibuka, tapi masih berprasangka baik, maklum di masjid, mungkin orang buka beg sendiri ..kata hatinya..tapi, sebaik selesai solat, dia tengok memang beg tangannya agak berubah kedudukan dan macam terbuka sikit..hati dia pun terus rasa tak sedap hati..bila buka dalam...betullah rupanya pes atau dompet dia dah tak de..

kalau betul terdesak sekalipun..mengapa dalam rumah Allah pun sanggup buat perkara yang sah-sah dilarang agama ni..itulah, manusia yang bertopengkan apa entah,,nak cakap pun tak tahu..malu kita, yang mengaku sebagai umat islam..tahu hukumnya salah dan berdosa, tapi masih buat jugak..itu belum lagi yang kehilangan kasut, malah wang tabung di masjid pun kerap juga hilang, pantang bila tidak ada " pak guard" atau tidak ada yang melihat..tangan pun mulalah buat kerja jahat tu..bukan tak tahu Allah nampak apa yang dia buat..Siapa lagi yang buat kerja dalam masjid tu kalau bukan sesama agama kita sendiri..

Duhai..insaflah..cari lah jalan melalui rezeki yang halal..

Monday, March 28, 2011

1'st GA for beloved followers - Mutiara Nolan.


Wah..nampaknya teman blogger Ariana , No dah buat 1st GA dia untuk beloved followernya..Ariana mesti lah joint sebagai memberi sokongan untuknya..jom rakan blogger yang lain kita joint ramai-ramai..boleh tahan hadiah nya..nak tau caranya..klik je kat sini.

Tunggu apa lagi..tarikh tutup pada 11hb.4.2011 ni.. 
Untuk No, Ariana ucapkan Selamat Maju jaya selalu ye..:) dan moga dapat ramai lagi followers lepas ni..

Segmen: Gegar blogger baru



clip_image001http://www.benashaari.com/2011/03/blogger-hati-hati-bila-menyebarkannya.html

Ariana pernah joint dah segmen En Ben ni dulu..lepas joint tu, dapat tambah lebih 20 0rang rakan blogger..memanglah seronok bagi blogger baru cam Akak ni..:) So. hari ni nak jonit lagi dan nak tambah rakan lagi..Pada yang baru tu, jom joint sekali.. nak tau, klik je sini

Ariana memilih gambar " cable Car" tu..sebabnya..mula-mula Ariana tengok gambar tu, terus teringat pengalaman Ariana waktu kali pertama naik cable car kat Genting Highland ngan family termasuk Bapa mertua Ariana..Takutnya masa tu Tuhan saja yang tahu, tapi demi anak-anak dan FIL yang ada sama masa tu, kuatkan juga semangat dan hanya mampu berdoa dan pura-pura tak takut hehe..jadi, macamana seseorang dengan sesuka hati boleh menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar macam dalam cerita tu..menabur fitnah, menyusahkan orang je..memang tak patut.., dan Saudara Ben kita berjaya mengupas persoalan tu..t.kasih Ben.

Tujuan berblog..sebenarnya, pada mulanya hanya menyahut pelawaan kawan-kawan dan saudara mara..dengan tujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim. lama-kelamaan berkembang menjadi minat, sebab dalam seharian hidup kita ni ada macam-macam hal yang boleh dikongsikan bersama..betul tak..asal bijak.. ambil yang baik, dan buang yang tidak baik..

Blog yang sering Ariana kunjungi ada banyak, antaranya
Blog En: Ben 
Blog En. Hasrul
 Cik betty a.k.a Rina
Blog No


Blog yang dua kat atas tu..sebab dah memang femes dan banyak info.
Blog yang dua kat bawah tu..sebab mereka berdua, tak sombong dan rajin berkongsi komen ngan ariana..T.Kasih semua..

 

Gara- gara takde letrik

Semalam kan hari minggu, so berjalan sakanlah Ariana sekeluarga.., ada adik datang dari Kemaman..ikut sekalilah g minum-minum kat East Coast mall.Bukan pergi mana pun, window shopping kat Mall, pas tu menunaikan hajat anak dan ayah anak nak tengok Si Merong Mahawangsa..tak minat pun, temankan juga lah..pastu, bila dah balik umah, letih tahap teruk lah..jadinya..malam tadi tak bergosoklah baju sekolah Eisya..

Sekali, terjaga kepanasan pukul 5.00 pagi..rupanya tak de letrik..panas dan gelap gelita..huhu..sabo jelah..Teringat baju Eisya yang belum bergosok..alamak..macamana ni..takpe..tunggu jelah, mana tau kejap je ni..

Pukul 6. 30 macam biasa kejutkan Eisya n Tiha untuk kesekolah..masih tak de letrik..meraba dalam gelap dengan lilin jelah..

Eisya tanya baju sekolah macamana? Umi kata..takpe mandi dan siap dulu, sib baik sikakak Tiha dah gosok malam tadi..

Dah pukul 7.15 belum ada letrik lagi, van  sekolah dah hon kat depan rumah, terpaksa suruh van tu pergi dulu.. Akhirnya dalam kul 7.20 baru ada letrik balik.. apalagi..sepantas kilat lah Ariana menggosok baju Eisya, dan bawak kereta pun sepantas kilat juga menghantar Eisya ke sekolah..Alhamdulillah sempat juga..mission accomplished..:)

Pesanan hubby: lain kali jangan di amal lagi..hehe..sowi lah..

inginkan jambangan bunga sesegar hati anda..

Andakan selalu mendapat hadiah jambangan bunga segar dari yang tersayang..bila dah dapat tu rasa sayang sangat dan kalau boleh nakkan bunga tu tahan lama..jadi bolehlah anda cuba cara ni..sekurang-kurangnya dapatlah bertahan agak lama juga jambangan bunga segar anda tu..cuba lah..:)

Caranya, ambil beberapa biji panadol, tumbuk sehingga hancur, selepas tu lembabkan sedikit kapas dan sapukan dengan serbuk panadol tadi, kemudian balutkan pada pangkal bunga dengan kertas timah ( aluminium foil ). Inshaallah bunga akan lambat layu malah akan segar lebih lama..sesegar hati anda juga..:) senangkan.

Sunday, March 27, 2011

Jenguk Bonda

Semalam, Ariana sekeluarga balik kampung menziarah Bonda tersayang di Temerloh, Pahang. Itu yang tak sempat update dan bw ke blog kawan-kawan..Biasanya kami pulang ke kampung sekurang-kurang nya sebulan sekali. Kalau ikutkan Ariana memang nak balik kerap-kerap menjenguk Ma, tapi, hubby lah selalu buzy sangat..
Bersama Ma tersayang

Sempat pangang memanggang ayam lagi..Best..!

Ni..adik bungsu ..Hafiz.



dalam gambar, Tiha, Hafiz, Muiz n adik Ariana, Ati.

Chef Tiha n Chef Hafiz..Kami tukang makan je..:)

Hilang rasa rindu setelah , bertemu Ma dan dapat bercerita macam-macam..walaupun balik hanya sehari..:)

Friday, March 25, 2011

Kenapa ego sangat....

Pernah tak korang fikir, ada kah korang ni seorang yang ego atau tidak?Pernah tak bandingkan diri sendiri dengan teman atau orang terdekat macam suami atau isteri..siapa yang lebih egonya?

Ada orang cakap lelaki yang lebih ego..tak taulah ye ke tak..mungkin ye, mungkin juga tidak..Pompuan pun ada yang ego, nak-nak kalau dia rasa dia cantik, lawa , berkarier atau berjawatan besar..

Bila dah ego menguasai diri, memanglah tak sedar lagi kesalahan yang dia dah buat, pastu susah pulak nak minta maaf tu..kadang, dalam hati..,dia tau dia dah buat salah, tapi dek kerana ego..,mati-mati tak mengaku kesilapan dia..ehh ..dia salahkan orang lain pulak..


Perkara menyalahkan orang lain ni biasalah terjadi..dimana-mana pun, di tempat kerja, di sekolah atau dalam rumahtangga kita sendiri..perasan tak?

 Apa pun, semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang ego ini..kerana keegoan boleh memusnahkan diri sendiri, apabila perkataan maaf sudah menjadi sesuatu yang amat sukar untuk diungkap..

Sepertimana firman Allah S.W.T didalam surah Al imran ayat 112:

" DI TIMPA KEHINAAN WALAU DIMANA MEREKA BERADA .. MELAINKAN BERJAYA BERPEGANG DENGAN TALI ALLAH , DENGAN MENGHUBUNGKAN DIRI DENGAN ALLAH SERTA BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA..." 


Maka buanglah jauh sifat ego dalam diri kita, bermaafan dan berilah maaf sesama kita..untuk kerahmatan hidup..


kerana Allah telah berfirman dalam surah al baqarah ayat 83:


" SESUNGGUHNYA ORANG MUKMIN ITU BERSAUDARA ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN.."


" DAN HENDAKLAH KAMU BERKATA KEPADA MANUSIA ITU, DENGAN KATA-KATA YANG BAIK( DENGAN KATA-KATA YANG LEMBUT, YANG TIDAK MENYAKITKAN HATI)


-Surah Al baqarah- 83.

 Fikir-fikirkanlah..


Wallahualam.


"Kami sweet " contest.

"kami SWEET contest ! " - 3/4/2011

"kami SWEET contest ! " - 3/4/2011
Jalan -jalan terjumpa pulak contest ni..apa salahnya kalau joint..jom kita joint ramai-ramai..nak tau lebih lanjut..klik aje banner kat atas tu ye..

" Kami sweet" contest ni nampak menarik..sebab kita boleh paparkan gambar " sweet" kita bersama insan-insan tersayang..Lagipun senang nak pilih gambar sebab dah tentu kita ada banyak gambar-gambar sweet gitu kan..

Ariana suka gambar ni...so nak masuk gambar ni untuk joint..

Kenangan Keluarga Ariana di hadapan Istana Seri Menanti..
 Ariana nak tag 3 0rang yang sporting ni..
Rina 
Ita
No

Ok..Good Luck untuk semua ye..tarikh tutup  3hb. April 2011.  sempat lagi..







Renungan pagi Jumaat






10 Tanda cinta kepada Allah


1- Selalu mengingati Allah
2- Sentiasa berzikir kepada Allah
3- Berjuang dijalan Allah
4- Ingat pada kematian
5- Bermunajat kepada Allah
6- Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
7- Redha jika kehilangan sesuatu yang disayangi
8- Dapat menundukkan nafsu
9- Menjalin kasih sayang sesama makhluk
10- Takut berpaling dari Allah



10 tanda hati kita mati

1- Mengaku kenal Allah tetapi tidak menunaikan haknya.
2- Mengaku cintakan Rasullallah S.A.W tetapi mengabaikan sunnah 
     baginda.
3- Membaca Al Quran, tetapi tidak mengamal dengan apa yang ada 
     didalamnya.
4- Memakan nikmat yang diberi Allah, tetapi tidak mensyukuri 
     diatas pemberiannya.
5- Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6- Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk 
     mendapatkannya.
7- Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk 
     menjauhinya.
8- Mengaku kematian pasti tiba, tetapi tetapi masih tidak bersedia.
9- Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan       keaiban diri sendiri.
10- Menghantar atau menguburkan jenazah sesama islam, tetapi
       tidak sedikit pun berasa insaf atau mengambil pengajaran dari
       nya.


WALLAHUALAM.

Thursday, March 24, 2011

Kenangan ngan Hazamin ( In team)

Kali ni ariana nak share ngan korang gambar kenangan Ariana ngan adik ariana Hazamin Harun ( dari kumpulan Inteam). Itupun Ariana tumpang copy dari SIL Yanti..mekasih Yan..:). Min ni merupakan adik Ariana yang ke 4, sungguhpun dia selalu bz terutama hujung minggu sebab ada show..tapi Min tak  pernah lupa menziarahi Bonda serta adik-beradik yang lain..so proud of u..Min.


Gambar ni dah agak lama juga, tapi belum basi lagi..Ariana rasa seronok sangat sebab jarang kami dapat keluar makan angin sama-sama macam ni..maklumlah semuanya sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya..jom tengok..

Makan meekari yang Yan buat..Bestt..! Kalau berniaga laku ni..hehe


'Eksen' aje tuh, bukan pandai bawa pun lagi :D  Aufa Tomey...


Abang Afnan pon berapa kali jatuh...


Aufa 'isi minyak' sblm jalan2 lebih jauh.. :P


Kenangan ngan Yanti..My SIL yang baikkk ..


Sorang je lagi tak ada gambarnya dalam rombongan kami ni sbb jadi tukang amik gambar :)


Dalam bot..Happy family...My brother..Hazamin  ( Inteam ngan family)


Hati ibu

Semalam, ramai ibubapa yang berbunga hatinya..bangga dengan kejayaan anak-anaknya dalam peperiksaan SPM. Apa yang mereka harap dan doakan selama ini menjadi kenyataan..Ariana mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada mak-mak yang anaknya berjaya mencapai keputusan yang baik dalam SPM 2010 ni..termasuk kepada biras Ariana , Yati..yang mana anaknya Daim telah mendapat keputusan yang membanggakan juga (6A).



Bagi yang keputusannya kurang memuaskan, Ariana harap tidak berputus asa, sebab sekarang banyak kolej-kolej swasta yang menawarkan berbagai jenis kursus , malah kalau mereka lemah dari segi akademik, boleh memilih bidang-bidang yang lain seperti perhotelan, bidang kecantikan, pereka fesyen, kejuruteraan elektrik..dan banyak lagi..asalkan mahu..dan tugas ibu, berilah galakan yang sewajarnya pada anak-anak ini, jangan tambahkan lagi kekecewaan mereka..siapa yang tak mau keputusan yang baik..mungkin nasib tidak menyebelahi mereka. 


Sebenarnya, pada tahun ini, (2011), anak Ariana yang kedua, Tiha akan menduduki peperiksaan SPM..tu yang masa agak penuh, nak bercuti jauh-jauh pun, rasa tak sesuai.. tiap malam Isnin hingga Khamis tugas ariana menghantar mengambil Tiha dari pusat tution. Hubby selalu balik lewat, jadi Ariana memang dengan rela hati menggalas tugas ni..Lagipun apa sangatlah lagi yang dapat Ariana berikan..sebagai seorang ibu, selain nasihat dan "bebelan". Tapi, kadang-kadang anak-anak ni kalau di bebel, di leteri selalu sangat pun tak boleh juga..macam Tiha ni, dia kalau membaca buku, tv pasang, radio pun pasang..macamana Ariana tak bising..Sampailah hubby kata,,biarlah dia..itu dah cara dia..lain anak lain caranya..lagipun waktu dia ambik PMR dulu pun , macam ni..hari-hari kena leter ngan Ariana..dia tetap macam tu juga..tapi Alhamdulilah berjaya juga mendapat 8A. So, tahun ni, Ariana cuba lah untuk tidak jadi seorang ibu yang kuat berleter..dengan harapan dan doa saja lah yang mengiringi..sesekali kita bagi nasihat tu tak mengapalah..memanglah mereka perlu juga nasihat.

Bukanlah Ariana nak membebel kat sini pulak..sekadar berkongsi rasa, tahun depan pada masa yang sama ni..giliran Ariana lah pulak yang dup dap menanti keputusan periksa nampaknya...

Walaubagaimana pun Ariana perhatikan ramai dikalangan rakan blogger Ariana yang anak-anak mereka masih kecil lagi..muda trangtangtang lagi..tapi..masanya akan sampai juga nanti..jangan bimbang..hehe..Tungguuu..:)

Akhirnya Ariana doakan semua ibu bapa..,( kaum ibu khasnya) , akan sentiasa tabah, bersedia, terbuka minda untuk menerima dan menggalas tugas sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang berjaya dan cemerlang bukan hanya cemerlang ilmu dunia bahkan ilmu akhirat juga..kena ingat hanya keimanan yang teguh yang dapat menjadi benteng dari segala godaan zaman ini yang penuh liku..
  
Dan seperkara lagi..ingat..doa seorang ibu itu amat penting...


Sekian, Wallahualam.

Wednesday, March 23, 2011

Bunyi pelek..

Kalau korang nak tau..,semalam seharian Ariana ngan anak-anak kehairanan dan pelek yang amat sangat..dek kerana satu bunyi aneh kat dapor..Puas kami mencari dan geledah sana sini kat dalam kabinet dapor, tapi tak jumpa..

Bukan bunyi hantu..tapi bunyi nak kata macam orang tarik kerusi kat semen, atau bunyi macam cencorot(sejenis binatang macam tikus) tapi, bunyi tu sekali je..setiap beberapa minit.

Oleh sebab bunyi tu kejap sangat so tak sempat nak kesan datang dari mana..Akhirnya bukak semua pintu kabinet dapor..kot-kot sungguh bunyi si cencorot tu..takut lak kalau dia mati kat dalam kabinet tu..kan susah..

Bila hubby balik..dia pun tak dapat kesan kat mana..so kami biar jelah dulu..kot bunyi kat dalam serombong asap dapor ke..

Pas tu dah pukul 1 pagi..korang tau, Ariana ajak hubby turun dapor dan cari jugak darimana bunyi tu datang..kalau tak, memang tak boleh lena mata ariana ni..

Tunggu punya tunggu..akhirnya ternampak kat " smoke detector" ( pengesan asap ), betul-betul kat atas kabinet dapur,,hubby letak situ dulu, belum sempat gantung.., sekali Ariana pegang je..tuttttt dia bunyi lagi..sah..rupanya bunyi mende alah ni..bateri dia nak habis rupanya,,terkejut Ariana tercampak benda tu..haha..hubby punya gelak tengok gelagat Ariana..
Hai..buat letih fikiran je memikirkan..siang tadi..
sib baik jumpa juga punca..bolehlah Ariana tido lena malam tadi..hehe
Ni lah..benda nya yang berbunyi pelk tu..hehe

Bulan

Nampak bulan dilangit..teringat nak buat entri pasal bulan...Malam bulan dipagar bintang..,Bagai bulan jatuh ke riba..,bagai pungguk merindukan bulan...Wau bulan..

Macam-macam berkaitan bulan sering kita perkatakan saban hari..
Istilah lainnya ialah..purnama..disebut orang lagi..purnama merindu..

Salah satu bukti kebesaran Allah ialah bulan..Tapi tahukah anda apa itu bulan...? 

jom kita kongsi info ini..

Bulan (satelit)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Full Moon Luc Viatour.jpg
Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.

Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumibumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan. lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam 

Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi. Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan.

Apa lagi yang anda tahu tentang bulan?..sila kongsikan..
Ariana dah tak boleh fikir..cause BULAN dah penuh...mata dah ngantuk. jumpa lagi esok hari ..Inshaallah.

Tuesday, March 22, 2011

Wajib baca ni..

Meh baca ni..peringatan berguna buat kita semua..tak de yang terkecuali..
gambar hiasan


Berduaan di alam siber sama seperti khalwat?

 Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.
Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.


Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.


“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink