Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, March 11, 2011

Salam pagi Jumaat yang berkah..

Salam pagi Jumaat yang berkah, buat semua rakan blogger..Pagi ni bangun dikejut oleh bunyi hujan yang lebat diluar..Dah hampir seminggu, boleh dikatakan hampir setiap pagi hujan yang kadang-kadang lebat dan kadang renyai membasahi bumi Diluar sana (di bandar Kuantan ni lah), bagaimana dikawasan-kawasan lain agaknya ye..
Kalau nak diikutkan, sekarang bulan Mac.., nak kata musim tengkujuh, dah berlalu..musim kemarau..hujan pulak..tu lah agaknya yang ramai orang kata dunia dah akhir zaman..dah tak kira musim. 
Banyak lagi tanda-tanda kecil yang lain, perempuan dah ramai dari lelaki, maksiat menjadi-jadi..hai macam-macam lagi lah. Kalau kita fikir-fikirkan.., takut pun ada..
Apapun, pagi ni nak kongsi sikit lah..kalau ada yang berminat nak membaca lah..Pasal MATI..
Sebagai umat islam kita sebenarnya Wajib mengingati MATI..Tapi ingat..berdosa meminta MATI. Jom kita baca petikan yang ariana dapat ni..

WAJIB MENGINGATI MAUT.

1- Dapat meningkat kan pemahaman tentang kehidupan selepas mati.
Sepertimana didalam surah Al Qashas ayat 60:
" Dan apa yang diberikan kepada kamu( kekayaan, pangkat, dan keturunan) , maka itu hanyalah kenikmatan duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal.Maka apakah kamu tidak memahaminya?

2- Menjadikan dunia sebagai ladang  menanam kebajikan dan tempat persinggahan.
Rasululullah s.a.w bersabda: "..jadikanlah seolah-olah dunia ini orang asing. Umar r.a berkata: Apabila berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi, Jadikanlah masa sihat sebelum kamu sakit, dan hidupmu sebelum kematianmu..

3- Menziarahi orang sakit atau ditimpa musibah.
Sabda Rasulullha s.a .w : Hak orang muslim keatas muslim yang lain ada 5 perkara iaitu menjawab salam, menjenguk orang sakit, menghantar jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan mereka yang bersin.

4- Menyedari kematian itu sangat dekat: " Telah semakin dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedangkan mereka berada dalam keadaan lalai ( dengan dunia) dan berpaling ( dari akhirat). Surah al anbiya' ayat 1.

5- Menziarahi kubur.
Rasulullah akan mengucapkan salam dan membaca doa semasa menziarahi perkuburan. Doanya bermaksud: " Semoga selamat bagimu , wahai penghuni kubur kaum mukmin dan muslim, sesungguhnya kami, Inshaallah akan menyusulmu . kami mohon syafaat kepada Allah untuk diri sendiri dan juga kamu."
Sabda rasulullah lagi : " Ziarahilah kubur kerana itu akan mengingatkan kamu tentang mati.

Sesungguh dengan mengingati mati itu, akan membuat kita dekat dengan Allah, lalu dapat kita berusaha untuk mempertingkatkan segala amalan baik kita dan menjadi muslimin dan muslimat yang beriman. Inshaallah.

Sekian ,Wallahualam.

1 comments:

Anonymous said...

insaf...

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink