Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, March 25, 2011

Kenapa ego sangat....

Pernah tak korang fikir, ada kah korang ni seorang yang ego atau tidak?Pernah tak bandingkan diri sendiri dengan teman atau orang terdekat macam suami atau isteri..siapa yang lebih egonya?

Ada orang cakap lelaki yang lebih ego..tak taulah ye ke tak..mungkin ye, mungkin juga tidak..Pompuan pun ada yang ego, nak-nak kalau dia rasa dia cantik, lawa , berkarier atau berjawatan besar..

Bila dah ego menguasai diri, memanglah tak sedar lagi kesalahan yang dia dah buat, pastu susah pulak nak minta maaf tu..kadang, dalam hati..,dia tau dia dah buat salah, tapi dek kerana ego..,mati-mati tak mengaku kesilapan dia..ehh ..dia salahkan orang lain pulak..


Perkara menyalahkan orang lain ni biasalah terjadi..dimana-mana pun, di tempat kerja, di sekolah atau dalam rumahtangga kita sendiri..perasan tak?

 Apa pun, semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang ego ini..kerana keegoan boleh memusnahkan diri sendiri, apabila perkataan maaf sudah menjadi sesuatu yang amat sukar untuk diungkap..

Sepertimana firman Allah S.W.T didalam surah Al imran ayat 112:

" DI TIMPA KEHINAAN WALAU DIMANA MEREKA BERADA .. MELAINKAN BERJAYA BERPEGANG DENGAN TALI ALLAH , DENGAN MENGHUBUNGKAN DIRI DENGAN ALLAH SERTA BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA..." 


Maka buanglah jauh sifat ego dalam diri kita, bermaafan dan berilah maaf sesama kita..untuk kerahmatan hidup..


kerana Allah telah berfirman dalam surah al baqarah ayat 83:


" SESUNGGUHNYA ORANG MUKMIN ITU BERSAUDARA ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN.."


" DAN HENDAKLAH KAMU BERKATA KEPADA MANUSIA ITU, DENGAN KATA-KATA YANG BAIK( DENGAN KATA-KATA YANG LEMBUT, YANG TIDAK MENYAKITKAN HATI)


-Surah Al baqarah- 83.

 Fikir-fikirkanlah..


Wallahualam.


0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink