Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, March 15, 2011

Jalan lagi..




       



MATTA Fair Kuala Lumpur March 2011

Date : Mar 11 - 13 2011
Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur













  
Selama dua hari Ariana tak berblog..Rasa macam dua minggu dah..lamanya. Betul lah Ariana dah terkena penangan berblog..hehe.Selamat jumpa kembali kepada rakan blog semua.

Selama dua hari tu, sebenarnya Ariana sekeluarga ke Kuala Lumpur..Sambil mengambil anak Ariana yang belajar di KLIUC...sambil menjenguk ke MATTA FAIR kat mana lagi kalau bukan kat PWTC. Hari terakhir Ariana pergi tu..Manusia punyalah ramai.. Itulah yang menghairankan...orang kata sekarang ekonomi sedang meleset, tapi.,Ariana tengok berpusu-pusu manusia yang datang..sanggup berbaris panjang dan berasak-asak didalam dewan pameran tu..termasuklah Ariana n family..

Tapi, kami cuma suka-suka je manalah tau ada rezeki lebih nanti boleh juga bawa anak-anak makan angin tapi yang paling Ariana inginkan, kalau  dapat menunaikan umrah bersama-sama..itu lagi bermakna..

Agaknya orang lain pun sama lah cam kami, bila ada rezeki lebih ,siapa yang tak mahu spent quality time with family, berjalan-jalan..samada di dalam maupun diluar negara..kan! Jadi, kedatangan ke MATTA FAIR ni sudahlah tentulah sedikit sebanyak dapat membantu untuk memberi gambaran tentang kos, dan segala macam info lagi berkaitan pelancungan ini..

Welcome..to ..
Kaunter tiket..anak-anak yang tolong beli tiket.
sedang memakai "gelang" untuk masuk ..
Ramai yang berminat nak Korea ni..hehe
Japan?
TURKEY..jom..
Best ni...
Muslim package pun ada..
Kampung ariana..hehe..B.Gambang water park pun ada..
Fresh fruit tu..nak , petik lah..
Lihat tu ..berbaris panjang untuk masuk kedewan 2,3 dari dewan 1.
Kalau nak rasa suasana naik flight ni..silalah..
Bas pelancungan pun dibawa ke dewan..
Anak dara Ariana, Yaya n Eisya sempat posing..:)
Negara jiran kita
Demikianlah, beberapa keping gambar yang Ariana sempat ambil disekitar MATTA FAIR ini..Walaupun , mungkin ramai juga yang dah pergi sendiri..So..mana satu destinasi pilihan anda? Tepuk dada tanya selera..ehh salah..tepuk dada tanya poket..:)

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink