Perak haramkan tarian poco-poco
Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini. Itu kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
keputusan sebulat suara itu telah dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya, "
Ini antara petikan Ariana baca di akhbar pagi ni..rasanya penting untuk di kongsikan bersama-sama rakan blogger. Fikir-fikirkanlah..
1 comments:
sebelum ni yoga..sekarang poco-poco..kita buat senaman tarian zapin jelah hehe..
YUNA&ADIBAH NOOR DAN SCHA SERTA IRMA HASMIE
Post a Comment