Semalam Ariana cuba-cuba joint satu segmen( Segmen pertama ni)yang ariana cuba iaitu.....(adalah..) Best rupanya, dapat bertukar-tukar pandangan dan cerita..dan yang tak sangkanya dalam masa satu hari je dah dapat tambahan rakan blog seramai 10 orang tau..So, hari ini Ariana nak cuba satu segmen lagi..Di bangku kosong pula. Harap-harap boleh dapat ramai kenalan lagi..Kalau teman-teman pun berminat jom kita joint ramai-ramai..nak tau caranya, klik gambar di atas tu, ok..
1- Ceritakan BILA dan BAGAIMANA anda mula berblog:
Bagi diri Ariana sebenarnya, dah lama dengar dari anak dan adik beradik pasal blog ni..diorang pun ada suruh Ariana buat blog..dah lama dulu, tapi masa tu..tak berminat lagi..tapi entahmacamana satu hari terbuka hati rasa nak buat satu dan dengan sedikit bantuan dari anak bungsu Ariana yang baru berumur 11 tahun, maka terciptalah "Ariana stories " ni..Tapi, sekarang alhamdulillah dah pandai buat dan gubah-gubah sendiri semua berkaitan blog ni.
2. Entri Ariana yang pertama? Dimulakan dengan doa you..hehe. tengok je lah..:)
Entry ni ditulis pada 2009, tapi sebenarnya Ariana Stop dan menyepi agak lama hingga lah start balik pada awal tahun 2011 baru ni..hinggalah ke hari ini.
3- Apa yang ingin dicapai dalam berblog?
Sebenarnya Ariana sendiri pun tak pasti..tak ada apa sebenarnya..cuma yang paling utama, Ariana minat menulis, minat bersembang dan suka berkawan dan akhir sekali suka bercerita..Itu lah rasanya yang membuat Ariana berminat terjun ke dunia blog ni..
Tapi dah alang-alang tu, tentulah Ariana mahu rakan atau follower yang ramai, yang ikhlas hati untuk berkawan dan rasa suka bila membaca entry-entry Ariana sebagai seorang kawan, atau adik-adik atau anak-anak. Maklumlah bermacam yang dapat kita luah atau kongsikan disini..
Rasanya itu saja sedikit dari Ariana..mohon maaf, jika tersilap susun kata bicara, masih dalam proses belajar dan belajar lagi..
Oh ye, Ariana dah jadi follower Bangku kosong..hehe..Salam perkenalan buat semua.
10 comments:
sy punya follower bangku kosong gak..nak join gak yg ni tp jap2 lg la..xde masa nak nulis...k dah follow u..nice blog..
Rozita: Salam kenal..Jom lah joint..sempat lagi tu..:) Boleh kita tukar2 cerita..:)
Tahniah buat kak dah punyai ramai rakan blogger.. Ati ni tak de masa lah kak..Cukuplah sekadar untuk tatapan sendiri dan nak baca entry kawan2 blogger yang berapa kerat je pun dah tak de masa.. Apapun, memang blog kak terbaiklah buat ati..
Ati: T.Kasih pada Ati juga yang telah mula menyemarakkan minat kak untuk berblog ni dulu.. hehe..Blog kan hanya untuk suka-suka..Utamakan yang lain yang lebih utama..bila ada masa bolehlah Ati menulis ye..:)
Salam kenal..hai. Tq yer sbb sudi dtg ke belog picisan sy tu. Bangku kosong mcm penah bro ben promote dulu..jap g sy pegi la jln blog dia..
Blog ni mcm lembut jer mesti selembut tuannya..keep in touch ye..i follow sini..^_^
Salam .. terima kasih kerana sudi bersegmen dengan saya.
sekali baca terus je saya follow,harap akak follow saya balik.
saya baru dalam dunia blog,harap tunjuk ajar^_^
singgah dari segmen terjah BK
salam perkenalan...
jom baca entri saya gak
http://masikarfan.blogspot.com/2011/03/blogger-baru-berkumpul-di-bangku-kosong.html
slm ziarah dan kenal..dtg dr blog BAngkuKosong
tenang je kan blog ni..
En Hasrul: T.kasih sbb sudi jenguk blog Akak ye..:)
quEEnadela: T.kasih.salam kenal..nnti akak ziarah n follow ok:).
mas.saari: Salam perkenalan.:)
Faztee Danisha: Terimakasih. salam ukhuwwah dari Akak.:)
Post a Comment