" Rumahku syurgaku" adalah impian setiap insan, berteraskan ajaran Rasulullah s.a.w. Untuk mencapai taraf " syurga ' dalam sesebuah rumahtangga, semua keperluan mesti dipenuhi. Elemen penting dalam keperluan ini adalah hubungan yang baik dan berkesan iaitu kepentingan berkasih sayang antara sesama ahli keluarga itu..
Antara langkah menzahirkan kasih sayang dalam keluarga memerlukan beberapa pra syarat iaitu:
1- Mengamalkan suruhan Allah, menjauhi larangannya.
2- Meluangkan masa indah bersama keluarga.
3- Menyemarakkan kemesraan.
4- Mewujudkan komunikasi yang baik.
5- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam keluarga.
6- Memikul segala tanggungjawab bersama-sama.
7- Mengutamakan keluarga dalam perancangan masa depan.
8- Memahami kehendak dan emosi ahli keluarga.
Kebahagiaan sesebuah rumahtangga itu perlukan keseimbangan dari segi rohani, emosi dan jasmani berpaksikan kasih sayang.Kehilangan keseimbangan ini bermakna ketandusan kebahagiaan dalam hidup berkeluarga.
Kebahagiaan adalah sesuatu yang lahir dari hati seseorang. Kebahagiaan dapat dilihat dan akan terpancar terus dari raut wajah seseorang itu.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Bahawasanya dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik maka baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan..ingatlah ia adalah HATI." (hadis riwayat Bukhari & muslim).
Kerana itu setiap pasangan suami isteri Wajib memelihara HATI mereka.Wajib juga memastikan hubungan sesama sendiri dan hubungan dengan anak-anak mereka sentiasa baik, yangmana akan timbul dari hati yang baik juga.
Kasih sayang dan belas kasihan atau "Mawaddah warahmah "bermaksud hubungan ibubapa yang berasaskan perasaan kasih mengasihi, bertolak ansur, memperbanyakkan sabar, tabah, tabah dalam mengharungi hidup berumah tangga dan menjadikan sifat bermaaf-maafan sebagai amalan yang berterusan.
Kunci penting dalam membahagiakan rumah tangga selain berkasih sayang adalah memupuk rumahtangga dengan ajaran-ajaran islam yang wajib diamalkan serta menjauhi segala yang dilarang.
Hubungan yang dibentuk dalam keadaan " makruf" atau baik akan membenihkan kasih sayang yang bertunas dan bercambah sampai bila-bila.. Insha Allah. Wallahualam dan Wassalam.

2 comments:
:) thanks for sharing! :)
meh ke rumah..
~petua kencing manis~
keep in touch ye..♥♥♥
Dda Ly: ok, nnti akak singgah..nak tau juga "petua kencing manis" ni..
Post a Comment