Semalam memang satu hari yang menyedihkan..terutama buat anak ariana Eisya n Tiha. Ariana pun turut sayu bila melihat kesedihan yang melanda mereka berdua.., apabila kucing kesayangan mereka mati dilanggar (tak taulah kereta atau motor). Ceritanya begini, dalam perjalanan balik dari kerja semalam, tiba-tiba Tiha telefon dan Eisya yang jawab..Tiha tanya Esya samada nampak kucing mereka yang di panggil KITTYPOO. Baru ariana perasan memang tak nampak kittypoo tengahari ni, biasanya sebelum ariana pergi kerja memang bekejar dia , sambil mengiau-ngiau dan meleret-leret bermanja dikaki kami..tapi tengaahari tadi, tak kelihatan..kali terakhir tengok dia pun, pagi tadi waktu beri dia makan.. Menurut Tihah kawan dia telefon dan bagitahu nampak seekor kucing macam Kittypoo dah mati kat depan sekolah dia.Tapi tak sure ye atau tidak lagi..Eisya dah macam nak menangis bila dengar..Lepas tu ariana pun balik dan ambil Tihah di rumah dan kami sama-sama ketempat yang dikatakan oleh kawan Tihah tu..Dalam hati ariana tak mungkin dia, sebab Kittypoo kami ni sangatlah penakut..kalau dengar bunyi lori atau bunyi yang kuat pun, dah berlari masuk rumah atau menyorok. Takkan berani pergi jauh-jauh..sebab kedudukan sekolah tu tempat dia " mayat " nya dijumpai tu amat jauh dari rumah kami..
Bila sampai kat tempat tu, Eisya cepat-cepat turun, dan tiba-tiba terus menangis..meraung agak kuat juga lah..rupanya memang betul lah Kittypoo mereka..Bila Tihah tengok adiknya menangis, diapun turut sama menangis, sayu sungguh, ariana pun terpaksa kuatkan hati, bukan sedih apa..tapi sedih bila tengok macamana anak ariana dua orang tu amat sedih dengan kehilangan, ini baru seekor kucing...
Begitulah nilai kasihsayang..baru antara manusia dengan binatang..Mereka terus menangis dan bawa balik kucing tu untuk ditanam dirumah..sepanjang perjalanan balik kerumah tu, ariana tak putus-putuslah..menasihati mereka dengan macam-macam cerita dan contoh yang keluar, bukan apa ariana mahu mereka bersedia jika menghadapi lagi saat-saat yang menyedihkan pada masa akan datang..kesedihan mereka adalah kepedihan ariana juga.
Akhirnya ariana doakan agar anak-anakku ini akan terus tabah pada masa-masa akan datang kerana kita tidak tahu apakah kemungkinan yang akan terjadi pada masa-masa akan datang, dan pesanan untuk mereka, ajal maut semua sudah ditentukan oleh yang maha Esa..itulah hakikat kehidupan, setiap yang bernyawa pasti akan mati...
4 comments:
Memang rasa sedih, bila pet kesayangan mati.. Teringat Izzah menangis masa arnab nya sweety mati digigit kucing..
olooo comeynye
Ati: Kita pun naik sedih sama kan..huhu..
Misz sheyla : sebab comel lah jadi sayangg sangat..:(
comelnya kucing ni!!
jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Gadis Jerman kacukan Melayu yang comel
Post a Comment